TIPS MURAH REZEKI
1) Banyakkan bersedekah.
2) Jaga hubungan dengan Allah SWT dan sesama makhluk.
3) Solat Sunat Dhuha jangan tinggal.
4) Bersyukurlah dengan sedikit rezeki yang ada.
5) Hiduplah dalam keadaan sederhana.
6) Sebarkan manfaat sebanyak mungkin.
Saat kau hilang segalanya.. tenang dan yakinlah dengan ayat ini...
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu..." - Surah Ghafar, ayat 60
....
Tolong buat satu perkara ni๐
SANGKA BAIK dengan setiap ujian dan rezeki yang Allah dah tetapkan...
Mungkin rezeki yang kita dapat tak seperti yang kita minta...
Dalam hidup ni kena sentiasa beringat, tak semua apa yang kita ada, orang lain mampu ada. Dan apa yang kita ada, bukannya orang lain tak mampu ada. Jaga hati dan perasaan tu. Jangan sombong, jangan meninggi diri. ๐
Bismillah!
Agak lama saya mendiamkan diri di medsos, banyak perkara yang perlu diuruskan.
Saya pohon 1 perkara boleh? Doakan perancangan saya sejak 13 bulan lalu berjaya dilaksanakan tahun ni. Ya! Tak lama lagi.
Nak berkat dalam hidup, belajarlah sedekah, belajarlah bantu orang lain, mudahkan urusan orang lain. Ingat... Saat diri rasa sangat susah dihimpit ujian, sebenarnya ada orang sekeliling kita yang JAUH LEBIH SUSAH. Trust it! Jom bantu mereka. Boleh?
Jangan terlalu layan 'mulut puaka' yang ada di sekeliling, jangan 'berperang' dengan mereka. Ingat... Jika mereka 'kalah' dalam 'peperangan' tersebut, BELUM PASTI lagi anda akan menang. Faham?
Jangan buang masa dekat orang yang tak pandai nak hargai kita, apatah lagi dekat orang yang tak pandai HARGAI DIRI MEREKA SENDIRI. Buang masa jer. Lebih baik bantu orang yang 'bersedia' dibantu untuk berjaya dan tahu erti 'terima kasih'. Faham??
Syukur bukan waktu dapat rezeki, bukan waktu senang, bukan waktu duit berkepok sahaja. Tetapi syukurlah juga sewaktu ada UJIAN atau MUSIBAH yang datang pada diri kita. Waktu itu sebenarnya Allah nak lihat kesabaran kita dan angkat darjat kita ke tempat yang lebih baik.
Nak buat bisnes kena KUAT:
K- Kuasai ilmu, team, strategi, taktik
U- Usaha jangan pernah give up, selagi tu kau ada peluang berjaya
A- Agama jadikan yang utama
T- Teknologi dan sistem mempercepat gerak kerja dan hasil
#JomCanakkanSales
Bukan semua perkara yang kau buat akan berhasil, berjaya. Jangan give up! Teruskan! Itulah yang dinamakan USAHA. Biarlah orang lain nak cakap apa sekalipun sebab Allah pandang pada USAHA, manusia jer pandang pada hasil. Chillยฒ...
3 'DOSA BESAR' DALAM MEMULAKAN BISNES:
1) Mulakan dengan modal yang besar sehingga berhutang
2) Tidak ada ilmu awal dan strategi
3) Ikut-ikut orang untuk buat biz
#UsahawanHarusTenang
3 jenis manusia yang mudah down
1) Suka bandingkan kejayaan diri sendiri dgn orang lain
2) Sombong untuk terima bantuan orang lain
3) Taknak terima nasihat dan teguran kawan
3 perkara yang orang selalu fokus sehingga rasa putus asa dalam hidup:
1- Selalu bandingkan diri dengan orang lain
2- Tak pernah ucap tahniah dan terima kasih pada diri sendiri
3- Tak syukur dengan sedikit pemberian