Semenjak karya saya berjaya terbit pada tahun 2009 sehingga ke hari ini, tak pernah sepi perjalanan saya sebagai seorang pengkarya dengan kata-kata 'Karya Hilal tu karya pop je, bukan karya sastera pun' atau 'Karya Hilal tu budak-budak je baca, orang dah dewasa tak minat pun'.
Kalau orang tu pembenci Islamis atau benci apa sahaja yang bertema Islam(yang tak kena dengan selera anak tekak dia), dia akan jadikan elemen Islam dalam karya saya satu perendahan juga. "Islamis picis" ujar sesetengah (perasan)elitis dalam dunia buku dan penulisan. π
Apa masalah kalau karya tu karya pop pun? Kecualilah penulis karya pop mendabik dada karyanya sebagai karya sastera terhebat.
Apa masalah kalau karya tu budak-budak je baca? Mungkin memang itu audiens yang penulis sasarkan?
Dalam hal saya, tak ada pernah saya klaim karya saya karya sastera terhebat, kualiti sastera saya tinggi dan seumpamanya. Menang Anugerah Sastera Johor pun, itu panel punya penilaian, bukan saya klaim atau dapatkan kemenangan melalui populariti, undian orang awam dan seumpamanya.
Budak-budak sahaja baca? Dah terbukti saban PBAKL ramai orang dewasa & berumur yang beratur beli karya saya untuk diri mereka sendiri.
Saya perasan memang wujud dalam dunia buku dan penulisan ni, golongan yang perasan elit, suka merendah-rendahkan penulis yang bukan geng dia.
Padahal dunia penulisan ini luas. Setiap penulis ada tujuan dan matlamat masing-masing. Mereka pastilah menghasilkan karya sesuai dengan tujuan dan matlamat masing-masing tersebut. Bukan mesti hendak memenuhi selera anak tekak sekumpulan pihak perasan elit ni.
Apa guna memperlecehkan karya yang tak kena dengan selera anak tekak atau tak mencapai kayu ukur yang kamu tetapkan? Kamu sekadar menyempitkan ruang kreativiti dan membunuh minat.
Tapi mungkin itulah lumrahnya dunia ini. Akan sering ada yang suka memilih jalan permusuhan. Mahu menjadi Qabil kepada saudaranya Habil. Padahal banyak jalan berbaik-baik yang boleh dipilih selagi mana karya itu bukan karya jahat yang berniat merosakkan ummat.
Mungkin ada penulis-penulis lain turut menerima perlecehan yang serupa dalam perjalanan berkarya. Perkongsian saya, abaikan sahaja komen-komen menjatuhkan. Fokus kritikan yang membina. Yakin dan fahami matlamat masing-masing. Bina strategi berkarya masing-masing berasaskan matlamat tersebut supaya penulisan kita ada halatuju tersendiri. Tak mesti kena bergantung kayu ukur orang/kumpulan tertentu.
InsyaAllah kita semua boleh capai kejayaan tersendiri.
Al-Fatihah
Semoga Allah kurniakan syurga buat semua mangsa pesawat yang terhempas di Elmina. Tak boleh bayangkan perasaan ahli keluarga atau kenalan mangsa. Terlalu cepat dan mengejut.
Sama-sama kita doakan untuk arwah dan keluarga mangsa π€²πΌ
Cara nak kenal sifat / perangai sebenar seseorang :
1. Adabnya, solatnya, kebersihannya saat dia keluar / bermusafir bersama kita
2. Tengok macam mana dia uruskan hutang piutang dia
3. Cuba buat bisnes dengan dia, tengok pada cara dia bermuamalah / handle duit