Polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai melakukan aksi 'wheelie' secara berbahaya sambil membawa isteri dan anak perempuannya yang berusia empat tahun di Jalan Lebuhraya Darul Aman, berhampiran Dataran Bandaraya Alor Setar.
https://t.co/TiZX9tkXxv
Kemalangan di Seberang Jaya menghala ke Juru sebelum susur naik Jambatan Pulau Pinang pagi tadi.
Difahamkan sebuah Perodua Myvi dirempuh dari belakang selepas dipercayai membrek secara mengejut. Kejadian berlaku ketika hujan dan trafik sesak.
_nrnasya
Data Khairul Aming bocor riuh satu negara. Aku ingatkan kebocoran data peribadi rakyat Malaysia ni benda biasa tak ada siapa pun kisah waima kerajaan. Dah berapa banyak data breach?
Anda semua ada nampak tak hantaran tentang kebocoran data peribadi Khairul Aming baru-baru ini?
Disebabkan rasa ingin tahu, saya cuba melayari laman web Cari tersebut.
Sejujurnya, pengalaman ini amat menyeramkan kerana hanya dengan memasukkan nombor kad pengenalan, segala maklumat peribadi seperti alamat rumah terus terpapar dengan begitu mudah, malah siap ada gambar kad pengenalan sekali.
Laman web itu juga tahu dengan tepat jumlah pendaftaran SSM yang saya miliki.
Sekarang barulah saya faham mengapa kita wajib menutup sebahagian gambar kad pengenalan sebelum memuat naiknya ke media sosial.
Hati2 ye berlaku pagi tadi 21/7/26 pukul 4.16 pagi.. Hari ni curi side mirrior esok2 dgn motor2 dia rembat.. Blok V Flat Sri Lanang Taman Desa Tebrau..
Kredit video owner 🎥
Menerusi hantaran di media sosial, Khairul Aming berkongsi bahawa peguamnya telah menghantar Letter of Demand (LOD) kepada Maxis. Selain itu, laporan rasmi turut dibuat kepada MCMC, polis di IPD Dang Wangi dan SPDP bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap pelaku.
Khairul Aming turut memaklumkan bahawa kes tersebut kini akan dikendalikan oleh pasukan peguamnya sehingga selesai. Beliau mengakui berasa sedih dan seram apabila maklumat peribadi seperti nombor telefon, sejarah pembayaran, langganan serta nombor kad pengenalan yang boleh mengakses MySara didakwa telah bocor.
Kredit : Khairul aming
#ohbulan #khairulaming