Alhamdullillah diberi peluang dapat sakit yg agak teruk skrg nehโบ๏ธ syukur masih diberi peluang menghapus dosa dan Allah masih merindui๐น https://t.co/RbAORsJ1Cv
Journalist Saleh Al-Jafarawi was kidnapped by Israeli backed gangs in Gaza City they fired 7 bullets and killed him while his only weapon was his camera.
He was smeared and targeted for two years during the genocide.
May his memory be blessed.
ุงููููููู ูู ู ูููุฒููู ุงูููุชูุงุจูุ ุณูุฑููุนู ุงูุญูุณูุงุจูุ ุงููููููู ูู ุงููุฒูู ู ุงูุฃุญูุฒูุงุจูุ ุงููููููู ูู ุงููุฒูู ูููู ู ูุฒูููุฒูููููู ู
Ya Allah, Yang menurunkan Al-Qurโan, Yang pantas perhitungannya; Ya Allah, hancurkanlah pasukan musuh; Ya Allah, hancurkanlah mereka dan goncangkanlah mereka.
#globalsumudflotilla
#sumudnusantara
#stand4sumud
IMAGINE SENDING 20 WARSHIPS TO INTERCEPT BOATS CARRYING MILK POWDER AND BABY FORMULA FOR STARVING CHILDREN. THIS IS THE GREATEST EVIL EXISTING IN THE WORLD RIGHT NOW!!!!!
Sama-sama kita doakan keselamatan pasukan Global Sumud Flotilla (GSF).
Semoga Allah melindungi setiap jiwa di atas kapal, dan semoga misi ini menjadi sumber inspirasi kepada kita semua serta kekuatan buat rakyat Palestin.
Dunia bersama kalian, doa kami sentiasa mengiringi.
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ฎ๐ด ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ฃ๐๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐
Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada YAB Perdana Menteri. ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ญ๐ณ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.
Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini. Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan.
Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam.
Amanah terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.
RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri.
Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pihak media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi.
Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
28 Mei 2025
PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI JEMAAH MENTERI
Saya telah menghantar surat peletakan jawatan saya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kepada Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa pada 4 Julai 2025. Saya bercuti bermula esok hingga 3 Julai 2025.
Sejak dilantik ke dalam Jemaah Menteri, pertama sebagai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Disember 2022โDisember 2023), dan seterusnya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Disember 2023โJulai 2025), saya telah berusaha sebaik mungkin bersama Timbalan Menteri dan para penjawat awam yang berdedikasi untuk melaksanakan reformasi yang amat diperlukan.
Kejayaan dua kementerian ini termasuklah pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] โ Fasa 1, serta peningkatan ketelusan dalam laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Malaysia juga menjadi antara negara terawal yang mengemukakan National Biodiversity Strategies and Action Plan (NBSAP) bagi membendung kemusnahan alam semula jadi. Pengurangan kadar penyahutanan yang ketara juga telah mendapat pengiktirafan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres.
Hanya dalam beberapa minggu selepas dilantik, kami berjaya melaksanakan penyasaran semula subsidi elektrik di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) di Semenanjung Malaysia. Kami juga berjaya meluluskan Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga di Dewan Rakyat. Dalam sektor air, kami telah memperkenalkan Tariff Setting Mechanism yang amat diperlukan.
Pasukan NRES telah memulakan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) dari peringkat paling asas, dan kini berada di peringkat akhir sebelum dibentangkan ke Jemaah Menteri dan Parlimen.
Namun begitu, saya sedar bahawa kedudukan saya ketika itu sebagai Naib Presiden KEADILAN merupakan antara pertimbangan utama dalam pelantikan saya ke Kabinet.
Memandangkan saya tidak berjaya mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti baru-baru ini, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penjawat awam yang berwibawa, pasukan di pejabat saya yang cemerlang, serta semua pihak daripada sektor awam, swasta dan masyarakat sivil yang telah banyak mengajar saya dan memungkinkan pelaksanaan pelbagai reformasi penting sepanjang tempoh ini.
Kami sentiasa berusaha untuk mengambil pendekatan yang terbuka dan berunding dengan semua pihak dalam merangka dasar dan memperkenalkan undang-undang.
Saya kini menantikan peluang untuk kembali menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, serta menumpukan perhatian kepada khidmat di kawasan saya di Setiawangsa.
Mengungkapkan semula kata-kata mendiang Ahli Parlimen Britain, Tony Benn: โSaya meninggalkan Kabinet untuk memberikan lebih masa kepada politik dan khidmat awam.โ
TRANSLOKASI GAJAH LIAR DI GERIK BERJAYA ๐๐ฒ๐พ
Pada 6 Mei 2025, seekor gajah liar dari Bongor, Gerik, Perak telah berjaya dipindahkan. Gajah betina dewasa itu dianggarkan seberat lebih kurang 2.5 tan.