Bayi baru lahir menangis ditemukan dalam semak
Manjung: Bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan masih bertali pusat dalam semak di belakang surau di Kampung Permatang, Sitiawan, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara itu pada 6.54 petang.
Menurutnya, bayi terbabit ditemui ahli jawatankuasa surau apabila terdengar bunyi tangisan bayi ketika sedang membersihkan persekitaran surau berkenaan.
"Ahli jawatankuasa itu terdengar bunyi tangisan bayi dan mengikut bunyi itu sehingga membawa kepada penemuan bayi yang dipercayai baru lahir terbabit.
"Siasatan polis mendapati bayi lelaki itu ditinggalkan dalam semak dengan dibaluti kain lalu dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, pihak polis kini mengesan ibu bayi berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana buang bayi.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-16240391 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222.
Disiarkan pada: Disember 15, 2024 @ 1:07pm
Zahratulhayat Mat Arif
[email protected]
Artikel ➡️ Harian Metro
Ingat Palestinian nak sangat ke jadi rakyat Malaysia. Dia datang untuk dirawat je lah. Berair mata sebab babies kena penggal kepala Kat sana hari hari. Dia seronok tengok negara malaysia, negara yang selama ni selalu tolong. Mesti lah kita terharu. Diorang ni Susah nak tinggalkan negara diorang. Al aqsa Kat situ, bukan masjid jamek. Alah alah.
Lepasni boleh dah simpan air sejuk or barang sejuk since ada mini peti sejuk ni 🤩
Ini dia 👉🏻 https://t.co/P7o0MONsAs
Khas untuk korang yang malas nak ke dapur setiap kali nak ambil air, aiskrim atau sebagainya. Letak je satu dalam bilik terus settle masalah. Harga pun sangat mampu milik & yang paling penting berkualiti 🤭
kalau bole belajar la berdikari sendiri jgn bergantung harap pada orang lain saja. Orang lain tak selamanya bole tolong bantu kita.Selagi bole cari rezeki sendiri ni usahala ya.
Kenapa lepas i marah orang, I mesti rasa macam bersalah, rasa tak sedap hati, rasa macam menyesal. Padahal memang salah dia kot???? memang patut pun kena marah kan. I can't stand being angry for too long and I'm not the only one who feels this way, right?
Tidak boleh.
- Puasa qadha hukumnya wajib
- Niat bagi puasa yang wajib seperti puasa qadha mestilah diniatkan pada waktu malam (sebelum masuk waktu subuh), tidak sah jika niat selepas subuh
- Ini berdasarkan hadith riwayat Ibn Umar (HR Abu Dawud : 571)
- Jika puasa sunat, boleh