Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.
Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.
Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.
Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.
Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.
Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.
Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.
Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.
You are not late.
You are not early.
You are just on time.
Jangan stress.
Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.
Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?
Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.
Ada orang, anaknya semua lelaki.
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.
Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.
Apa masalah kita sebenarnya?
Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.
Walhal yang jaga kita itu ALLAH.
Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.
Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.
Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.
Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.
Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.
Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.
Jangan pertikaikan
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?
Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting.
Pendek kata
ALLAH ADA.
Jangan takut.
Sebelum masuk 2022, jom kita amalkan 5 doa ni untuk membaiki diri kita & semoga 2022 adalah tahun yg lebih baik buat kit semua. 5 doa utk diri sendiri yg kita kena tahu & amalkan:
Sekadar ingatan bagi perempuan yang Qada' Puasa Ramadan. Ia adalah PUASA WAJIB.
Maksudnya?
Tidak boleh BERBUKA PUASA sesuka hati pada waktu tengahari sebab hal remeh.
HARAM jika tanpa keuzuran.
Ia berbeza dari puasa sunat yang boleh batalkan puasa walau tiada apa-apa uzur.
Makin banyak saya belajar pasal kanak-kanak, tiba-tiba saya jadi makin kagum sangat-sangat dengan Nabi kita Muhammad S.A.W.
Dulu bila saya baca kisah insan mulia yang bernama Muhammad tu, saya rasa pelik kenapa lah Nabi tu baik sangat dengan budak-budak.
Soalan: Bagaimana bayaran Fidyah & Qada' Puasa bagi golongan ini?
1. Perempuan Hamil.
2. Perempuan susukan anak.
3. Orang tua yang uzur.
4. Sakit hingga tak dapat puasa.
Jadual ini membantu menjawab persoalan tersebut secara ringkas.
Didiklah anak-anak kita untuk memakai kain basahan bila mandi.
Sejak mereka kecil.
Mengikut pengalaman peribadi saya, di rumah, anak-anak lelaki saya , memang saya biasakan mandi pakai seluar basahan jika mereka mandi bersama bahkan jika mereka mandi seorang diri.
@Padjirrr Apa benda iphone update dulu. Mak bapak aku pakai android elok je boleh daftar vaksin tu. Mereputlah kau nak tunggu vaksin. Aku harap kakitangan kerajaan dapat dululah kau dapat yang hujung2 pun tak apa 🙄🤣
@Padjirrr Haruslah lain ah kau. Tangan pun tak basuh. Kot ye dapat bulan 5. Kau ingat dalam umur macam tu sikit punya umat ke. Paling pun entah2 tahun depan baru dapat
@Padjirrr Ah kau manjang tak nampak bayang je jodohnya. Kawin dengan janda jelah mir senang sikit. Kau tak tengok live aku kawin pun majlis tetap berjalan bukan tergendala pun 🤣
@Padjirrr Kau pun tak kawin ada hati tanya aku 🙄 Kumpul harta dulu 10 tahun lagi kawin lah. Pkp ni jemput kau macam tak ada hasil je buat penat aku taip jemput kau datang bukan boleh datang pun 💁🏼♀️