ZAYAN adalah platform digital & radio berkonsepkan Muslim moden kontemporari ☎03-9549 5555📱016-9175555 Astro Radio Sdn Bhd Co Reg No : 199601031120 (403472-D)
Satu flotila awam berskala besar dijangka belayar ke Semenanjung Gaza pada penghujung Ogos ini dalam usaha terbaharu untuk memecahkan sekatan Israel yang menyebabkan keseluruhan penduduk wilayah itu berada di ambang kebuluran.
#BernamaNews#BernamaInfographics#Flotilla#Gaza
#Palestin Penduduk Gaza menerima pakej bantuan yang digugurkan dari pesawat, di tengah-tengah krisis kebuluran di Gaza, pada Isnin (28 Julai).
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa meskipun misi penghantaran bantuan kemanusiaan melalui guguran udara disambung semula di Gaza, ia kekal sebagai langkah terakhir dan membawa risiko kepada orang awam di kawasan terjejas, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Walaupun kami mengalu-alukan semua usaha untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk yang sangat memerlukannya, agensi-agensi PBB dan rakan pelaksana mengingatkan bahawa guguran udara adalah pilihan terakhir dan boleh membahayakan orang awam di darat,” kata jurucakap PBB Farhan Haq dalam satu sidang media.
MASYARAKAT MALAYSIA SEMAKIN GEMUK 😱
1️⃣ daripada 2️⃣ orang dewasa di Malaysia dikategorikan sebagai berlebihan berat badan dan obes.
📈 Laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023 menunjukkan peningkatan membimbangkan 50.1% (2019) ➡️ 54.4% (2023)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 15 September 2025, Isnin diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini. #AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025, setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima 100 ringgit secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). #AWANInews
🚨 DUA lokasi terakhir! SMEvaganza kini menuju ke Johor Bahru dan Kota Bharu penuh dengan selebriti Astro, ilmu pemasaran berimpak tinggi dan tawaran eksklusif untuk PKS sekalian yang tak sangkup dilepaskan!
SMEvaganza: The Star Power Marketing Fest
🗓️ 16 Julai (Rabu) | 🕘 2:30PM | 📍Opero Hotel Southkey, Johor Bahru
🗓️ 23 Julai (Rabu) | 🕘 2:30PM | 📍Grand Riverview Hotel, Kota Bharu (Sesi khas bersama pakar PKS Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman)
🔥 Sertai selebriti hebat seperti Nana Mahazan, Hefny Sahad, Hunny Madu, Aswad Jalil, Isha Norsham, Guibo, Non dan ramai lagi! Akan ada demo secara langsung, strategi praktikal dan tip-tip kejayaan yang anda boleh terus guna untuk boost bisnes anda.
Apa yang menanti anda:
🍽️ Buffet + networking eksklusif bersama selebriti
🎁 Door gift premium bernilai RM100
💥 Pakej iklan dengan diskaun power + hadiah dijamin dengan pembelian (jumlah nilai hadiah melebihi RM300,000!)
🎉 Bonus 100% (beli 1, dapat 2) jika tempah dalam masa 48 jam
📌 Penyertaan adalah PERCUMA — terhad kepada 2 pas sahaja setiap syarikat!
🔗 Daftar cepat sebelum penuh: https://t.co/qotnukjw8K
#AlorSetar : Mayat enam sekeluarga yang dipercayai hilang sejak Sabtu lepas, ditemukan di dalam sebuah kereta di dalam Sungai Korok, dekat Jitra hari ini.
Berita penuh : https://t.co/gTezKZUuhu
📸 Adib Hasri | BERNAMA
#BernamaImages#BernamaNews#Kedah
Wajib Haji ialah perkara yang wajib dilakukan ketika mengerjakan Haji. Jika tidak mengerjakan salah satu daripadanya haji tersebut tetap sah tetapi dikenakan DAM menurut syarat-syaratnya dan menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja.
Selamat Pulang Fu Wa dan Feng Yi.
Malaysia secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada dua panda gergasi kesayangan negara pada Ahad, 18 Mei 2025. Majlis penghantaran pasangan panda itu berlangsung di Animal Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Selamat jalan Fu Wa dan Feng Yi. Terima kasih atas kenangan indah dan kasih sayang yang telah dikongsi bersama rakyat Malaysia.
#AWANInews
📸 : ABDUL WAFI NORAZMI
Kumpulan pertama yang terdiri daripada 284 jemaah haji Malaysia, termasuk 31 petugas, tiba di Madinah, awal pagi tadi.
Mereka terdiri daripada jemaah yang berlepas dari stesen Alor Setar di Kedah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, Selangor.
📸: Astro AWANI / @azizul_azwa
#AWANInews
#KualaLumpur Penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan penyokong pasukan Sri Pahang FC yang hadir menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang perlawanan Akhir Piala Malaysia hari ini.
📸 Zulfadhli Zulkifli | BERNAMA
#BernamaNews
#PialaMalaysia
Pasukan petugas Tabung Haji (TH) di Madinah bersiap sedia untuk menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia bagi musim 1446H/2025M yang dijadualkan tiba di Madinah pada 29 April.
#BernamaNews#VideoBernama#TabungHaji#Haji
Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi negara pertama di dunia diberi kebenaran oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mengedarkan kad Nusuk dalam negara ini kepada Jemaah Haji sebelum jemaah berlepas ke Tanah Suci.
#BernamaNews#InfografikBernama#KadNusuk#Haji
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini mengadakan lawatan dan sesi ramah mesra ke Unit Proses Visa Haji di Menara TH Tun Razak bagi meninjau persiapan pengurusan visa jemaah haji musim 1446H/2025M.
🎥 Puti Iylia Maisarah | BERNAMA
#BernamaNews
#haji
Dua nikmat besar yang selalu kita abaikan iaitu kesihatan & waktu lapang.
Selagi sihat, gunalah untuk berbakti. Selagi ada masa, isilah dengan perkara yang bermakna. Bila nikmat itu hilang, baru kita sedar betapa berharganya ia.
#satujumaatsatuhadis#JAKIMuntukUmmah
JANGAN GOPOH HUKUMKAN ISU AGAMA: TUNGGU PENJELASAN MUFTI BERKAIT ISU HUKUM HAJI VS MENGUNDI
Saya mengambil maklum perbincangan yang sedang hangat dalam kalangan masyarakat berkaitan hukum menunaikan ibadah haji semasa musim pilihan raya berbanding tanggungjawab mengundi.
Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan semua pihak agar tidak terburu-buru mengeluarkan pandangan hukum secara individu tanpa merujuk kepada pihak berautoriti seperti para Mufti. Hukum agama adalah perkara yang memerlukan penelitian mendalam, kefahaman menyeluruh serta disiplin ilmu yang tinggi.
Adalah amat penting untuk kita menjaga ketertiban masyarakat dan tidak mencetuskan kekeliruan yang boleh mengganggu keharmonian, apatah lagi apabila ia melibatkan ibadah yang merupakan rukun Islam serta proses demokrasi yang penting bagi negara.
Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan memberi ruang kepada pihak Mufti serta institusi berwibawa untuk memberikan pandangan dan penjelasan berdasarkan hukum syarak dan konteks semasa.
Marilah kita mengutamakan ilmu dan adab dalam membincangkan isu-isu agama, serta sentiasa merujuk kepada saluran yang betul demi menjaga kesucian Islam dan kesejahteraan masyarakat.
YB Senator Dato' Setia Dr. Na’im bin Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
#MenteriAgama