Betullah apa yang Pak Ya cakap. Lagi rapat kita dengan seseorang, lagi mudah kita terasa hati dengan orang walaupun untuk perkara kecil. Lebih susah juga kita nak berbaik bila semua kenal luar dalam masing-masing.
Aku tak tahulah korang macam mana. Tapi siapa yang pernah dengar perjalanan persahabatan mereka, mesti akan faham betapa perjalanan persahabatan mereka ini sebenarnya sangat indah.
Bayangkan, 3 orang budak kampung yang pernah satu ketika seperti tiada arah tuju hidup yang jelas, akhirnya menjadi antara kumpulan pelawak paling berjaya di Malaysia selepas Senario.
Entah apa kurangnya dan di mana silapnya, mereka tak mampu lagi sehaluan. Takda siapa tahu kecuali mereka sendiri. Kita yang tak tahu ni, harap janganlah buat spekulasi bukan-bukan. Sebagai peminat, jujurnya nak sangat tengok mereka kembali bertiga. Tak perlu melawak atas pentas, cukuplah bersama duduk semeja berkongsi manis-manis masa lepas.
Kawan yang baik, ramai.
Kawan yang tak baik, lagi ramai.
Tapi nak cari sahabat masa susah, suuuusah nak jumpa.
Tapi itulah kan, kalau masa susah boleh hadap susah sama-sama, kenapa tak nak nikmati senang sama-sama? Kan?
Tips dari peguam kalau kereta korang dilanggar dari belakang:
1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik & bawa bertenang.
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini utk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.