NERAKA UNTUK YANG SOLAT.
Kata ustaz dalam kuliah maghrib tadi, ada orang yang solat pun masuk neraka.
Nama neraka itu adalah Neraka Wail. Dalilnya Surah Al-Ma'un (107): 4-5.
Mereka golongan yang lalai dalam solat. Rukuk dan sujud sambil lewa, melewat-lewatkan solat hingga akhir/habis waktu dan tidak mengingati Allah dalam solatnya.
Wail tu satu lembah kat dalam Neraka Jahannam. Gunung ganang hancur lebur kalau dicampak ke situ.
Bayangkan orang yang solat pun boleh dimasukkan dalam neraka, apatah lagi mereka yang tidak solat.
NERAKA UNTUK YANG TIDAK SOLAT.
Neraka khusus untuk mereka yang tak solat pula adalah Neraka Saqar.
Dalilnya Surah Al-Muddatstsir: 42-43.
Neraka Saqar ni tingkatan ke-6 dari 7 tingkat neraka. Siksaan api yang sangat menyengat dan sangat dasyat kepanasannya. Terus menerus membakar kulit manusia.
Kata ustaz, sesekali kita kena diingatkan tentang azab Neraka juga. Baru ada rasa takut nak tinggal solat.
Sama-sama kita jaga dan perbaiki solat. Jika ada culas dan tertinggal solat, segera bertaubat dan Qada' solat selagi hayat kita masih ada.
Jangan pandang dan judge orang lain! Lihat diri kita sendiri dan perbaiki diri kita dulu.
Inilah dia Rembayung, restoran pertama Khairulaming. Selepas berbulan-bulan buat persediaan, akhirnya kita bersedia untuk membuka tirai.
Berpuluh jenis juadah kampung dan minuman disediakan. Kuih muih pun ada juga. Di rembayung kita tak ada VIP room, semua orang dijemput menjamu selera beramai-ramai
Doakan perniagaan kami dipermudahkan dan kami semua tak sabar nak nantikan kehadiran anda 😊
Kisah kubur Almarhum Nurly yang dikatakan berbau wangi mengingatkan kita tentang kemuliaan al-Quran. Arwah dikenali sebagai pecinta al-Quran. Sudah pasti beliau membaca, menghafaz dan mengamalkannya. Itulah yang patut kita teladani. Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
”Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”(Riwayat al-Bukhari)
Dalam kegembiraan dan keterujaan berkongsi berita seperti itu, janganlah kita membuka ruang fitnah atau menyebar sesuatu yang boleh menimbulkan sangka buruk. Elakkan dari melakukan hal-hal yang di luar adab dan adat kebiasaan kita ketika menziarahi kubur. Bapa Nurly juga telah mengingatkan orang ramai tentangnya.
Kepada para asatizah, hentikan perselisihan kecil dalam isu ini. Bimbing masyarakat supaya bersatu atas cinta kepada al-Quran dan mengamalkannya. Firman Allah:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
"Berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.” (Ali ‘Imran 3:103)
Kita beriman dengan karamah orang soleh. Kita juga beriman dengan kemuliaan al-Qur’an.
Marilah kita jadikan al-Quran teman hidup, bukan sekadar hiasan di rak.
Harvey Dam,
Perth WA.
Kongsi kuliah malam tadi. Kata ustaz, 5 ciri-ciri mukmin sejati yang Allah bagitau dalam Al-Quran.
1. Mereka mendirikan solat dengan khusyuk dan sempurna.
2. Bila disebut nama Allah, gementar hati mereka.
3. Bila dibaca ayat-ayat Al-Quran, makin bertambah iman mereka.
4. Bertawakkal kepada Allah dalam urusan dunia.
5. Selalu bersedekah dari rezeki yg dikurniakan kepada mereka.
Misi Backpacker Malaysia - Madinah Tercapai!
Alhamdulillah, selepas 30 hari, 7 negara, 10 train, 3 bas dan 2 plane, kami selamat sampai ke bumi Madinah!
Plan asal kami adalah untuk backpacking sepenuhnya melalui jalan darat ke Madinah, tetapi…
Penyakit buah pinggang tidak menunjukkan gejala ketara pada peringkat awal. Anda mungkin merasa sihat, tetapi buah pinggang anda sedang rosak secara perlahan!
Thread
🚨 Apa yang harus dilakukan jika seseorang individu tercekik makanan atau objek lain? Berapa lama masa yang kita ada untuk menyelamatkan mangsa?
Nota: Untuk membantu kanak-kanak tercekik, duduk atau berlutut supaya ketinggian anda dengan mereka lebih kurang sama sebelum melakukan Heimlich maneuver.
Di dunia mungkin nampak begitu.
Datang majlis tepati masa, dizalimi orang-orang yang lewat.
Jadi orang yang amanah, patuh agama, jujur, dipulaukan kerana dituduh 'skema', 'lurus sangat', 'geng suci', 'nanti banyak benda tak boleh buat'.
Jadi orang yang jaga mulut, tak mencarut, tak gosip, dipulaukan kerana dikatakan 'tak cool', 'boring', 'tak rilek'.
Murah hati sangka baik beri hutang kepada kawan yang susah, dizalimi dengan kena mengemis duit sendiri bila kawan tak nak bayar.
Tak merokok, tak vape, dizalimi perokok dan penghisap vape melalui asap mereka di tempat awam, melalui edaran vape merosakkan yang ancam anak-anak kita.
Yang dah berkorban untuk keluarga, ada dapat keluarga yang tak menghargai.
Ada yang memandu elok-elok ikut peraturan, kena langgar dengan pemandu yang tak ikut peraturan.
Kita berjaya di atas jalan yang halal secara susah payah, tak ambil jalan penipuan atau aniaya orang, tetiba ada orang yang dengki sabotaj kita, fitnah kita untuk jatuhkan kita.
Kita beratur elok-elok, sabar menanti giliran, bersaing secara adil, kena potong pula dengan orang biadap, tak ada common sense atau kaki kabel.
Tapi yang jujur beriman kepada Allah SWT ni, kita tetap terus usaha jadi baik sebab itu perintah Allah SWT.
Itu moral yang kita pegang. Moral diajar daripada agama kita. Sambil kita beriman bahawa pada moral ini, orang-orang baik takkan dipersiakan. Buat baik ada pahalanya. Tinggal kejahatan/keburukan/keingkaran, ada pahalanya. Semua ini dalam perjalanan mendapatkan rahmat Allah SWT kerana kelak pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya, di sana ada keadilan yang sebenar-benarnya.
Sebab kalau semata ikut logik, rugi jadi orang baik.
Nama Lain Gula 📜
Ingat, walaupun tiada “gula” dalam senarai ramuan, namun tidak semestinya TIADA GULA! Jom ambil tahu nama lain “gula” yang biasa tertera pada label produk makanan atau minuman berbungkus.
Pastikan anda semak label sebelum membeli! 🔍
#NutritionistKKM
Saya telah ulas pada Ogos 2024. Saya berpendapat prosedur vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan.
Rujuk kajian penuh di sini
https://t.co/ySEM5D9yzh
Atau muat turun aplikasi Al Inarah di Play Store dan App Store.
KEMASKINI
Keadaan yang sangat kotor di Deir Al Balah , Tengah Gaza selepas 2 loji kumbahan di sana tidak dapat beroperasi akibat serangan Israel
Kini penyakit Polio dan penyakit berjangkit yang lain semakin tersebar dalam kalangan rakyat Gaza