Movie : The Truman Show(1998)
We can learn that :
1- Kita hidup di dunia ni atas kehendak Allah, kita sentiasa diperhati
2- Hidup kita ni ada pilihan samada duduk dimana kita berada atau kita melangkah keluar dari tempat kita sekarang
Life is a choice, 'Be the Same or Be Better'
Kalau rasa diri tu lost, bangkit balik kerana Allah.
Jadilah seperti ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam. Selangor hilang jantungnya sendiri pada tahun 74 bilamana Kuala Lumpur rasmi jadi Wilayah Persekutuan.
Shah Alam bina masjid 'biru' 4tahun selepas tu.
Shah Alam bukti bahawa kehilangan boleh jadi kebangkitan yang lebih besar. Shah Alam bukan lahir dari kemewahan, tetapi dari sebuah kehilangan dan hari ni berdiri sebagai simbol kebangkitan Selangor.
Train your mind to see the 'Good' in every situation.
Lelaki menggunakan istilah 'berkawan' untuk mengenali lebih rapat.
Perempuan menggunakan istilah 'berkawan' untuk tidak ada apa² hubungan bersama lelaki
Tak kira kau laki atau perempuan. Tolak tepi background partner kau, tolak tepi kisah silam dia. Kau dah bersama dengan dia lama, asal bebal sangat last minute cancel majlis akad kau ?
Kalau nak play victim, awal² kau buat. Bukan di hari yang mana sepatutnya jadi hari bahagia tu
Mana kau punya humanity ? Kau manusia ke binatang ?
Tak perlu kot cancel time hari akad tu. Baik laki baik perempuan. Takyah backup mana², ni soal HUMANITY. Tawar hati cakap awal², play victim buat awal², dapat tahu dia trans, tinggalkan awal². Bukan time nak akad tu.
F U 👊🏻
Sunyi macam mana pun kita. Jangan pernah chat/dm personal dengan husband/wife orang. Kalau dia Duda/Janda, silakan. Kalau dia in relationship, silakan. Tapi jangan masuk terlalu dalam rumahtangga orang.
Apa² pun, berani start berani lah tanggung.
Aku berpegang pada kata² arwah nenek aku.
"Biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita". Awalnya memang aku ignore, baru form 2 nak dengar kata² memang tak lah. Masuk form 4 baru faham.
Dan kalau semua orang pegang prinsip ni, takkan wujud ayat 'JANJI MELAYU'
Tidak menjadi kesalahan pun kalau kau jenis pergi balik kerja, weekend duduk rumah. Tu yang buat kau lebih peka dengan keadaan sekeliling sebab dalam keadaan mood tenang.
Kita tak boleh expect orang akan layan kita macam mula² kenal. Sedangkan waktu pun boleh berubah, apatah lagi manusia.
Btw, hati manusia ada pemiliknya.
Kau yakin dengan keputusan kau buat ni ? Macam mana dengan Kenangan kau ? Bad things put a side first. Tapi time kau takde apa² masalah, kau bahagia betul ? Rasa dunia ni kau yang punya, betul ?
Lagi banyak kenangan indah dari kesalahan. Macam tu je kau sia² kan ? Tak sedar ke ?
Kalau ada masalah, bincang. Buang ego, settlekan masalah. Bukan lari dari masalah. Kalau lari sampai bila² kau akan salahkan dunia.
Ingat, masalah sebenar bukan lah masalah tu sendiri tapi masalah sebenar adalah macam mana tindak balas kau terhadap masalah tu.