semalam aku tanya abg alifteega, bang kenapa tatkala saya dekat dengan tuhan, tuhan "tarik" apa yang saya sayang? jawapan dia menarik; dia cakap supaya kita lagi dekat dengan dia. Allah itu maha membolak balikkan hati; percaya pada dia dan berserah 📌✨
Ujian yang berat utk orang yang kuat. Allah adil dalam memberikan ujiannya. Terkadang Allah swt bagi ujian semata nak naikkan darjat, terkadang ada juga nak buat kita beringat, tp most of the time selalu mengajar kita utk sabar dan redha pada waktu yg tepat.
“meer, okay tak ni. senyap je?.”
“okay je ni”
“mal, kau okay tak?.”
“aku okay la haha”
aku cuba pendam everything. tapi kekadang, orang yang rapat dengan aku mesti dapat hidu keadaan aku.
Kenapa Allah ciptakan Rindu?
Allah ciptakan perasaan rindu kerana untuk manusia agar ada sikap menghargai, manusia semuanya dalam lingkaran waktu dan waktu itu terhad, ianya akan pergi, maka hargai seorang insan sebelum dia pergi.
Biar dia yang buang kau, jangan kau yang buang dia. Sebab suatu hari nanti kau tak akan menyesal. Tapi sebaliknya dia yang akan menyesal sebab buang diri kau.