" Stay sampai lelah "
Sebenarnya aku dah penat
Penat nak terasa
Penat untuk rasa cemburu
Penat untuk ambil kisah tentang dia
Penat untuk pura pura kuat
Sekarang tiba masanya
Untuk aku berhenti
Supaya dia tahu
Betapa sakitnya bekorban untuk orang buta
Untuk menghargai :)
" Aku harap sangat dia datang balik dekat aku "
Hei awak
Buat apa awak harapkan orang lama untuk kembali?
Buat apa masih berharap pada yang tidak pasti?
Yang hanya berpura pura cinta sejati?
"Jangan toxic dengan diri sendiri"
Kalau sedih, luahkan.
Lepaskan.
Jangan paksa diri untuk pura-pura okay.
When you're totally not okay at all.
Kalau rasa nak nangis.
Nangis sampai puas.
Jangan siksa diri sendiri.
Semata-mata nak nampak okay,
Depan semua orang :)
" Aku sayang sangat dekat dia "
Awak
Baca ni
Kuat mana pon awak genggam dia
Erat mana pon awak peluk dia
Tapi kalau dia tetap dengan pilihan dia untuk pergi
Dia tetap akan pergi
" Mesti dia tengah bahagia sekarang kan ?"
Awak
Awak okay?
Kenapa sedih lagi ni ?
Masih teringat dekat dia ?
Takpelah , slow slow okay
Semua benda ambil masa
Tapi lepasni boleh janji dengan saya ?
Jangan fikir benda yang bukan lagi jadi milik kita
.
.
"Kenapa dia buat aku macam ni "
Awak
Jika bintang boleh dipetik sekalipun,
Sekiranya yang menerima tak pandai menghargai
sia-sia juga.
Kadang kadang
Ada yang datang bukan untuk jadi peneman untuk kita
Tapi untuk dijadikan pengajaran
Yang pergi biarkan pergi