Dulu harga makanan mahal sebab peniaga kata sewa tapak mahal. Ya betul, dulu kartel kawal tapak bazar. Harga sewa cecah RM20k sebulan.
Dr Zaliha potong kartel, sewa turun jadi RM500. Hannah kurangkan lagi jadi RM400.
Jadi kalau roti john masih RM15, kau boikot saja.
Jumpa wallet tu ujian. Guna card orang makan KFC sampai RM65 tu pilihan. Bukan tersalah. Bukan tertekan. Itu keputusan sedar.
Tapi apa reaksi kita?
“Takpe, aku bayarkan.”
“Jangan viralkan.”
“Bagi chance…”
Inilah ayat yang bunuh empati mangsa
dan hidupkan keberanian penjenayah.
Bila sudah berkahwin, isteri merupakan tanggungjawab utama kita sebagai suami. Dia hanya ada kita.
Bila dah selesai isteri dan anak-anak, selebihnya boleh berikan kepada mak ayah dan orang lain.
Wallahua’lam
Bagus ada jadual macam ni boleh faham. Mana hari yang boleh jamak mana yang boleh qasar time bermusafir.
Syarat sah solat jamak dan qasar bagi musafir adalah tidak berniat menetap selama empat hari di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari keluar.
this shamless woman is that type of person who don't know how to read the room, read the energy and act based on the situations 😭 nak acah sarcasm and savage tapi kena balik malu woiii but deserved 🫵🏻
Menyampah nak mampus Faiz ni. Beria buat video nak balas komen Dr Malar. Masalahnya apa Dr Malar cakap tu betul pun. Kau kena tahu your place as a so called influencer.
Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, Guru Serta Pegawai Beberapa Agensi Penguat Kuasa Antara Ditahan Aktiviti Jantan Dengan Jantan
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Seramai 201 lelaki, termasuk 17 penjawat awam, ditahan dalam satu operasi bersepadu selepas dipercayai terbabit dengan aktiviti hubungan songsang di sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut, malam tadi.
Operasi mengejut kira-kira jam 8 malam itu dijalankan oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas dua minggu pemantauan dan risikan berdasarkan maklumat awam.
Kesemua mereka berumur antara 19 hingga 60 tahun.
Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Azani Omar, premis dua tingkat yang menyamar sebagai pusat kesihatan lengkap dengan gimnasium, sauna, spa, kolam mandi dan ruang rehat itu dipercayai menjadi lokasi pertemuan golongan lelaki yang menjalinkan hubungan sejenis.
Premis itu didakwa beroperasi sejak lapan bulan lalu dengan caj pendaftaran seumur hidup RM10 dan bayaran RM35 bagi setiap kunjungan.
> “Maklumat awal mendapati aktiviti tidak bermoral berlaku di dalam premis ini. Pelanggan saling berkenalan di sini sebelum melakukan kegiatan terlarang,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
Daripada 201 individu yang ditahan, seramai 17 adalah penjawat awam termasuk doktor bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, guru serta pegawai beberapa agensi penguat kuasa.
Turut ditahan ialah pengunjung warga Korea Selatan, Indonesia, Jerman dan China.
Dalam masa sama, 80 lelaki beragama Islam turut ditahan di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Polis sedang meneruskan siasatan mengikut Seksyen 387B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii.
Semua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Siasatan awal juga mendapati pusat itu menjadi perbualan hangat dalam kalangan kelompok tertentu di media sosial, yang mendakwa ia menawarkan “perkhidmatan istimewa” serta ruang untuk bertemu kenalan baharu.
Pusat itu beroperasi setiap hari bermula jam 5 petang sehingga lewat malam dan dipercayai menyasarkan golongan bekerja yang ingin “berehat” selepas waktu pejabat.- MYNEWSHUB