DETIK-DETIK KEWAFATAN RASULULLAH.
Rasulullah ﷺ wafat pada Hari Isnin tetapi DIKEBUMIKAN pada malam Rabu.
Nak kongsi detail apa yang berlaku pada hari-hari terakhir tersebut dari Kitab Rahiqul Maqtum:
4 HARI SEBELUM WAFAT (HARI KHAMIS)
• Itulah hari terakhir baginda mengimami solat berjemaah bersama sahabat.
• Pada waktu Soalt Maghrib baginda membaca Surah Al-Mursalat. Menjelang Solat Isya' sakit baginda bertambah parah dan baginda telah pengsan sebanyak 3 kali. Abu Bakar menggantikan selepas kali ketiga Rasulullah ﷺ pengsan.
• Dalam riwayat, Abu Bakar mengimami sebanyak 17 solat fardhu ketika Rasulullah ﷺ masih hidup.
----
2 HARI SEBELUM WAFAT (HARI SABTU)
• Sakit baginda berkurangan. Baginda ﷺ dipapah 2 orang pembantu lelaki untuk hadir Solat Zohor.
• Ketika itu Abu Bakar sedang mengimami solat. Bila perasan Rasulullah hadir, Abu Bakar menganjak ke belakang sedikit bagi beri ruang Rasulullah jadi Imam.
• Namun Rasulullah beri isyarat kepada Abu Bakar untuk teruskan solat. Baginda duduk di sisi kiri Abu Bakar.
• Lalu Abu Bakar solat mengikuti solat Rasulullah (duduk) dan kuatkan bacaan takbir agar didengari orang ramai.
• Syariat ini hanya berlaku sekali sahaja.
----
SEHARI SEBELUM WAFAT (HARI AHAD)
• Rasulullah ﷺ merdekakan pembantu lelakinya. Kemudian sedekahkan 7 dinar dari harta baginda.
• Kemudian berikan senjata milik baginda kepada orang Islam. Baju besi baginda digadaikan kepada seorang Yahudi dengan harga 30 Sha' gandum.
----
HARI KEWAFATAN (HARI ISNIN)
• Anas Ibn Malik riwayatkan, ketika Abu Bakar mengimami Solat Subuh, Rasulullah ﷺ menyelak langsir bilik Aisyah dan memandang sahabat dalam saf, kemudian baginda tersenyum.
• Abu Bakar hendak mundur kebelakang kerana jangka Rasulullah hendak imami solat.
• Diriwayatkan, ada sahabat yang hendak berhentikan solat kerana gembira dan merasakan Rasulullah telah bertambah sihat.
• Namun Rasulullah ﷺ beri isyarat agar solat diteruskan. Kemudian Rasulullah masuk ke dalam rumah dan turunkan langsir.
• Menjelang waktu DHUHA, sakit baginda bertambah berat. Rasulullah ﷺ sempat berjumpa dengan Fatimah, Hasan dan Husain, isteri-isteri baginda.
• Kesakitan itu ditambah dengan pengaruh racun yang diberikan wanita Yahudi dalam daging yang Rasulullah makan ketika baginda di Khaibar.
----
DETIK-DETIK TERAKHIR KEWAFATAN 😭
• Aisyah r.a memangku Rasulullah ﷺ dan bantu Rasulullah bersiwak.
• Rasulullah celup kedua-dua tangan dalam bekas air, lalu diusapkan ke wajah baginda, sambil bersabda,
"Tiada TUHAN selain ALLAH. Sesungguhnya kematian itu ada penderitaannya."
• Kemudian, Rasulullah angkat tangan dan jari mengarah ke langit-langit rumah dan bersabda;
"Allahumma ar-Rafiq al-A'la"
(Temukan aku dengan Kakasih yang Maha Tinggi)
sebanyak 3 kali.
Disusuli dengan tangan baginda lemah. Baginda ﷺ tercinta telah pun WAFAT menemui Kekasih-Nya.
• Peristiwa ini berlaku pada Waktu DHUHA, HARI ISNIN, 12 Rabiulawal 11 Hijrah. Ketika Rasulullah berusia 63 tahun 4 hari.
• Ramai sahabat dan orang-orang di Madinah seperti tidak percaya. Banyak riwayat ceritakan tentang Umar dan Abu Bakar. Akhirnya semua menerima berita ini.
----
PENGURUSAN JENAZAH RASULULLAH ﷺ.
• Terjadi perselisihan di kalangan Muhajirin dan Ansar di Kampung Bani Saidah pada Hari Isnin tersebut.
• Ringkasnya, selepas perbincangan kedua-dua kaum Muhajirin dan Ansar BERSEPAKAT melantik Abu Bakar menggantikan Rasulullah ﷺ.
• Dalam masa sama ahli keluarga baginda, sibuk membuat persiapan pengurusan jenazah Rasulullah ﷺ sehinggalah menjelang Subuh pada Hari Selasa.
• Selepas wafat, tubuh Rasulullah ﷺ diselubungi sehelai kain hitam. Pintu rumah ditutup dan hanya boleh dimasuki ahli keluarganya sahaja.
----
1 HARI SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH (HARI SELASA)
• Ahli Keluarga Rasulullah memandikan jenazah baginda ﷺ.
• Sahabat yang mandikan adalah, Al-Abbas (pakcik), Ali (menantu), Fadhl & Qutsam (anak Abbas), Syaqran (pembantu Rasulullah), Usamah dan Aus Khauly.
• Mereka kafankan baginda dengan 3 lembar kain kapas berwarna putih tanpa menyertakan pakaian ataupun penutup kepala.
• Kemudian, ada perbincangan di kalangan sahabat, lokasi jasad baginda ﷺ ingin dikebumikan. Abu Bakar bacakan satu Hadis:
"Tidaklah seorang nabi meninggal dunia melainkan dia dikuburkan ditempat dia meninggal dunia."
• Lalu Abu Talhah mengalihkan tempat tidur ketika Rasulullah wafat dan mula menggali liang lahad di situ. Lokasi tersebut KEKAL sehingga hari ini di Masjid Nabawi.
• Orang ramai masuk ke dalam rumah Rasulullah bergilir-gilir 10 orang, 10 orang, untuk solatkan jenazah Rasulullah ﷺ tanpa seorang pun menjadi imam.
• Giliran pertama dari ahli keluarga dahulu. Kemudian orang Muhajiran & Ansar. Selesai orang lelaki, giliran perempuan dan kanak-kanak juga mensolatkan Baginda ﷺ.
----
2 HARI SELEPAS KEWAFATAN (HARI RABU)
• Urusan Solat Jenazah tersebut berlangsung selama sehari penuh iaitu sepanjang Hari Selasa.
• Ia berakhir pada malam Rabu (Selasa malam Rabu)
• Dalam satu hadis disebutkan, Aisyah berkata,
"Kami tidak mengetahui penguburan Rasulullah ﷺ hingga kami mendengar bunyi cangkul (dikebumikan Rasulullah dalam lahad di tengah malam Rabu".
----
Demikian detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah ﷺ yang diceritakan dalam beberapa hadis sahih.
Beruntung sangat kita jadi umat Islam. Semoga kita semua dapat berjumpa bersemuka dengan Rasulullah ﷺ bila kita semua masuk Syurga kelak 😭😭.
Mari kita banyakkan berselawat atas junjungan besar Rasulullah ﷺ. Terutama cuti Maulidur Rasul ini.
Solluu A'laa Nabi.
Wallahua'lam.
Membela Sahabat
Tersebar dakwaan kononnya para sahabat besar seperti Abu Bakar dan Umar adalah penjenayah atau pencabul sebelum kedatangan Islam.
Namun apabila Islam datang, sifat mereka berubah 100%.
Fun fact tentang orang terakhir yang melihat langsung makam Rasulullah SAW.
Tahukah kamu, siapa orang terakhir dalam sejarah yang masuk ke dalam ruang makam Nabi dan melihat langsung makam Rasulullah serta Abu Bakar dan Umar?
Menurut banyak riwayat sejarah Madinah, orang terakhir itu adalah Imam Ali Nuruddin as-Samudi (w. 911 H) bersama beberapa pekerja pada tahun 881 H / 1477 M.
Saat itu, bangunan kamar Nabi memiliki dua dinding:
1️⃣ dinding luar
2️⃣ dinding dalam.
Suatu hari para jamaah di Masjid Nabawi mendengar suara benturan keras dari sisi timur dinding luar kamar Nabi. Ternyata yang terjadi adalah dinding bagian dalam condong dan menekan dinding luar, sehingga menyebabkan retakan dan kerusakan sebagian.
Gubernur Madinah, para ulama, dan tokoh masyarakat kemudian bermusyawarah. Akhirnya mereka memutuskan membongkar bagian dinding yang retak untuk memperbaikinya.
Peristiwa ini menjadi pembukaan pertama kamar Nabi setelah lebih dari 790 tahun. Gubernur kemudian membentuk tim khusus untuk masuk dan memperbaiki kamar tersebut, dan di antara anggota tim itu adalah Imam as-Samudi, seorang ulama dan sejarawan Madinah.
Dalam kitabnya yang terkenal 'wafā' al wafa bi akhbāri dār al mushthafā', beliau menjelaskan kondisi kamar Nabi saat mereka masuk.
Beberapa hal yang beliau saksikan:
- Kamar tersebut tidak memiliki pintu, bahkan tidak ada bekas pintu sama sekali.
- Tanahnya berupa kerikil merah yang lembab dan tidak berdebu.
- Kubur Nabi, Abu Bakar, dan Umar tidak menonjol.
- Permukaan tanah kamar lebih rendah sekitar satu setengah hasta dari lantai masjid.
Setelah itu mereka:
- Memperbaiki dinding yang retak.
- Membangun kembali dengan struktur yang sangat kuat.
- Menjadikannya tertutup rapat tanpa pintu
- Serta membangun kubah dari batu hitam di atasnya lalu dilapisi kayu.
Pekerjaan ini dimulai pada 27 Sya'ban 881 H
dan selesai pada 7 Syawal 881 H. Sejak saat itu, kamar Nabi benar-benar tertutup rapat, tanpa pintu dan tanpa jendela.
Karena itu, klaim siapa pun yang mengatakan pernah melihat langsung makam Nabi setelah tahun tersebut, tidak dapat dibenarkan secara sejarah. Yang kita lihat hari ini hanyalah jeruji luar, sementara di dalamnya masih ada bangunan pemisah lagi, lalu barulah kamar Nabi yang sebenarnya.
Abu Al-Darda dahulu hanya fokus kepada urusan akhirat sahaja. Isterinya pun berpakaian compang camping tidak berhias kerana Abu Al-Darda dilihat tidak berhajat untuk bersama dengan dirinya.
Suatu hari Salman Al-Farisi menegur Abu Al-Darda :
إنَّ لِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا، ولِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، ولِأَهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، فأعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ
Untuk Tuhan kamu ada haknya ke atas diri kamu. Untuk diri kamu juga ada haknya ke atas diri kamu. Untuk isteri kamu juga ada haknya ke atas diri kamu. Berikanlah hak kepada setiap yang berhak.
* Muslim yang baik menyeimbangkan kehidupannya dengan beribadat kepada Tuhan, makan, tidur, beriadah, bersama dengan pasangan …
'Uwaid bin Abi Imron Al-Juni ra :
Ibuku sangat rajin sholat malam, sehingga beliau perban kedua kakinya, karena pecah-pecah akibat kelamaan berdiri (membaca ayat Al-Qur'an dalam shalatnya),
Ayahku bilang :
"Jangan lama-lama berdiri ketika shalat",
Lalu ibuku menjawab :
“Dia yg tak membaca tak mungkin jadi pemilik visi dlm realitasnya, pembawa panji pemikiran di masyarakatnya, atau suami yg didengar di rumahnya, ayah yg jadi teladan di keluarganya, atau pemimpin yg diikuti di sistemnya, sebab kebodohan tak hasilkan apapun selain kehancuran.”
Ketika peristiwa Aisyah, anak Abu Bakar dan isteri Nabi ﷺ difitnah curang, salah seorang yang sebarkan fitnah itu ialah Mistah, sepupu Abu Bakar sendiri. Mistah orang susah, Abu Bakar yang selalu bagi sedekah dan bantu hidup dia selama ini tapi akhirnya dia juga sebar fitnah...
Percaya Dengan Rezeki
Kata Nabi:
"Kalau anak Adam lari daripada rezeki sebagaimana dia lari daripada kematian, rezeki tetap akan datang kepadanya sebagaimana kematian akan datang kepadanya."
Ramai yang dm tanya pasal ini.
Pertamanya, apa yang disebut dalam video ini adalah betul dan tepat. Moga Allah berkati semua yang terlibat buat video ini. Alhamdulillah.
Persoalan yang dibahaskan:
a- pegang mushaf secara berlapik tanpa wudhu'
b- pegang mushaf tafsir
Telekung wanita
Ramai juga sahabat yang bertanya tentang isu telekung solat, maka adakah solat sah atau tidak jika kelihatan dari arah bawah. Penulisan ini adalah hasil dari perbincangan dan pertanyaan dari guru-guru kami, moga Allah berkati mereka. Insya Allah.
Kematian Yahya Sinwar dan Ja'far
Awal tahun 8 Hijrah, Rasulullah gerakkan tentera untuk memerangi Rom (Byzantine) di Syria.
Baginda lantik Zaid bin Harithah sebagai panglima perang. Tetapi baginda bagi satu pesanan dan arahan yang sedikit aneh.
Resiko Kemiskinan Versi Lukman al-Hakim
Dawuhnya: "Hai anakku, railah penghasilan halal agar terhindar dr kefakiran! Krn siapapun yg jadi miskin pasti ditimpa 3 resiko: tipis keagamaan, lemah nalar, & hilang marwahnya. Yg lebih parah dr itu semua yaitu masyarakat meremehkannya."
"Malaysia Merdeka Secara Giveaway?"
Puak-puak seberang ni, kalau bukan pasal Malaydesh, diorang mesti sebut kita ni merdeka secara giveaway.
Kau tau tak Sun Tzu cakap apa dalam The Art of War?
"The Greatest Victory Is That Which Requires No Battle"