Mainan perasaan takkan pernah habis kan?
Penat, lelah, sedih, kecewa
Kadang takda tempat nak luah
Tiada kawan untuk bercerita
Tiada sosok untuk mendengar
Jadi isteri, ibu, anak dan menantu ada cabaran tersendiri
Jika salah kata, jadi derhaka
Jika salah cara, dijadikan cerita
Balik dari kampung lepas 50hari bersalin czer. Niat balik awal nak rai orang tapi lain jadinya. Bersalin kalini lagi lasak dari bersalin normal. Banyak mainan perasaan, takda istilah pantang. Taktahu nak luah dan mengadu pada siapa. Boleh nangis lepas solat sorang² & waktu malam
Si ibu balik kampung nak bersalin. Allah izin bersalin czer, kadang letak fon merata, fully bf, tak sempat nak call hari². Call ayah dia pun jarang² sbb takut ganggu anak tido.
Anak² ada rutin dia sendiri. Waktu makan, minum susu, main, tido. Kadang rutin berubah ikut situasi
Awal kehadiran cucu sulung dulu siap cakap, "tak rasa apa pun, biasa je sebab dah ada cucu angkat". Sekarang bila si ibu busy dgn anak, balik kampung tak sempat nak video call nenek, dilabel jauh kan cucu dari nenek.
Harini dah masuk 35minggu. Tapi barang baby belum settle. Waktu hamil sulung dulu kerja, banyak benda boleh beli sendiri. Sekarang bergantung kat sorang je. Semua atas dia. Lelah sikit. Mungkin ini ujian 5tahun pertama perkahwinan. Semoga Allah berkati kami.
Sebelum kawin, sy ada keluarga sendiri. Lepas kawin pun dorang masih keluarga. Sebelum kawin boleh balik sebulan sekali, lepas kawin kita follow ikut kemampuan. Kadang kumpul duit, kadang ada yg tak sihat, kita tunggu. Tapi keberadaan kita tak pernah dilihat. Kenapa ya?
Boleh memilih ke? Kalau diberi pilihan, nak lari terus dari sini. Dah banyak menurut tapi takda yang nampak. Jadi pak turut sampai korbankan perasaan. Sekarang dah penat, kita turut Allah dan suami je lah. Dengan Allah boleh sembang, dgn suami boleh bincang
Kita ada anak setahun setengah. Ada timing makan, tidur, main. Anak sorang ni kalau diganggu time dia makan, hilang fokus dia, tak nak makan dah. Kita dah la tengah usaha bagi maintain berat dan tinggi. Struggle tau dari underweight kepada normal. Tak semua faham. Sedih T.T
Ya Allah, agak besar ujianmu untuk kami sekeluarga. Keluarga kecil kami baru nak bertatih berkembang. Bantulah kami ya Allah. Tenangkan hati kami ya Allah. Tunjukkanlah solusi dan jalan buat kami.
Takut kadang tu terlebih bagitahu kang terasa. Nak tetap dengan pendirian sendiri pun payah, terpaksa ikut orang. Cakap lebih² nanti orang cop derhaka. Takpa lah dicop derhaka pun yang penting our small family sihat jiwa raga dan bahagia
Orang muda yang introvert akan selalu kalah dengan extrovert. Bagitau macam ni, jadi macam tu, bagitahu mcm tu jadi macam lain pulak. Takleh nak buat keputusan. Syukurlah mak ayah sendiri tak jadi gitu.
Persediaan dan amalan anjuran bagi Hari Arafah (Ahad)
1- Tidur awal malam ini untuk bertahajjud
2- Akhiri tahajjud dengan solat witir
3- Bersahur
4- Sebelum masuk waktu subuh esok, istighfar sebanyaknya kerana ini amalan ahli syurga
5- Solat sunat qabliah subuh
UMRAH ADALAH IBADAH, BUKAN PELANCONGAN “KEROHANIAN”
1. Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium hajar aswad adalah sunat.
2. Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kpd diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram. Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.
3. Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya. Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau hajar aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar “trend” untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah “trend” yang merugikan itu.
��ُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. [Surah al-An’am: 162]
Kuliah mlm ni tajuk:Golongan yg rugi dalam Ramadan
1)Orang yang tidak bangun sahur,rugi sebab terlepas doa malaikat,dan terlepas waktu barakah)
2)Orang yg solat tarawih tidak bersama dgn imam sampai witir(rugi sebab terlepas pahala menghidupkan satu malam)
Bulan Rejab hadir, menandakan Ramadan sangat hampir. Persediaan kita
- solat berjemaah di masjid, terutamanya lelaki
- baca dan tadabbur al-Quran
- puasa sunat
- bangun malam untuk qiamullail
- kurangkan habiskan masa dengan ‘scroll’ media sosial melainkan bermanfaat
Belajarlah agama sampai kau tahu dan faham betapa besarnya dosa tajassus (mencari-cari aib & kesalahan orang lain), kenapa ia termasuk dalam dosa besar dan kenapa Allah sebut langsung perbuatan ini dalam al-Quran.