Terima kasih kepada semua yang telah hadir ke Ibu Pejabat BERSAMA semalam.
Ramai yang datang dari seluruh negara untuk Malam Terima Kasih Sukarelawan. Ada yang turun berkempen di Johor. Ada yang menjadi PACA. Ada yang memasang bendera. Ada yang mengambil cuti dan menggunakan wang sendiri untuk membantu kempen. Ada juga yang menyumbang kepada dana pembinaan HQ ini supaya BERSAMA mempunyai sebuah rumah yang boleh menjadi pusat gerakan kita.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir, dan kepada semua yang menyumbang tenaga, masa serta rezeki untuk BERSAMA.
Foto-foto yang dikongsikan di sini juga dirakam sendiri oleh ahli-ahli BERSAMA yang hadir malam tadi. Ia menggambarkan suasana sebenar sebuah gerakan yang dibina oleh ahlinya sendiri.
Pilihan Raya Negeri Johor sudah selesai. Banyak pengajaran yang kami peroleh sepanjang kempen, daripada maklum balas rakyat hinggalah kepada cara pengundi membuat keputusan. Semua ini akan kami teliti sebaik-baiknya kerana membina sebuah parti politik bukan kerja untuk satu pilihan raya.
Yang penting sekarang ialah apa yang kita lakukan selepas ini.
HQ ini akan menjadi titik pertemuan ahli, sukarelawan dan penyokong BERSAMA. Di sinilah kita akan bermesyuarat, berbahas, menyusun strategi, melatih sukarelawan dan membina organisasi yang lebih kemas daripada sebelumnya.
Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, tumpuan kita akan beralih kepada beberapa perkara.
Kita akan mula membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka. Pada masa yang sama, kita juga akan memperincikan lagi agenda dan dasar BERSAMA supaya rakyat semakin jelas tentang apa yang kita tawarkan kepada negara.
Saya yakin, jika kita terus berpegang kepada cita-cita BERSAMA dengan hati yang ikhlas, bekerja tanpa mengharapkan balasan, dan sentiasa meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan diri, BERSAMA akan menempa tempat tersendiri dalam sejarah politik negara.
Terima kasih kepada semua yang memilih untuk terus membina BERSAMA. Kerja kita belum selesai. Sebenarnya, kerja yang lebih besar baru sahaja bermula.
Ramai yang cepat membuat kesimpulan tentang PRN Johor.
Parti baru masuk, undi berpecah, PH terjejas. Nampak mudah. Nampak logik.
Tapi ada satu kumpulan pengundi yang jarang disebut. Pengundi yang datang berjumpa kami bukan untuk memuji, tetapi untuk berterima kasih.
Ada yang cakap terus-terang bahawa mereka sebenarnya dah buat keputusan lain sebelum kami muncul.
DSA panggil sebagai “mengundi dalam tangisan”.
Kadang-kadang, apa yang nampak di permukaan bukan cerita sebenar.
Kadang-kadang parti seperti BERSAMA yang dituduh mengganggu, sebenarnya sedang menahan sesuatu yang lebih besar daripada berlaku.
Data ada ceritanya sendiri. Cuma perlu dibaca betul-betul.
Dengar apa yang sebenarnya berlaku di Perling dan Stulang, serta kenapa sesetengah pengundi keluar mengundi dengan berat hati.
Tonton kupasan penuh PRN Johor di Podcast YBM Episod 55 di sini:
https://t.co/REl9KMvHfs
Dua minggu di Johor Bahru, diikuti seminggu di Kuala Lumpur.. Setibanya di Sabah, hujung minggu pula dipenuhi dengan menghadiri beberapa jemputan yang telah diatur..
Alhamdulillah, hari ini barulah berkesempatan turun ke Pejabat BERSAMA Sabah untuk menyambung kerja-kerja ubah suai bersama beberapa rakan sukarelawan.. Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan dan beberapa tugasan yang tertangguh menanti untuk disempurnakan..
Semalam saya tidak berpeluang bersama rakan-rakan di Ibu Pejabat Parti Bersama Malaysia di Puchong kerana perlu memberikan tumpuan kepada tugasan dan komitmen di Sabah..
Sekalung tahniah diucapkan atas pembukaan Ibu Pejabat BERSAMA.. Satu permulaan yang cukup bermakna apabila diraikan bersama para sukarelawan dari seluruh negara, di samping menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia. Cukup santai..
Semoga Ibu Pejabat ini menjadi pusat gerak kerja yang akan terus mengukuhkan perjuangan dan menyatukan seluruh warga BERSAMA..
Nota: Abaikan muka mengantuk, Spain punya pasal..
Roh reformasi tengah mencari-cari satu gagasan baru.
Had tempoh PM tiada. Pemisahan kuasa AG/PP tiada. Memberikan ketelusan maklumat kepada rakyat tiada.
𝗣𝗢𝗗𝗖𝗔𝗦𝗧 𝗬𝗕𝗠 #𝟱𝟱 - 𝗔𝗣𝗔 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥, 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗞𝗜𝗣 𝗣𝗥𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡?
Setelah tidak bersiaran selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada kempen PRN Johor, saya memohon maaf kepada ibu ibu kakak kakak kerana podcast YBM Episod 55 akan kembali Jumaat ini, 17 Julai jam 9 malam, seperti biasa di saluran YouTube dan Tiktok saya.
Saya harap ibu ibu kakak kakak bersabar dan nasihatkan suami supaya jangan pasang podcast kuat-kuat.
Episod kali ini akan bedah siasat PRN Johor baru-baru ini.
Selain saya dan Haziq, podcast YBM kali ini akan turut disertai mereka yang berada di lapangan sepanjang kempen, iaitu:
Dr Harith - calon BERSAMA di Tiram
Saudara Tang Hong Yau atau Ubat, yang berkempen dengan pengundi Cina
Dato’ Syed Azwan atau DSA, yang tidur atas bumbung pick-up truck untuk berkempen membantu BERSAMA
Dato’ Dr Samsu Adabi Mamat, bekas ahli akademik dan ahli BERSAMA yang mengikuti kempen di lapangan
Saya juga akan menjawab persoalan-persoalan mengenai keputusan BERSAMA menumpukan kepada PRN Melaka dan tidak menyertai PRN Negeri Sembilan.
Jangan lupa malam ini, Jumaat 17 Julai 9 malam - podcast YBM kembali lagi dengan Episod 55.
Ben & Mommy semangat bangun pagi2 tengok England vs Argentina.
It was one of the very few unique private family moments.
Didn’t help with the second half going down the drain.
We really wanted England to win, tapi apa nak buat.
Sad with the outcome, but happy with the experience.
Because life is not about the destination, it’s about the journey.
𝗞𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮
𝟭𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗣𝗥𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡, 𝗣𝗥𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
Pilihanraya Negeri Sembilan yang akan bermula dengan penamaan calon pada hari Sabtu ini (18 Julai 2026) ada beberapa perbezaan ketara dengan PRN Johor baru-baru ini.
Pertama, persaingan di antara PH dan BN adalah lebih sengit di Negeri Sembilan, termasuk faktor PH sebagai kerajaan negeri.
Kedua, keputusan PRN Negeri Sembilan berkemungkinan mempengaruhi isu-isu lain yang terheret sama dengan pertembungan politik semasa, termasuk konflik yang melibatkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Mengambil kira isu-isu ini serta kekangan masa dan sumber, 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 berpendapat adalah lebih strategik agar fokus 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 beralih kepada Pilihanraya Negeri Melaka yang akan diadakan beberapa bulan dari sekarang.
Oleh itu, 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 tidak akan menyertai PRN Negeri Sembilan untuk memberi sepenuh tumpuan kepada PRN Melaka.
Mesyuarat persediaan awal PRN Melaka akan diadakan pada hari Selasa, 21 Julai 2026 untuk mengenal pasti kerusi dan mula menyaring calon-calon, agar calon-calon dapat diumumkan lebih awal.
Satu majlis terima kasih kepada sukarelawan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 yang telah berkhidmat di PRN Johor dengan kehadiran calon-calon PRN Johor juga akan diadakan di Ibu Pejabat 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 pada hari Ahad, 19 Julai 2026 bermula jam 830 malam.
Majlis seterusnya akan bersambung dengan acara tontonan perlawanan akhir Piala Dunia ditempat yang sama, bermula jam 1230 tengah malam, Isnin 20 Julai 2026.
Ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, sukarelawan dan orang ramai yang berkelapangan dijemput hadir ke Ibu Pejabat BERSAMA di Puchong untuk dua majlis ini, yang menjadi sebahagian dari persediaan memasuki PRN Melaka kelak.
Untuk mengesahkan kehadiran dan tempat, anda digalakkan mendaftar di laman acara 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 di pautan https://t.co/nOUTHK88GI
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dan sukarelawan yang berkobar-kobar bersedia digerakkan ke PRN Negeri Sembilan, walaupun penat di PRN Johor masih belum reda.
Kami berharap tempoh masa yang lebih lama memberi ruang kepada 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 masuk ke PRN Melaka dengan lebih bersedia, di samping pertimbangan-pertimbangan lain yang telah diambil kira.
Selamat mengundi kepada pengundi-pengundi Negeri Sembilan, Insya-Allah kita akan berjumpa di Pilihanraya Umum ke-16 kelak.
𝟭𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
Bagi pihak BERSAMA
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
𝗡𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗭𝗠𝗜 𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗
𝗦𝗬𝗨𝗞𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗕
Saya masih pengundi di Dun Repah, dan Parlimen Tampin di Negeri Sembilan. Melihat nama calon-calon yang diumumkan Pakatan Harapan malam ini, saya hanya mampu simpan komen saya. Terutama dalam Parlimen Tampin.
TIADA REFORMASI DI KUALA LUMPUR JUGA SATU KEPUTUSAN POLITIK
Rumusan kajian yang dijalankan oleh UIAM mengenai kebolehlaksanaan mengadakan pilihan raya Datuk Bandar di KL pada asasnya dilihat menyokong status quo, iaitu amalan melantik Datuk Bandar oleh Kerajaan Persekutuan.
Berdasarkan laporan media, rumusan tersebut dilihat tidak menyokong bukan sahaja pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar atau pelantikan ahli majlis (seperti yang dicadangkan dalam RUU Persendirian yang pernah saya bentangkan bersama beberapa Ahli Parlimen KL ketika saya masih berada di Dewan Rakyat), malah turut menasihatkan supaya tiada pindaan dibuat terhadap Akta Ibu Kota Persekutuan.
Sejujurnya, saya tidak terkejut dengan dapatan yang dilaporkan ini. Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan yang menjalankan kajian tersebut dan cuba mengekalkan sikap terbuka sepanjang kajian tersebut dijalankan.
Namun begitu, tanggapan saya selepas pertemuan dengan mereka ialah pasukan yang mengetuai kajian ini sememangnya sejak awal lagi tidak cenderung kepada sebarang pindaan. Sukar untuk tidak tertanya-tanya sama ada kesimpulan terhadap isu ini telah pun dibuat lebih awal.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa hujah dalam rumusan tersebut yang wajar diberi perhatian. Kajian itu berhujah bahawa sebarang perubahan terhadap kaedah pelantikan atau fungsi Datuk Bandar akan bercanggah dengan tujuan asal Akta Ibu Kota Persekutuan, iaitu pemisahan pentadbiran bandar daripada politik kepartian. Perkara ini juga dikatakan boleh memberi kesan kepada Perjanjian Penyerahan KL oleh Selangor pada tahun 1974.
Namun, hujah pertama itu tidak mengambil kira hakikat bahawa dalam sistem sedia ada, Datuk Bandar sendiri merupakan lantikan politik kerana pelantikannya dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. Maka, boleh diperkatakan bahawa apa jua bentuk tadbir urus KL pada masa hadapan, sama ada mengekalkan sistem sedia ada atau memperkenalkan reformasi yang masih belum diperincikan, tetap merupakan satu keputusan yang bersifat politik.
Ironinya, rumusan tersebut turut mencadangkan pengukuhan peranan Ahli Parlimen KL. Sebagai wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya, bukankah mereka juga merupakan ahli politik? Bagaimanakah pengukuhan peranan ini boleh mengurangkan sifat “politik” jika dibandingkan dengan pemilihan seorang Datuk Bandar secara demokratik atau pelantikan ahli majlis?
Perkara yang sama boleh dikatakan mengenai cadangan supaya ahli Lembaga Penasihat KL dilantik berdasarkan kuota bagi golongan pakar dan wakil masyarakat sivil. Walaupun pendekatan ini boleh membantu memastikan keterwakilan yang lebih baik, perlu diakui bahawa penetapan kuota juga merupakan satu keputusan yang bersifat politik. Hakikat itu sendiri tidak semestinya sesuatu yang negatif.
Rumusan tersebut juga tidak menjawab persoalan pokok ; penduduk Kuala Lumpur tidak mempunyai hak demokrasi yang dimiliki oleh rakyat di negeri-negeri lain, iaitu mempunyai dua saluran perwakilan melalui undi, satu untuk memilih Ahli Parlimen dan satu lagi untuk memilih ADUN.
Menyedari cabaran untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan dalam masa terdekat, RUU Persendirian yang saya cadangkan sebelum ini mengemukakan pelantikan ahli majlis sebagai langkah peralihan. Tujuannya ialah sekurang-kurangnya untuk menyediakan satu lagi saluran akauntabiliti dan perwakilan yang sekian lama tidak dinikmati oleh warga KL.
Amatlah mendukacitakan sekiranya Kerajaan Persekutuan melepaskan peluang yang begitu bermakna ketika negara dipimpin oleh seorang Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan, Menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan juga daripada Pakatan Harapan, dan selepas Pilihan Raya Umum 2022, 10 daripada 11 kerusi Parlimen KL dimenangi oleh Pakatan Harapan yang telah berjanji untuk memperkukuh pendemokrasian dan meningkatkan akauntabiliti dalam pentadbiran DBKL.
@partibersamamy
Syabas! Ini baru betul konsep redha Berusaha, berdoa dan yang lain serah pada Allah (tawakkal). Kalah menang, itu bukan kerja kita. Kemudian, ucap terima kasih kepada semua yang terlibat.
Tidak seperti Parti Mata Lebam dan ceplos2nya. Konfiden menang besar bagai. Tetiba kalah teruk, salahkan pihak lain. 🤣
Realistically, I think #BERSAMA will win 1 seat and won't lose deposit in at least 12 seats.
Ideally, I want #BERSAMA to win 3 - 5 seats and won't lose deposit in all 15 seats.
Delulully, I want #BERSAMA to win all seats.
Semoga rakyat Johor bijak MEMILIH.
#PRNJohor
Beza @rafiziramli dengan tipikal politikus Muslim yang lain ialah dia tak jadikan agama sebagai tunggangan politik.
Dia jadikan agama sebagai panduan berpolitik.
Ni pesanan dia pada calon Bukit Permai.
Kempen BERSAMA untuk PRN Johor kini melabuhkan tirainya.
Dalam tempoh 14 hari ini, kami telah lakukan apa yang termampu. BERSAMA baru berusia 50 hari. Kami tidak mempunyai jentera yang besar atau dana yang besar. Yang kami ada hanyalah keyakinan bahawa politik masih boleh digerakkan oleh rakyat biasa.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan BERSAMA. Mahasiswa, anak muda, golongan profesional dan ramai lagi yang mengorbankan masa, tenaga malah wang sendiri supaya kempen ini dapat berjalan lancar sejak hari pertama.
Terima kasih juga kepada 15 calon BERSAMA yang sanggup mengambil risiko bersama sebuah parti yang masih baharu. Mereka memilih untuk turun mendengar sendiri denyut nadi rakyat, ada yang pengalaman pertama kali untuk mereka.
Sepanjang kempen ini, saya belajar satu perkara. Rakyat tidak mengharapkan ahli politik yang sempurna. Mereka hanya mahukan wakil yang jujur, bekerja bersungguh-sungguh dan tidak melupakan mereka selepas pilihan raya.
Kini, kempen kami hampir selesai. Selebihnya kami serahkan kepada kebijaksanaan rakyat Johor untuk menentukan.
These last 14 days, big salute to @rafiziramli. The guy’s not just campaigning. He’s fully hands-on, jumping into every part of the jentera work. That level of grind and commitment is rare, especially with tight funds and limited manpower. But he still pulled it off. Bringing @partibersamamy on a solid tour all across Johor. Mad respect for his energy and dedication. Really hope there’s a sweet surprise tomorrow. Ameen. https://t.co/ik6FIl19Fj
Inilah wajah benar Malaysia, ada rakan2 dari pelbagai kaum dan mencerminkan komposisi dan kepelbagaian sebenar rakyat Malaysia. @partibersamamy ini baru ditubuhkan kurang dua bulan dan sudah dapat menarik perhatian sebegini. Marilah kita bawa gelombang Kancil dari Johor ke seluruh negara nanti. Ayuh rakyat Johor dan Malaysia, marilah kita bangkit dan memperjuangkan Malaysia yang lebih baik dan terang.
Saya bertukar kerjaya sekejap hari ini menjadi promoter Powerbank Kancil edisi khas pertama.
Batch pertama akan mula dijual malam ini pada Ceramah Finale BERSAMA di Paragon Market Place, Johor Bahru, bermula jam 8.00 malam.
Siapa cepat, dia dapat menjadi salah satu pemilik pertama Powerbank Kancil BERSAMA.
Jadi jangan lupa malam ini kita jumpa di Ceramah Finale BERSAMA:
𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗙𝗜𝗡𝗔𝗟𝗘 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
🗓 𝟭𝟬 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁)
🕗 𝟴.𝟬𝟬 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺
📌 𝗣𝗮𝗿𝗮𝗴𝗼𝗻 𝗠𝗮𝗿𝗸𝗲𝘁 𝗣𝗹𝗮𝗰𝗲 (𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗺𝗽𝗼𝗶)
🔗 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶:
https://t.co/1RZHNOXipD
Kita jumpa malam ini.
Ada beberapa kisah menarik daripada walkabout saya bersama Yi Leong, calon BERSAMA di DUN Johor Jaya.
Satu, ada seorang pak cik yang tahu pergerakan saya dari pagi. Dia tegur, "Tadi YB di Skudai kan?" Saya pun tanya macam mana dia tahu. Rupanya dia ikut live IRL saya dari pagi. Ha3.
Dua, Yi Leong dah pusing hampir 70% hingga 80% kawasan kampung tersebut. Selebihnya dia sengaja tinggalkan untuk saya habiskan. Selamat juga dia dah mula dahulu. Parti baru macam BERSAMA memang tak boleh tunggu orang datang kepada kita, kita yang kena turun jumpa mereka.
Saya selalu pesan kepada calon-calon BERSAMA, bila kita orang baru, kita tak ada pilihan selain bekerja lebih kuat daripada orang lain. Yi Leong sendiri sedar dia masih baru. Sebab itu setiap kunjungan rumah ke rumah, setiap pertemuan dengan penduduk dan setiap peluang bertemu pengundi dianggap penting. Tak boleh ada satu lawatan yang dipandang kecil kerana kepercayaan rakyat dibina satu persatu.
Bila kita mulakan sesuatu yang baru, memang usaha kena sentiasa lebih daripada 100%. Tiada jalan pintas. Orang selalu cakap, tiada usaha mengkhianati hasil.
Objektif BERSAMA bukan sekadar menang pilihan raya. Kita mahu menyemai keyakinan bahawa masih ada politik yang berasaskan kerja kuat, turun padang dan mendengar suara rakyat. Saya harap setiap langkah yang kami ambil sepanjang walkabout ini sedikit demi sedikit membina keyakinan itu dalam kalangan pengundi.