Benar, child seat itu penting. Tetapi cadangan yang Tuan Menteri keluar sekarang ni tak kena tempat lah!
Mari saya terangkan dengan bahasa mudah.
Bayangkan sebuah lori 10 tan bergerak 40 km/j. Bila ia melanggar dan hanya berjaya berhenti selepas lebih 7 saat...
Apa hukum menggunakan ekzos bising seperti ini?
Jelas, ia haram.
Sebab menyebabkan kesusahan, ketidakselesaan, gangguan tidur, melanggar ketenangan awam.
Tiada yang baiknya guna ekzos begini. Menyusahkan. Nampak tidak cerdik dan tidak ada common sense.
Hari ini 1,393 tahun yang lalu, wafatnya Nabi Muhammad SAW.
Setelah Baginda berhijrah ke Madinah pada 622M, Mekah akhirnya menjadi milik Islam sekitar 630M. Ketika itu, keliling Kaabah ada 360 buah berhala. Baginda bertindak menghancurkannya termasuklah berhala di dalam Kaabah selain para sahabat memusnahkan yang lain di kawasan berhampiran.
Setelah Mekah dibersihkan, Baginda berangkat lagi ke kota suci itu buat kali terakhir sekitar 631/632M untuk menunaikan ibadah haji yang menjadi satu-satunya haji yang dilaksanakan Baginda semasa hayatnya.
Pada 9 Zulhijjah (6 Mac), Rasulullah SAW menyampaikan Khutbah Terakhir di Arafah di mana Baginda menyeru umatnya supaya tidak kembali ke cara hidup lama yang jahil dan berpegang kepada Al-Quran dan sunnah sebagai cara hidup terbaik.
Ketika Baginda menyebut agama Islam telahpun disempurnakan, para sahabatnya tidak dapat menahan rasa hiba kerana merasakan hayat Baginda sudah menghampiri penghujung.
Sebelum pulang ke Madinah, Baginda menziarahi makam isteri tercinta, Saidatina Khadijah RA, insan pertama yang mempercayai penerimaan wahyu pertama Allah SWT kepada Baginda dan yang pertama memeluk Islam, buat kali terakhir.
Selepas dua bulan sekembalinya ke Madinah, Baginda mengalami demam dan sakit kepala. Untuk beberapa hari Baginda masih boleh mengimamkan solat sehingga sakitnya semakin teruk dan meminta Abu Bakar RA untuk menggantikannya.
Pada 8 Jun 632M, bersamaan 12 Rabiulawal 11H, Rasulullah SAW menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan isterinya, Aishah RA. Baginda dimakamkan di lokasi wafatnya di dalam bilik Aishah RA (kini di dalam Masjid Nabawi, Madinah).
Sumber: Biography, The Life of the Prophet Muhammad (Ibn Kathir), https://t.co/VnBStqn76T
#PeristiwaHariIni
Seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disahkan maut dan tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang ke universiti itu terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Jalan Jeli - Grik berhampiran Tasik Banding, Perak awal pagi tadi.
Berita penuh:
https://t.co/GX5vx63AtW
15 orang disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.
30 Hari Untuk Kosongkan Tapak Kuil
PEJABAT Daerah dan Tanah (PDT) Kuantan telah mengeluarkan Notis Amaran Pencerobohan Tanah Kerajaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 828) kepada wakil pengurusan kuil pada 15 Mei 2025.
Kuil yang didakwa wujud hampir 100 tahun itu diberi tempoh 30 hari untuk mengosongkan tapak.
Kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh mengakibatkan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
PBT kini dalam proses memaklumkan perkara ini kepada Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang untuk tindakan lanjut. - MYNEWSHUB
Sayu... rakaman seekor gajah betina dipercayai ibu kepada anak gajah yang mati dilanggar sebuah treler di jalan Gerik awal pagi tadi.
Ibu gajah berkenaan kelihatan tidak berganjak langsung dari sisi treler dan seakan-akan cuba untuk membantu anaknya yang tersepit di bawah treler itu.
Video: Orang Awam
#malaysiagazette #gajah #gerik