SALAM AIDILADHA 1446H|2025M
Semoga Aidiladha kali ini menjadikan kita lebih ikhlas memberi, lebih sabar menerima, dan lebih redha pada takdir-Nya.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Ikhlas daripada Warga Kerja Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Selamat menyambut Nuzul Al- Quran 1446H kepada seluruh Umat Islam.
"Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang memberi syafa’at kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti.” (Riwayat Muslim).
SALAM MAULIDUR RASUL 1446H/2024M
Perbanyakkanlah Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W bagi menunjukkan rasa cinta kepada Baginda.
۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
"Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2024 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67.
Dalam perpaduan, kita wujudkan keamanan. Dalam keamanan, kita wujudkan keharmonian. Dalam keharmonian, kita wujudkan sebuah kesejahteraan. Selamat Hari Kebangsaan.
'Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka'
JUALAN KEDAI BERGERAK NEGERI PERAK
✅Ikuti dan kongsi Chanel Telegram KBNP untuk info terkini jualan KBNP di lokasi berhampiran anda : https://t.co/xWvjlXdfUi…
Seronok dapat lepak santai dengan Anak-Anak Siswa Perak (IPT Lembah Klang) malam tadi dekat Restoran Al Rawsha, Kg Pandan.
Kami bertukar-tukar cerita tentang kehidupan sebagai pelajar di universiti. Alhamdulillah mereka semuanya ok. Mana yang kurang ok kita bantu.
Ada juga yang tanya soal masa depan mereka di Negeri Perak. Saya kongsikan perancangan negeri untuk anak-anak muda melalui Pelan Perak Sejahtera 2030.
Lepas ni kita takmau dah bakat-bakat muda Perak berhijrah ke negeri orang nak cari peluang kerja.
AHTV di Tg Malim, KIGIP di Kerian, LuMIC di Manjung, SVTP di Kinta, Perak HIP di Lekir serta beberapa lagi projek berimpak tinggi ini mampu menjadi pemangkin perubahan kepada peluang pekerjaan & sektor ekonomi negeri Perak.
Insha-Allah doakan semoga segalanya dipermudah.
#PerakSejahtera2030
SALAM MAAL HIJRAH 1446H |
1 Muharram 1446H | 7 Julai 2024. Semoga tahun baru ini dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya.
"Al Falah Pemacu Malaysia Madani"
Ikhlas daripada :
YAYASAN BINA UPAYA DARUL RIDZUAN
DAULAT TUANKU
Merafak sembah dengan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, melanjutkan usia & melimpahkan rahmat ke atas Baginda Tuanku serta seluruh Kerabat DiRaja. Allahumma-Amin.
KBNP yang merupakan satu inisiatif kerajaan negeri Perak melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (@YBUDR) adalah bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah.
Merafak sembah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar & KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.