Ambil perhatian ya semua. Kucen-kucen Gen Z TNB dah bagi nasihat ni 🐱⚡ Utamakan keselamatan dan sentiasa berhati-hati dalam urusan harian 💙
#TNB#TeamGenZ
Selamat Hari Bumi semua 🌍💚 Tak kiralah dalam rumah ataupun di luar, tanaman hiasan membantu mewujudkan persekitaran yang lebih nyaman dan segar 🪴❄️
Sebelum bercucuk tanam, pastikan tanaman hiasan yang dipilih adalah selamat dan tidak toksik kepada kanak-kanak/haiwan peliharaan 🐈 Dan jika ditanam di luar, elakkan dari menghalang pintu atau tingkap supaya aliran udara tidak terganggu 👍🏻
#CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy #HariBumi #EarthDay #Sustainability #IndoorPlant
Hai pemilik EV, sedang merancang perjalanan untuk balik ke kampung? 🔋🚗⚡ Jom cas EV anda di stesen TNB Electron di seluruh negara dan nikmati diskaun sebanyak 25% setiap kWh! 🥳
📆 Promosi sah dari 17 Mac hingga 16 April 2026.
Nak tahu lebih lanjut? Klik pautan berikut:
🔗 Tentang promosi ini: https://t.co/2VQ2VS9NbR
🔗 Senarai penuh lokasi: https://t.co/BvbtycAlzq
*Tertakluk pada Terma & Syarat
#TNBElectron #KeretaEV #TNBRaya2026 #BalikKampung #StesenEV
Namtan Tipnaree and Prada Ambassador Caitlin Clark gather at the Fondazione Prada’s Deposito in Milan for the Prada Fall/Winter 2026 Womenswear Fashion Show.
#PradaFW26#PradaPeople#NamtanTipnaree#CaitlinClark
Komitmen dan inisiatif kerajaan dalam membantu meringankan kos dan beban kewangan rakyat kekal kuat dengan pelanjutan Program Rebat Elektrik RM40 ke tahun ini 📃🤝
Rebat sebanyak RM40 ini akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak sehingga hujung tahun 2026.
Semak kelayakan dan dapatkan maklumat lanjut berkaitan program ini di https://t.co/iiz6hBz3MU
#RebatBilElektrikRM40 #TNB #PETRA #EkonomiMADANI
WASPADA PENIPUAN MELALUI PANGGILAN TELEFON (PHONE SCAM)
Kami ingin menjelaskan bahawa TNB tidak pernah menghubungi pelanggan untuk mengugut atau mengarahkan pemindahan wang ke akaun peribadi atau akaun pihak ketiga atas dakwaan melibatkan pemotongan bekalan, pengusikan meter, kes siasatan atau tindakan undang-undang.
Panggilan telefon sedemikian bukan daripada TNB dan berkemungkinan besar merupakan taktik penipuan, terutamanya jika melibatkan permintaan pemindahan wang, pendedahan maklumat peribadi atau penyambungan panggilan kepada pihak lain seperti polis.
Sebagai langkah keselamatan, anda dinasihatkan untuk:
• Tidak membuat sebarang pemindahan wang ke akaun peribadi atau pihak ketiga
• Tidak berkongsi maklumat peribadi seperti butiran akaun elektrik, akaun bank dan kad pengenalan
• Abaikan panggilan atau mesej yang mencurigakan dan tidak mengambil sebarang tindakan
• Membuat semakan nombor telefon atau akaun bank yang mencurigakan melalui portal Semak Mule PDRM di https://t.co/XBlra578GL
Sekiranya anda menerima panggilan atau mesej yang meragukan berkaitan TNB, sila hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 atau media sosial (Facebook TNB CareLine atau X @Tenaga_Nasional) bagi tujuan pengesahan sebelum mengambil sebarang tindakan.
#JanganKenaScam #TaknakScam
Mengikut pengesahan dari Suruhanjaya Tenaga, kami ingin mengumumkan kadar Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bagi penggunaan pada bulan November 2025.
Bagi membantu anda memahami dengan lebih mudah, ilustrasi di bawah menunjukkan contoh bagaimana kadar AFA dikira bagi bulan tersebut.
Kadar AFA diterbitkan di portal myTNB, layari pautan https://t.co/Ti6lcHkCVi untuk maklumat lanjut dan untuk mengetahui kadar pelarasan AFA bulanan.
#TerangNyataBijak
Kami merakamkan simpati dan doa kepada semua mangsa susulan banjir kilat di negeri Perak, Kedah dan Penang. Keselamatan anda dan keluarga adalah keutamaan kami. Jika anda berada di kawasan terjejas, sila ambil langkah berjaga-jaga berkaitan elektrik demi mengelakkan sebarang kemalangan.
Panduan Keselamatan Elektrik Semasa Banjir tersedia dalam 4 bahasa di sini: https://t.co/HdeTEl3g2E
Orang ramai digalakkan untuk berkongsi maklumat ini demi keselamatan bersama.
Bagi sebarang pertanyaan atau sekiranya terdapat kejanggalan berkaitan pepasangan elektrik yang terkesan akibat banjir, sila hubungi kami di talian 15454 atau hantar PM di Facebook TNB CareLine.
i immediately go silent when something upsets or hurts me. it's a coping mechanism i have developed over time. instead of expressing my anger or frustration, i simply withdraw and try to process my emotions in private.
Pernah tertanya-tanya apa itu Insentif Cekap Tenaga yang tertera pada bil elektrik anda? Mari lihat penjelasan kami di bawah💡!
Dengan menguruskan penggunaan elektrik secara berhemah, anda boleh menikmati Insentif Cekap Tenaga sama ada untuk kategori Domestik atau Bukan Domestik Voltan Rendah. Lebih rendah penggunaan, lebih besar penjimatan yang anda nikmati ⚡
Untuk maklumat lanjut, layari https://t.co/Ti6lcHkCVi dan rujuk bahagian Soalan Lazim di bawah segmen Insentif dan Bantuan Sokongan.
Guna tenaga dengan bijak melalui skim ToU
Skim Time-of-Use (ToU) memberi pilihan kepada pelanggan TNB dalam kategori Tarif Am untuk bertukar ke Tarif ToU bagi menikmati kadar yang berbeza mengikut waktu puncak dan luar puncak.
Kenal pasti corak penggunaan elektrik anda sebelum memilih untuk bertukar ke tarif ToU. Untuk maklumat lanjut, layari https://t.co/Ti6lcHk55K
#BetterBrighter
Bayar bil elektrik dan nikmati RM10 pulangan tunai! 🫰✨
Bukan itu saja, rebut peluang untuk memenangi percutian eksklusif ke Jepun 🗻 Hanya buat pembayaran melalui Maybank2u Online Banking di aplikasi/portal myTNB!
📆 Promosi sah sehingga 24 September 2025.
Ketahui lebih lanjut di https://t.co/worJ19i2bw
Tertakluk pada terma & syarat.
#MAE #Maybank2u #BetterBrighter
MAKLUMAT TIDAK SAHIH: Jimat Bil Elektrik dengan TOU-B TNB
TNB telah mengesan penyebaran maklumat yang tidak tepat berkaitan Skim Masa Penggunaan (ToU) yang kini tular di TikTok dan WhatsApp.
TNB ingin menegaskan agar pengguna menggunakan kalkulator bil untuk mempertimbangkan sama ada skim ToU sesuai berdasarkan corak penggunaan elektrik anda. Ketahui maklumat lanjut dan rasmi tentang skim ToU di https://t.co/Ti6lcHkCVi atau akaun rasmi TNB di media sosial.
Untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan lanjut, pelanggan boleh hubungi TNB di saluran berikut:
• Private Message (PM) di Facebook TNB CareLine
• Direct Message (DM) ke X (Twitter) @Tenaga_Nasional
• E-mel kepada https://t.co/SKsZiROcsP
• Hubungi 1300-88-5454
Ada banyak persoalan tentang Skim Time Of Use (ToU) yang masih belum terjawab?
Jangan risau, kami di sini untuk memberi penjelasan yang anda perlukan.
Ramai yang tertanya-tanya, adakah Tarif ToU didaftarkan secara automatik atau perlu dimohon. Jawapannya: pelanggan perlu membuat permohonan terlebih dahulu.
Untuk maklumat lanjut, layari https://t.co/Ti6lcHk55K dan pergi ke segmen Skim Masa Penggunaan (ToU).
#TerangNyataBijak
Adakah Skim ToU sesuai untuk anda?
Gunakan kalkulator bil untuk mempertimbangkan sama ada Skim ToU ini sesuai atau tidak berdasarkan corak penggunaan elektrik anda.
Ketahui maklumat lanjut tentang Skim ToU di https://t.co/RKav27YsFq
#BetterBrighter
"Bukan semua pelanggan mampu hadir ke kaunter, jadi kami hadir di depan pintu mereka”
Di Taiping, dua pegawai khidmat pelanggan TNB menunjukkan erti sebenar keprihatinan dan perkhidmatan “extra mile”.
Yu Kahyaan membantu Encik Md Khainan, seorang warga emas yang uzur dengan penuh perhatian. Manakala Norsaadah binti Wahid mengambil inisiatif mengunjungi Puan Salbiah yang uzur dan menghadapi kesukaran bergerak jauh bagi memudahkan urusan pertukaran nama akaun di kediamannya.
Bagi sesetengah pelanggan, perkara ini mungkin hanya urusan bil tetapi bagi mereka, ianya satu penghargaan yang membawa kelegaan dan keyakinan bahawa mereka tidak dilupakan.
Tindakan penuh empati daripada Yu dan Norsaadah menyerlahkan komitmen pasukan TNB Taiping untuk terus memberi impak positif dalam kehidupan pelanggan.
Syabas dan terima kasih atas usaha cemerlang ini 💙