Alhamdulillah HOSCAR 2024 menunjukkan kejayaan dalam peningkatan nilai kutipan dana. Terima kasih semua guru, ibu bapa, alumni, pelajar dan semua yang terlibat.
Hujung tahun ni ASHURA akan AGM untuk sambutan jubli perak SEMASHUR tahun depan. Jom semua Alumni hadir!
Saya Najwan Halimi, merupakan anak jati Shah Alam, berusia 38 tahun, telah berkahwin dan memiliki tiga orang anak.
Saya memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4 Shah Alam sebelum melanjutkan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur).
Saya seterusnya menyambung pengajian peringkat tinggi di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan meraih Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) pada 2008. Saya turut dianugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Tatakelola Korporat) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2018.
Saya memulakan kerjaya sebagai jurutera mekanikal di UiTM Shah Alam pada 2008 dan kemudiannya menyertai sektor awam sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik dan ditempatkan di Kementerian Pengangkutan Malaysia pada 2009.
Saya kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan berkhidmat dengan beliau sehingga tahun 2015. Pada 2016, saya telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor.
Pada 2018, saya telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Kota Anggerik sehingga Dewan Negeri Selangor dibubarkan pada Jun 2023.
Insya-Allah, berbekalkan pengalaman dan track record sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat Kota Anggerik, saya percaya para pengundi akan menilai dengan sewajarnya dan seterusnya memberikan kepercayaan kepada saya dan HARAPAN untuk terus mewakili suara mereka di Dewan Negeri Selangor.
Saya bersedia untuk terus menabur khidmat dan bakti kepada warga Shah Alam khususnya DUN Kota Anggerik!
#KotaAnggerik #ArusMerahKuning
#KitaSelangor #UndiNajwanHalimi #UndiHARAPAN