Our crews are ready to help you too!
This 2.0 we all will share our own testimonies & senji tips to improve ur redox.
From PMOS 1.0 review— "senji ladies have always been a circle full of brilliant and nice people."
Agreed. They're absolute gems ✨
https://t.co/1wzerFCzDf
Kita tidak pernah dijanjikan bahawa hidup ini akan bebas daripada ujian.
Bahkan kita sudah diberitahu bahawa kita akan terus menerus diuji.
Dalam ayat ini, al-Quran jelaskan lima jenis ujian yang kita akan lalui.
Supaya kita bersedia dan letakkan jangkaan yang betul terhadap hidup ini.
Pada permulaan ayat ini, kita lihat al-Quran memberitahu kita satu hakikat iaitu لنبلولنكم (kami pasti akan terus menguji kamu).
Kalimah نبلو pada ayat ini datang dalam bentuk fi’il mudhari’ (present and continouos tens).
Bermaksud bahawa ujian sentiasa akan berterusan dalam hidup ini.
Tidak ada detik yang berlalu tanpa kita diuji.
Tambahan lagi dengan huruf ل dan ن yang berfungsi sebagai taukid (penegasan), ini menunjukkan kepastian ujian akan berlaku.
Bukan mungkin akan berlaku, tapi pasti akan berlaku.
Apabila dengar ayat ini, kita mungkin akan mula rasa takut dan bimbang.
“Habislah aku. Memang aku akan diuji.”
Boleh jadi kita akan melihat ujian ini sebagai hukuman dan balasan daripada Allah SWT.
Tapi pada bahagian seterusnya ayat ini, Allah SWT beritahu kita bahawa ujian yang datang dalam hidup ini datang dalam keadaan بشيء (dengan sedikit).
Benar kita akan diuji.
Tapi kita akan diuji dengan sedikit sahaja ujian.
Cuma persoalannya, kenapa sedikit ujian?
Hikmahnya:
Pertama, segala ujian yang kita lalui dalam hidup ini amatlah sedikit berbanding dengan ganjaran yang Allah SWT sediakan buat kita.
Bahkan ganjaran pahala dan syurga di hari Akhirat yang disediakan buat kita tidaklah ternilai.
Maka ini menjadikan segala ujian di dunia sangatlah sedikit berbanding nikmat yang abadi.
Kedua, ujian yang Allah SWT berikan kepada kita amatlah sedikit dan kecil berbanding potensi besar yang Dia telah kurniakan kepada kita.
Setiap orang yang diuji sebenarnya mampu untuk hadapi ujian itu dengan segala kelebihan yang Allah SWT berikan kepadanya.
Ketiga, apa sahaja ujian yang kita lalui, boleh sahaja berlaku ujian lain yang lebih besar daripada itu.
Kita sendiri sedar tentang hakikat ini.
Namun ujian yang lebih besar daripada itu tidak berlaku.
Prof Dr Quraish Shihab berikan satu analogi yang mudah tentang ujian dalam kehidupan.
Ia seolah-olah seperti peperiksaan yang kita lalui pada zaman sekolah dulu.
Setiap orang akan diuji dengan tahap ilmu dan pendidikan masing-masing.
Semakin tinggi tahap seseorang, semakin mencabar peperiksaannya.
Tapi sesiapa yang memanfaatkan segala potensi yang dia ada, akan dapat melepasi peperiksaan tersebut.
Ujian ini sendiri ialah baik untuk kita.
Kita memerlukan ujian untuk melepasi tahap dan meningkat naik dalam hidup.
Lalu al-Quran beritahu kita, ada lima bentuk ujian yang akan sentiasa berlaku:
Ketakutan, kelaparan, kehilangan harta, nyawa dan hasil tanaman.
Allah SWT memberitahu kita terlebih awal apa yang kita akan lalui.
Ini menjadi rahmat buat kita.
Kita akan dapat bersedia untuk hadapinya apabila ia berlaku.
Sebenarnya ayat ini tidak terpisah daripada ayat-ayat sebelumnya.
Jika kita melihat ayat sebelum ini, kita akan melihat keindahan susun aturnya.
Perhatikan ayat 154 dan sebelumnya ayat 153.
Pada ayat 154, al-Quran menyentuh tentang orang yang syahid akibat peperangan.
Hidup ini memang satu perjuangan dan pergelutan antara kebaikan dan kejahatan.
Hasil daripada pertempuran ini pasti akan ada korban dari sudut harta dan nyawa.
Tapi korban itu pada hakikatnya sedikit.
Bahkan itulah yang akan membantu kita untuk mencapai tujuan dan keredaan Allah SWT.
Pada ayat 153, Allah SWT tunjukkan kepada kita jalan untuk menghadapi pertempuran-pertempuran dan ujian-ujian ini iaitu dengan sabar dan solat.
Dua ibadat ini perlu sentiasa dilakukan untuk mempersiapkan diri.
Apabila kita lihat susunan ayatnya:
Susunannya ialah ayat 153 (persiapan untuk meminta bantuan) -> ayat 154 (perjuangan) -> ayat 155 (hakikat ujian).
Indahnya susunan al-Quran.
Sumber: Tafsir al-Misbah.
Fakhri Fadzli
Single lonely? Lonely tak kira status tau. Allah bagi infiniti nikmat takkan sebab yang dia tak bagi lagi (kawen) buat kita lupa nikmat yang ada. Nikmati masa sekarang, maafkan masa lalu, sangka baik dengan masa depan.
Semua tu ada framework dia. Bukan main teka-teki, bazir peluang apply tanpa strategy.
📍 Land Your First Job — 11 July, RM50
Resume, cover letter, job strategy, AI prompts + tracker.
Kalau kau dah hantar 100+ resume tapi fail — this is the workshop I built for younger me.
✅ How to make work visible tanpa jadi annoying
✅ Build relationships across departments (bukan bodek boss je)
✅ Ambil side projects yang high-visibility
✅ Speak up in meetings — even 1 line matters
✅ Take the right certifications
Ni skill. Boleh belajar.
Dah biasa kerja ada pc besar, kalau kena buat kerja dekat luar rasa tak puas hadap screen laptop.
Tapi tetaplah taknak beli laptop screen besar sebab besar & berat.
Setakat ni belum pernah solo travel & tak pernah tanya pun boleh ke nak solo travel. Ni baru nak outstation terengganu pun kena cari teman dulu baru boleh pergi….aku ni buntu nak cari siapa sebab yang rapat dengan aku semua unavailable.
Pagi pagi dapat mesej dari stranger dekat no personal ni membuat aku trigger sebab tujuan mesej tak sampai. Sebab tu sekarang ni benda tak penting bagi je no business.