" Pilihlah lelaki yang takutkan Allah "
Moga ditakdirkan untuk bertemu dengan insan sebegini. Yang penting, perbaiki diri kita dulu, baru lah Allah kasi yang sama macam kita impikan 🥰
آمين آمين آمين يا رب العالمين
Jangkitan hantavirus boleh merebak melalui air kencing, najis atau air liur tikus yang tercemar. Kenali simptom awal penyakit ini dan lindungi diri serta keluarga. Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya mengalami simptom berkaitan.
#AWANInews
Selamat Menyambut Hari Ibu 💐
KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua insan bergelar ibu atas kasih sayang, pengorbanan dan dedikasi yang tidak ternilai dalam membentuk keluarga sejahtera dan masyarakat yang sihat.
Jasamu sentiasa dihargai. ❤️
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Mutakhir ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai laporan penularan jangkitan Hantavirus yang berpunca daripada sebuah kapal persiaran antarabangsa. Saya ingin memberi jaminan kepada masyarakat bahawa tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam kapal persiaran tersebut.
Susulan komunikasi langsung KKM bersama pihak berkuasa kesihatan Singapura pada pagi ini, turut disahkan bahawa dua kru kapal warganegara mereka telah diuji negatif Hantavirus, manakala proses pengesanan kontak kini sedang giat dijalankan.
Walaupun situasi ini amat terkawal dan tidak melibatkan rakyat kita, KKM akan terus memantau rapi perkembangan wabak ini di peringkat global serta serantau bagi memastikan kesiapsiagaan sempadan dan sistem kesihatan negara berada pada tahap tertinggi.
Untuk makluman bersama, Hantavirus adalah sejenis virus bawaan tikus yang merebak kepada manusia melalui udara yang tercemar dengan sisa kotoran, air kencing, atau air liur haiwan tersebut. Jangkitan ini tidak wajar dipandang remeh kerana komplikasinya berpotensi membawa maut, dengan kadar kematian bagi Sindrom Paru-paru Hantavirus (HPS) boleh mencecah 30 hingga 40 peratus.
Memandangkan tiada ubat antivirus khusus buat masa ini, langkah pencegahan dan kawalan kendiri adalah perisai pertahanan kita yang paling ampuh. Rakyat tidak perlu panik, namun kita mesti kekal berwaspada. Saya menggesa seluruh masyarakat untuk merujuk siri infografik yang disertakan ini dan sentiasa memastikan kebersihan kediaman serta premis kerja terpelihara daripada ancaman haiwan perosak.
📱Sumber: Media Sosial Rasmi YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
𝐊𝐥𝐮𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐓𝐢𝐛𝐢 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Penyakit Tibi (Tuberkulosis) ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis dan merebak melalui udara, terutamanya melalui batuk, bersin atau percakapan rapat dengan individu dijangkiti.
Kluster Tibi merujuk kepada kejadian 2 kes atau lebih yang mempunyai kaitan epidemiologi dari segi masa, tempat atau hubungan kontak, menunjukkan kemungkinan wujudnya rantaian transmisi yang sama. Kes indeks merupakan kes Tibi yang dikenal pasti terlebih dahulu dan menjadi fokus dalam siasatan dan kawalan wabak.
Di Malaysia, sebanyak 88 kluster dilaporkan pada tahun 2025 dengan 254 kes Tibi, manakala 35 kluster masih aktif. Sehingga 7 Februari 2026, sebanyak 10 kluster Tibi telah dilaporkan dan kesemuanya masih berstatus aktif, melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Johor, Sabah, Kedah, Kelantan, Pahang dan Perlis.
Langkah Kawalan dan Pencegahan:
1️⃣ Rawatan awal anti-TB untuk pesakit yang disahkan
2️⃣ Saringan dan rawatan pencegahan untuk kontak rapat
3️⃣ Pemantauan rawatan melalui Directly Observed Therapy (DOT)
4️⃣ Etika batuk oleh individu bergejala
KKM sentiasa komited untuk memantau, mencegah dan mengawal penyakit Tibi bagi memastikan kesihatan rakyat terpelihara
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Niat nak buang ulat resdung, rupa-rupanya hidung jadi serobong asap toksik.
Ini adalah satu penipuan kesihatan paling legend yang masih ramai percaya sampai hari ini.
Bila pergi spa atau pasar malam, ada rawatan 'sedut resdung' guna corong berapi.
Thread.
KES PROMOSI VAPE
Kes melibatkan Shuib menjadi rujukan jelas bahawa promosi vape di media sosial adalah satu kesalahan undang-undang.
Menurut laporan media, Shuib mengaku bersalah di mahkamah atas pertuduhan mempromosikan produk vape di media sosial..