Ada satu tips haji yang jarang dikongsi.
Ramai jemaah lelaki melecet teruk di pangkal peha.
Sebabnya?
Berjalan kaki jauh lebih 20km+ tanpa seluar dalam ketika sedang ihram!
Sana sini nampak orang berjalan terkangkang sebab kesakitan. Lelagi yang badan besar dan orang berusia.
Menangis aku baca.
Aku pernah dpt difficult customer yg ckp kat aku “I ni doctor tau”. Sejujurnya dalam hidup ni taraf pembelajaran dan kerjaya tak semestinya melambangkan peribadi seseorang. Ramai org yg gagal dlm pelajaran tp lebih mulia peribadinya.
Jangan sombong.
Kalau ayat-ayat al-Quran tentang rezeki direnungkan, kita akan lihat betapa sebenarnya Allah SWT tahu tentang kerisauan kita tentang rezeki.
Dan betapa Dia tak mahu kita bimbang tentang rezeki.
Ayat ini antaranya. Ada satu lagi ayat lain.
Dalam surah al-Dhariyat. Allah SWT sebut:
وَفِى ٱلسَّمَآءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ
"Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu." (al-Dhariyat: 23)
Rezeki kita Allah SWT kata bukan di tangan kita atau mana-mana manusia, tapi di langit.
Dan jika jaminan ini belum cukup, Allah SWT lanjutkan dengan satu sumpah yang luar biasa:
فَوَرَبِّ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ إِنَّهُۥ لَحَقٌّۭ مِّثْلَ مَآ أَنَّكُمْ تَنطِقُونَ
"Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata."
Pertama, Allah SWT bersumpah dengan diri-Nya sendiri.
Kedua, Dia tegaskan dengan huruf إن dan huruf ل yang digunakan sebagai huruf penegasan.
Supaya kita tak ragu-ragu.
Kemudian apa yang Allah SWT suruh kita buat?
Perhatikan diri kita sendiri.
Adakah kita pernah ragui yang kita dapat bercakap?
Cuba baca tweet ini dengan suara.
Dengar satu persatu perkataan dengan telinga kita sendiri.
Sebenarnya kita tak pernah ragui yang kita boleh bercakap.
Kita tahu, bila kita buka mulut, suara akan keluar.
Begitulah juga kata Allah SWT, jaminan rezeki itu pasti.
Sebagaimana kita yakin suara ini milik kita, begitulah kita sepatutnya yakin yang rezeki itu Allah SWT sudah janjikan.
Bila saya baca ayat ini, saya rasa malu pada ketakutan diri sendiri.
Sebab adakah terdapat jaminan yang lebih kuat daripada jaminan seperti ini?
Kekayaan menurut orang:
-Kereta baru
-Rumah baru
-Barang kemas
-Barang branded
Kekayaan yang sebenar:
-Bebas hutang
-Keluarga bahagia
-Waktu terluang dengan keluarga tidak terhad
30 Hari Ramadhan, 30 Sejarah Islam
-
Hari 24: Kejatuhan Baghdad (1258M)
1. Pada 1258M, satu tragedi melanda dunia Islam:
Baghdad jatuh ke tangan Mongol.
Kota yang selama ini jadi pusat tamadun Islam musnah!
Bagaimana kota agung ini boleh jatuh?a
Hari 18: Kisah Hamba yang Jadi Sultan (1250M)
1. Bayangkan seorang hamba, tiba-tiba jadi pemerintah sebuah empayar!
Itulah kisah Mamluk.
Kumpulan askar yang asalnya hamba tetapi berjaya:
Kuasai Mesir & Syam, tumpaskan Mongol, dan akhiri Perang Salib.
30 Hari Ramadhan, 30 Sejarah Islam
-
Hari 9: Siapa Itu Fatimiyah di Mesir? (909M)
1. Pernah dengar tentang Dinasti Fatimiyah?
Mereka adalah kuasa dalam dunia Islam yang pernah menyaingi Abbasiyah.
Namun, siapa mereka dan bagaimana mereka berkuasa di Mesir?
"Al-Khawarizmi Cipta Algebra Sebab Masalah Faraid?"
"Belajar matematik tinggi-tinggi bukan boleh buat apa pun."
Kalau ada orang cakap macam ni, sila tempeleng kepala dia guna buku algebra.
Sebab hakikatnya, matematik terutamanya algebra lahir disebabkan isu faraid!