𝗗𝗨𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔?
Kita dah bersama nak masuk 2 minggu. Macam-macam dah jadi.
Saya nak ambik masa 8 minit untuk beri panduan kepada ahli BERSAMA dan mereka yang menyokong - ke mana kita dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Bab Pertama: Situational Assessment - apa status sekarang dan menjawab pelbagai soalan?
1) Keahlian - kita telah melepasi 20,000 ahli seperti yang dijangka. Saya akan beri kemaskini dari semasa ke semasa
2) Apa ideologi BERSAMA - kita ingin rintis Malaysia yang lebih berdaya maju untuk orang biasa, melawan kelas-kelas berkepentingan.
Selama ini, parti politik bertukar ganti tetapi tak ramai yang berani melawan kelas-kelas berkepentingan. Akhirnya, sistem tetap sama.
Kalau dulu, rakyat biasa kerja penat untuk hidup lebih baik kerana peluang Insya-Allah ada. Sekarang, rakyat biasa kerja penat hanya untuk dapat peluang, itu pun tak tentu berjaya.
3) Macam mana BERSAMA nak capai cita-cita ini - 12 Agenda BERSAMA bertujuan membina infrastruktur dasar yang mengubah sistem, bukan sekadar meneruskan apa yang ada dengan sedikit penambahbaikan.
Perubahan undang-undang, program-program dan pendekatan akan dibentangkan kepada rakyat, lengkap dengan analisa kos-manfaat (cost benefit analysis), analisa pembiayaan dan cara-cara melaksanakan.
4) BERSAMA akan jadi seperti Pejuang, Muda, PSM - menang kalah itu ketentuan Allah. BERSAMA tidak meletakkan kuasa dalam masa terdekat sebagai sasaran.
Saya dan Nik buat keputusan lepaskan segala-galanya supaya ada satu platform politik yang sesuai untuk golongan rakyat biasa yang berfokus kepada masa depan.
Insya-Allah, kalau kita ikhlas, Allah akan bantu.
5) Saya bayar RM8.5 juta untuk beli BERSAMA - Itu fitnah yang disebarkan oleh cyber trooper kerajaan, turut dijaja oleh Menteri Komunikasi. Jangan bimbang, kita serahkan kepada Allah. Ada lah balasan kepada mereka satu hari nanti.
Mr Tan, pengasas BERSAMA menangis masa serahkan parti ini kepada kami. Dia hanya minta jaga BERSAMA baik-baik dan supaya ia boleh bela rakyat biasa lebih baik dari yang dia mampu buat sebelum ini.
Bab Kedua: Apa panduan ke medan persaingan untuk sebulan seterusnya?
1) Tumpu kepada perkenalkan BERSAMA dan 12 Agenda kepada seberapa ramai orang. Terima kasih rakyat biasa yang telah mewarnai platform media sosial dengan warna kuning dan Kancil sejak 2 minggu lalu.
Terus create content, terus jadi creative. Buat content yang menarik minat anak-anak muda dan pengundi atas pagar.
2) Semak penerangan saya dan Nik mengenai BERSAMA. Bila ada serangan, kami akan jawab. Bila ada isu, kami akan bersuara. Kami akan sentiasa buat penerangan.
Hadam dan faham apa yang kami sampaikan, gunakan hujah-hujah itu untuk menjawab di media sosial.
3) Sentiasa komen dengan pautan https://t.co/4xO9KSPe24 supaya orang tahu di mana nak jadi ahli BERSAMA.
Bila tweet, buat content, komen, menjawab di media sosial atau forward di WhatsApp Telegram, sentiasa ada link https://t.co/4xO9KSPe24
4) Jaga adab dan tata tertib, buang perkara toksik, tumpu kepada yang positif. Jangan taksub dengan saya atau Nik. Saya tak hensem dan gemuk, buang masa taksub dengan saya. Saya tak hebat pun, cuma saya sedikit lebih berani dari ahli politik yang lain.
Bila ada ceplos kutuk macam-macam, ikut suka dia. Sekadar kita berikan fakta, terangkan. Dia nak meroyan ikut suka dia, sebab kalau dia meroyan sambil memfitnah, dia dibayar wang di dunia dan dibayar dosa di akhirat.
Yakin dengan Allah. Kita tumpu perkara-perkara positif, pasal masa depan negara, pasal anak muda, pasal kesusahan rakyat.
Bab Ketiga: Apa milestone penting yang akan berlaku dalam bulan Jun?
1) Insya-Allah, HQ BERSAMA akan siap menjelang akhir Jun. Sekarang tengah renovate, akan ada dewan 400 orang, ruang mesyuarat dan lain-lain. Bila siap, kita lancar jentera pilihanraya di sini.
2) Merchandise baru akan dilancarkan. Tumpuan kepada merchandise yang lebih menarik, mesej yang lebih segar dan ada 2-3 merchandise yang tidak pernah dibuat orang.
3) Kita akan sediakan recruitment kit untuk bantu ahli rekrut ahli baru. Macam MLM sikit la. Kita akan ada referral code, ahli-ahli yang cemerlang rekrut ahli baru kita akan makan BERSAMA dan Insya-Allah Nik yang akan bayar ha3.
4) Saya dan Nik akan turun ke negeri-negeri memperkenalkan BERSAMA dan menghuraikan 12 Agenda BERSAMA. Kalau ada profesor madya dari UUM yang awal-awal hentam, ada baiknya dia ikuti jelajah ini supaya dia boleh bandingkan ketelitian kami membangunkan setiap dasar, banding pula dengan manifesto-manifesto parti lain. Barulah adil dan layak dipanggil profesor madya.
5) App Kancil akan siap menjelang akhir Jun. BERSAMA akan menguruskan ahli dan membina jentera di kerusi parlimen menggunakan app. Dari app ini, kita akan rapatkan kerjasama dan muhibbah ahli-ahli mengikut kerusi parlimen. Kempen PRU di kerusi-kerusi parlimen juga akan bermula.
Bab Keempat: Saya nak jadi calon dan JK Penaja
1) Semua ada peluang jadi calon. Permohonan menjadi calon akan dibuka dalam masa terdekat. Kena lalui sedikit proses memperkenalkan diri, bercakap depan skrin. Semua ada peluang yang sama. Tidak perlu kenal saya atau Nik untuk berpeluang jadi calon.
Ada JK Calon yang akan tapis dan nilai satu-satu. Saya bukan dalam JK itu, saya dok sibuk jadi jeneral perang di bawah kalau sibuk layan permohonan jadi calon, terburai kita.
2) BERSAMA tidak ada JK Penaja baik di peringkat kerusi parlimen atau negeri. Kita akan terus bina jentera di peringkat kerusi parlimen dari kalangan ahli dan sukarelawan, pengurusan dibuat melalui app Kancil. Kita tidak perlukan JK Penaja di peringkat parlimen atau negeri kerana semua urusan keahlian dibuat melalui https://t.co/4xO9KSPe24 dan selepas ini pengurusan kempen pilihanraya dibuat melalui app Kancil.
Kita nak mula dari scratch. Kita tak nak bawa budaya dari mana-mana parti lain. Sebab itu kita skip budaya JK penaja untuk mengelakkan lobi melobi untuk jadi JK penaja.
Sekali lagi, saya, Nik dan semua yang dibelakang tabir BERSAMA mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama setakat ini.
Perjalanan kita jauh lagi, tapi kita dah buat langkah pertama. Kancil baru dilahirkan dan baru belajar berdiri, sekarang kita latih kancil ini untuk pandai berlari anak.
💧 DKA resuscitation: Normal Saline vs Ringer’s Lactate, does it really matter?
For decades, 0.9% NaCl has been the default fluid in diabetic ketoacidosis.
But… is it still the best choice?
🧪 New randomized ICU data (2025-2026)
👉 88 patients with severe DKA
👉 Ringer’s Lactate (RL) vs Normal Saline (NS)
👉 Same insulin protocol
📊 Primary outcome: DKA resolution at 48h
➡️ No difference
• RL: 56.5%
• NS: 50%
(p = 0.66)
⚖️ So… clinically equivalent? Not exactly.
The physiology tells a different story 👇
🧠 What RL does better
Compared to NS:
✔️ Higher bicarbonate early
✔️ Better potassium levels
✔️ Lower chloride at 48h
➡️ Translation:
• Less hyperchloremic metabolic acidosis
• Lower risk of hypokalemia
• More physiologic acid-base recovery
⚠️ What NS still does
❗ Same DKA resolution speed
❗ Same ICU stay
❗ Same mortality
➡️ So endpoints look “equal”…
…but physiology is not.
🚨 Why this matters in real ICU practice
Hyperchloremia is not benign:
• Worsens metabolic acidosis
• Increases respiratory workload
• Promotes renal vasoconstriction
• Delays recovery
And hypokalemia?
• Arrhythmias
• Insulin resistance
• Delayed metabolic correction
🧬 Clinical interpretation
This is not about:
❌ “Which fluid resolves DKA faster?”
This is about:
➡️ Which fluid creates a better internal environment for recovery
🔥 Take-home message
👉 NS is acceptable
👉 RL is physiologically smarter
➡️ Especially in:
• Severe acidosis
• High chloride states
• Patients at risk of hypokalemia
📚 Trifi A. et al. (2025)
Medicina Intensiva
https://t.co/ulM20yqLRa
Masuk keluar lokap macam menginap kat hotel untuk mendapatkan keadilan kepada Anwar. Buat satu gerakan seluruh dunia untuk membebaskan Anwar. Membongkar segala kebobrokan rejim BN seperti 1MDB, TH, LCS, NFC dan MARA. Akhirnya PKR dapat menjadi komponen Kerajaan pada PRU14 dan berjaya membebaskan Anwar.
Kembali semula membantu PKR yang merudum teruk di PRN Sabah, Melaka dan Johor. Membawa misi Ayuh Malaysia untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama Pengundi Atas Pagar kenapa perlunya PKR (PH) memerintah. Tak sampai 5 bulan, PH menjadi blok terbesar dalam PRU15 dan Anwar diangkat menjadi PMX.
Kemudian sosok ini ditikam daripada belakang hanya kerana berani mengkritik dengan kemasukan katak2, opportunist2 dalam PKR yang boleh merosakkan parti. Dimaki, dihentam dan diperlekeh terus meneruskan sehingga kini. Tetiba nak ajak bersalam?
Kepala bapak kau! ��🏻 Ini Mantan Jenderal Perang bermaruah Dan berprinsip. Bukan level Akmal kaki sembang.
Nantikan Jun. Alternatif politik baru untuk rakyat Malaysia. Menang tak tentu, tapi PKR kalah, insya Allah!
Viral pulak video konon rakaman suara percakapan saya dan Toh Puan Naimah bincang macam mana nak gulingkan kerajaan.
Semua yang waras tahu itu AI.
Cuma yang Allah nak tunjuk:
Dulu ada audio rakaman perbualan Anwar Ibrahim dengan isteri Hamzah Zainuddin - itu skrip 1998.
Sekarang saya lebih hebat, rakaman perbualan saya dengan isteri arwah Tun Daim Zainuddin - ini skrip 2026.
Benarlah dunia ini berputar bila senjata yang menikam kita dulu kini diguna untuk menikam orang yang kita tidak suka.
𝗝𝗔𝗠𝗘𝗦 𝗖𝗛𝗔𝗜, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗠𝗘𝗦 𝗕𝗢𝗡𝗗
Cerita-cerita yang keluar dari SPRM kebelakangan ini seperti episod-episod K-Pop.
Sejak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dituduh terpalit dengan pelanggaran peraturan kepemilikan saham dan pendedahan hubungan mesra SPRM dengan mafia korporat oleh Bloomberg, saban beberapa hari kita akan didedahkan dengan episod terbaru yang banyak plot twist.
Cuma daya khayalan kita tak pernah sampai ke plot twist episod terkini, iaitu kemunculan watak James Chai ala James Bond yang keluar dari Azam Baki.
Penulis skrip di belakang tabir patut diberikan duit raya yang lebih tahun ini. Skrip ini mungkin boleh kita pitch kepada Netflix, satu hari nanti jadi siri hebat yang ditonton di seluruh dunia.
Ikut naratif yang sedang dibangunkan pencatur-pencatur, James Chai ini adalah seorang anak Cina yang licik sehingga berjaya memperdaya keseluruhan kerajaan di dalam satu skandal penyelewengan berjumlah RM1.1 bilion.
Bukan sahaja Amir Hamzah, seorang bekas CEO terpedaya, tokoh perbankan Malaysia yang banyak connection, Tengku Zafrul pun terpedaya.
Kalau saya seorang sahaja yang terpedaya, kita boleh terima lagi. Menteri-menteri yang hebat-hebat seperti Gobind Singh Deo, Zambry Abdul Kadir dan Fahmi Fadzil pun turut terpedaya.
Hebatnya James Chai ini, bukan sahaja menteri-menteri terpedaya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tokoh tersohor dunia juga terpedaya dengannya.
Sebab itu dia kini diburu SPRM sebagai person-of-interest utama dalam skandal terbesar selepas 1MDB, iaitu penyelewengan sebanyak RM1.1 bilion.
Sejak beberapa minggu lepas, rakyat terpaku dengan cerita skandal ini. Helaian ceritanya diselak satu persatu selang beberapa hari.
Kementerian itu diserbu, Ketua Setiausaha itu disoal siasat. Dokumen itu diambil.
Setiap kali SPRM bergerak, tindak tanduknya menjadi berita besar di paparan skrin media-media perdana.
Tetapi liciknya James Chai ini mengalahkan Jho Low, sehebat James Bond spy ternama itu.
Mana tidaknya, walaupun skandal ini dikatakan melibatkan RM1.1 bilion, sehingga sekarang SPRM tidak dapat menjejaki satu sen pun yang kononnya diselewengkan.
Tidak seperti Jho Low yang harta dan wang seleweng dikesan di parti-parti mewah, akaun sulit, kondominium mewah di London dan New York, kapal layar mewah; setakat ini satu-satunya harta James Chai yang berjaya dikesan ialah sebuah Proton Persona model 2020.
Macam mana dia boleh sembunyikan RM1.1 billion ini sampai tak dapat dikesan?
James Chai juga berbisa dan tidak takut berdepan dengan SPRM, tidak seperti Jho Low.
SPRM sehingga sekarang tidak dapat mengesan Jho Low. Bukan sahaja Jho Low, menantu Tan Sri Muhyiddin pun tak dapat dikesan.
Jadi kita tidak terkejut SPRM tidak dapat mengesan anak Cina selicik James Chai ini. Setelah buntu, SPRM menyiarkan notis dikehendaki untuk mendapat maklumat di mana James Chai ala James Bond ini.
Tapi hebatnya James Chai, tidak seperti Jho Low - dia bantu SPRM untuk cari dia dengan memberikan semua maklumat untuk menghubunginya. Di LinkedIn pun boleh, X pun boleh, di Substack pun boleh (malangnya tak ramai pegawai penyiasat yang biasa membaca di Substack!).
Siapa James Chai ini?
Macam mana anak Cina kurus keding ini berjaya memperdaya dari menteri-menteri hingga ke Perdana Menteri Malaysia yang tersohor itu?
Bagaimana Azam Baki yang berjaya menjejaki dan mengesahkan derma diraja Saudi semasa 1MDB dahulu, tiba-tiba hilang punca dan tak jumpa cari James Chai?
Manusia jenis apa memperdaya seluruh kerajaan dalam skandal penyelewengan RM1.1 billion tetapi hidup papa kedana? Tidak bernafsukah anak Cina ini?
Saya akui jalan ceritanya cukup memukau. Penulis skrip dan pengarahnya mesti berbangga dengan hasil fiksyen ini.
Kali terakhir rakyat Malaysia dihidangkan dengan fiksyen ala James Bond ini ialah semasa 1MDB dahulu. Azam Baki juga terlibat di dalam skripnya masa itu, sebab itulah agaknya jalan ceritanya kali ini sama berpusing-pusing seperti drama derma Saudi dahulu.
Sebelum fiksyen drama derma Saudi 1MDB yang dibintangi Azam Baki, rakyat yang lebih tua pernah digamit satu lagi fiksyen bersimpang siur.
Cuma genre yang lain dan bintang yang lain. Genre ketika itu memaparkan kelucahan melampau dan protagonis pada ketika itu bukan anak Cina kurus keding, tetapi seorang bekas Timbalan Perdana Menteri bernama Anwar Ibrahim.
Fiksyen 1998 itu memaparkan tilam-tilam yang diusung untuk menunjukkan bekas air mani, selain dari pelakon-pelakon tambahan yang langsung tidak kena dengan watak dalam cerita itu. Seorang yang dikatakan tampan, langsung tidak tampan. Seorang yang dikatakan menawan, hanya orang sawan yang kata begitu.
Maka akhirnya, Malaysia melengkapkan satu kitaran.
Kalau fiksyen 1998 menggunakan tilam, fiksyen 2026 memaksa kita menggunakan imaginasi. Bayangkan wang-wang yang dicuri tetapi tidak dapat dibuktikan kecuriannya. Bayangkan pak-pak menteri diperdaya seorang anak Cina kurus keding.
Skripnya berbeza, matlamatnya sama.
Sekiranya kamu berani mengkritik yang berkuasa, aku akan ajar kamu.
Tapi plot twist yang paling besar ialah: Siapa James Chai ini?
James dibesarkan di dalam keluarga biasa, pergi ke sekolah menengah kebangsaan, mendapat 12A1 dalam SPM. Fasih berbahasa Melayu, fasih menulis di dalam bahasa Melayu, duduk di taman perumahan majoriti Melayu.
Namun dia anak Cina, jadi dia tidak mendapat biasiswa. Keluarganya membayar sendiri yuran pengajian undang-undang yang mahal di UK. James membalasnya dengan mendapat tempat pertama keseluruhan di universitinya dalam jurusan undang-undang.
Hasil kecemerlangan itu, James melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana ke Universiti Oxford. Bila balik ke Malaysia dan menduduki peperiksaan CLP (Certificate in Legal Practice), sekali lagi James menduduki tempat pertama di seluruh negara.
Satu hari dalam tahun 2013, James mengetuk pintu saya. Ketika itu saya baru beberapa bulan menjadi Ahli Parlimen.
James mahu menjadi intern saya. Dia tidak pilih ahli parlimen DAP, dia tidak pilih ahli parlimen Cina PKR, dia tidak pilih menteri MCA.
Dia pilih ahli parlimen Melayu dari PKR.
Sebabnya kerana saya dan James berkongsi satu pandangan yang sama. Bahawa manusia ini dilahirkan baik dan kita wajar saling belajar.
Bagi seorang yang berumur 20 tahun pada tahun 2013, selepas keputusan PRU 2013, anak Cina kurus keding ini merasa terpanggil untuk menyumbang membina Malaysia yang saling berkasih sayang, bukan saling bermusuhan.
Bila James ke UK dalam tahun 2015, saya galakkan beliau untuk terus mengambil tahu keadaan di Malaysia. Saya selalu sebut kepada anak-anak muda seperti James bahawa “a life without a higher purpose is a life not worth living”.
James pun termakan kata-kata saya. Dia dan kawan-kawannya menubuhkan Malaysian Progressive UK (MPUK), seperti juga beberapa orang bekas intern saya menubuhkan Malaysian Progressive Australia (MPOZ).
Kumpulan anak muda seperti James inilah yang berdemonstrasi membantah pemenjaraan Anwar Ibrahim kali kedua di London dan Sydney. Mereka juga yang menyertai BERSIH di kota-kota besar di seluruh dunia.
Bila James balik ke Malaysia dalam tahun 2018, dia mahu memberikan 3 tahun usia muda menyumbang kepada reformasi dan membina Malaysia yang baru.
James tidak bekerja di firma besar atau syarikat antarabangsa, James memilih untuk bekerja di INVOKE bersama-sama anak muda lain, sehinggalah tahun 2021.
Saya rasa serba salah untuk mengacau hidup dan kerjayanya apabila saya diberi amanah menjadi Menteri Ekonomi di hujung tahun 2022.
Tetapi berkhidmat untuk negara itu adalah dalam darah daging anak Cina kurus keding bernama James Chai ini. Maka sekali lagi dia mengorbankan kerjayanya untuk berkhidmat di pejabat saya.
Saya tidak rasa James mahu disanjung. Dia datang berkhidmat atas kerelaan sendiri, dia meletak jawatan bersama-sama saya atas kerelaan sendiri.
Tetapi adalah sangat memualkan menjadikan seorang anak Cina yang lebih patriotik berbanding sebahagian besar dari kita, sebagai bola yang boleh disepak-sepak.
Sasarannya bukan James. James hanyalah seorang anak Cina kurus keding yang boleh ditendang-tendang.
Sasarannya ialah saya.
Dan itulah bahagian yang saya paling terkilan.
Dalam senario lain, seorang anak Cina yang jiwa kebangsaannya sangat kuat, sangat cemerlang dalam semua yang dia ceburi, fasih berbahasa Melayu, pelajar terbaik di sekolah kebangsaan, lebih ramai kawan Melayu dari bukan Melayu - James sudah menjadi watak yang dikagumi pimpinan Melayu dalam PKR, UMNO, PAS dan BERSATU.
Malangnya dalam senario sekarang, James dijaja dan diperagakan sebagai watak jahat demi mencipta satu fiksyen politik dekad ini.
Syabas Malaysia!
Bekas pegawai Rafizi Ramli, James Chai persoal mengapa SPRM mengeluarkan notis awam untuk menjejaki dirinya, tanpa cuba berhubung dengan dirinya ataupun kenalan rapat beliau.
Sifatkan tindakan SPRM itu sebagai keterlaluan.
Worth reading! (Ini bebenang)
(1/2)
“𝗦𝗮𝗶𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗢𝘂𝗿 𝗢𝘄𝗻 𝗦𝗵𝗶𝗽” & 𝗕𝗹𝗮𝗰𝗸 𝗦𝘄𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶:
𝗕𝗮𝗯 𝟭 | 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗧𝗮𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗗𝗮𝘁𝗮
Kalau kenal Rafizi, kita tahu satu benda:
Dia bukan ahli politik retorik.
Dia bukan pemain sentimen.
Dia pemain 𝙚𝙢𝙥𝙞𝙧𝙞𝙘𝙖𝙡 𝙖𝙣𝙖𝙡𝙮𝙨𝙞𝙨 & 𝙘𝙤𝙡𝙡𝙖𝙩𝙚𝙙 𝙙𝙖𝙩𝙖.
Raja Data.
Raja Demolisher.
Dia tahu pola pengundi.
Dan bila dia muncul di media Mandarin & English, itu bukan kebetulan. Itu positioning.
■ 𝙎𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙜 𝙨𝙚𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙖 𝙩𝙖𝙧𝙜𝙚𝙩?
1] 𝙉𝙤𝙣-𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮 𝙫𝙤𝙩𝙚𝙧𝙨
2] 𝙀𝙣𝙜𝙡𝙞𝙨𝙝-𝙨𝙥𝙚𝙖𝙠𝙞𝙣𝙜 𝙥𝙧𝙤𝙜𝙧𝙚𝙨𝙨𝙞𝙫𝙚𝙨
3] 𝙒𝙚𝙡𝙡-𝙚𝙙𝙪𝙘𝙖𝙩𝙚𝙙 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨 (𝙪𝙧𝙗𝙖𝙣 & 𝙨𝙚𝙢𝙞-𝙪𝙧𝙗𝙖𝙣)
4] 𝙂𝙚𝙣 𝙕 𝙫𝙤𝙩𝙚𝙧𝙨 = 𝙩𝙝𝙚 𝙧𝙚𝙖𝙡 𝙠𝙞𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙠𝙚𝙧𝙨
Ini bukan teori kedai kopi.
Ini segmentation politik.
𝗕𝗮𝗯 𝟮 | 𝗥𝗲𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗱𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂: “𝗠𝗲𝗻𝗮𝗻��� 𝗧𝗮𝗸 𝗧𝗲𝗻𝘁𝘂, 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗧𝘂 𝗔𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗹𝗮𝗵…”
Rafizi sendiri pernah sebut:
“𝙈𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙠 𝙩𝙚𝙣𝙩𝙪, 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙥𝙖𝙧𝙩𝙞 𝙩𝙪 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙝…”
Petikan itu merujuk kpd dilema antara “Bebas” & PKR.
Mari kita hadam realiti:
• Undi Melayu?
Akan 𝙨𝙥𝙡𝙞𝙩 𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖 𝘽𝙉 & 𝙋𝙉.
• PKR?
Susah utk menang undi Melayu konservatif. Tidak pernah pun.
Maksudnya?
Undi Melayu tak cukup solid utk ubah landskap besar.
Tapi…
Undi non-Malay + progressives + Gen Z?
Itu swing bloc.
Itu marginal seats.
Itu yg boleh jadi 𝙠𝙞𝙣𝙜𝙢𝙖𝙠𝙚𝙧.
𝗕𝗮𝗯 𝟯 | “𝗦𝗮𝗶𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗢𝘂𝗿 𝗢𝘄𝗻 𝗦𝗵𝗶𝗽”: 𝗜𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗹𝘂𝘀 𝗔𝘁𝗮𝘂 𝗔𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽?
Dalam wawancara BFM, Rafizi guna frasa:
“𝙎𝙖𝙞𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙤𝙪𝙧 𝙤𝙬𝙣 𝙨𝙝𝙞𝙥…”
Itu ayat simple.
Tapi dlm politik... itu bahasa kod.
Maksud tersirat:
• Jangan terlalu bergantung pada arus orang lain.
• Jangan jadi penumpang kapal orang.
• Kalau nak selamat, bina kapal sendiri.
Ini bukan retorik melawan sesiapa.
Ini positioning survival jangka panjang.
𝗕𝗮𝗯 𝟰 | 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗟𝗶𝗲𝘄 𝗖𝗵𝗶𝗻 𝗧𝗼𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗯𝘂𝘁 ‘𝗕𝗹𝗮𝗰𝗸 𝗦𝘄𝗮𝗻’
Dan tiba-tiba…
Liew Chin Tong pernah tulis di Facebook pada 4 Feb tentang “𝘽𝙡𝙖𝙘𝙠 𝙎𝙬𝙖𝙣” 𝙙𝙡𝙢 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞.
Menarik.
Sebab pada 8 Jun 2025, aku pun dah kupas panjang di wall aku tentang konsep Black Swan dlm strategi Rafizi.
Sekarang istilah itu keluar dari mulut pemain politik arus utama sendiri.
Black Swan dlm konteks politik?
• Peristiwa luar jangka
• Move yg tak dijangka lawan
• Langkah yg ubah papan catur
Rafizi bukan jenis tunggu badai.
𝘿𝙞𝙖 𝙘𝙞𝙥𝙩𝙖 & 𝙩𝙝𝙧𝙞𝙫𝙚 𝙞𝙣 𝙩𝙪𝙧𝙗𝙪𝙡𝙚𝙣𝙘𝙚.
Dan ini lah "turbulence" yg akan mengucar-kacirkan PKR yg sailang nya.
Dan kalau imbas balik…
Bukankah sebelum ini Rafizi pernah kata dia sudah letih?
Nak duduk tepi PRU16.
Nak fokus pada social enterprise & kerja luar politik arus utama?
Ramai tafsir itu sbgai isyarat berundur.
Tapi minggu ini, nadanya berbeza.
Dia beri gambaran ada satu “vacuum” pengundi atas pagar; golongan yg makin tawar hati, makin sinikal, makin malas keluar mengundi.
Dan ini bukan isu kecil.
𝙄𝙣𝙞 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙮𝙖.
Sebab dlm matematik pilihan raya:
Bila pengundi tegar tetap keluar,
Tapi pengundi rasional duduk rumah,
Yg menang bukan yg terbaik.
Yg menang ialah yg paling solid jentera emosinya.
Di sinilah “𝙩𝙪𝙧𝙗𝙪𝙡𝙚𝙣𝙘𝙚” itu bermula.
Rafizi bukan ubah keputusan krn tekanan.
Dia ubah keputusan krn baca data.
Dia nampak arus bawah permukaan.
Kalau pengundi atas pagar tidak keluar,
𝙉𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙠𝙖𝙧𝙖𝙢.
𝙏𝙪𝙧𝙗𝙪𝙡𝙚𝙣𝙘𝙚 𝙎𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙋𝙚𝙡𝙪𝙖𝙣𝙜
Inilah maksud sebenar turbulence.
Bukan huru-hara.
Tapi 𝙜𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙠𝙖𝙬𝙖𝙡 utk:
• Memecahkan complacency
• Menguji kesetiaan idea vs kesetiaan parti
• Menarik perhatian Gen Z yg bosan dgn politik lama & retorik.
Kadang-kadang utk bina model politik baru,
Anda tak boleh lagi bergantung pada jenama lama.
Anda kena uji jenama peribadi; Bebas ++.
Dan Rafizi ada satu 𝙖𝙨𝙚𝙩 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧:
1. Miri Hospital HOD declined comment
2. Miri Hospital director declined comment
3. Minister Dr Dzul’s office declined comment
4. KSU Suriani Ahmad didn’t respond to a request for comment
5. Corp comm also didn’t respond
That’s how MOH treats health worker issues — silence.
SSM 1 menunjukkan Rafizi Ramli lepaskan pegangan pada 1 disember 2022. Dia angkat sumpah sebagai menteri 3 disember 2022.
Ssm 2 menunjukkan pegangan nama pemegang saham terkini tiada nama cina tu Dan nama rafizi.
Untuk menang dalam Kes Saman fitnah, yang di tuduh perlu membuktikan bahawa tuduhan mereka benar.
Dalam Kes ini tuduhan caprice Dan ceplos ialah
" RAFIZI ADALAH MENTERI YANG MEMBERIKAN PROJEK BILLION RINGGIT KEPADA KAWANNYA YANG SAMA PEGANG SHARE DALAM INVOKE SEWAKTU DIA MENTERI EKONOMI DAN PROJEK ITU ADALAH PROJEK BAWAH KEMENTRIAN EKONOMI"
Soalan yang perlu dibuktikan oleh Caprice Dan lain lain kepada Faizal Rahman nanti ialah.
1. Rafizi Masih ada share sewaktu dia jadi Menteri
2. Projek itu di bawah kawalan Rafizi sebagai Menteri
3. Dia ada kuasa meluluskan projek tersebut
4. rafizi telah meluluskan projek tersebut
5. Projek itu diperolehi oleh Itramas (YA. betul mereka dapat)
Selain Dari no 5 jawapan nya ialah Ya, soalan 1-4 jugak mesti Ya. Kalau salah satu adalah TIDAK, Maka ia adalah fitnah Dan akan didapati bersalah.
Setelah berborak dengan peguam tadi, Nama saya nampak dalam senarai untuk mintak maaf ialah
1. Caprice
2. Salim iskandar
3. Wan Hadi
4. Salman udang (fake akaun tapi kenal)
5. Yanie
6. Harun
7. Dato Meletop (fake akaun tapi kenal dia)
8. Azlan Official
9. Taufik Iskandar
10. Izzat
11. Julfadzli
12. Joker (fake akaun tapi kenal)
13. Adam yusoff (fake akaun tapi kenal)
14. Wan askar botak
15. Ritz (fake akaun tapi kenal)
16. Admin Fitnah apa hari ini (ikhwan)
17. Shafiq anuar
(Ada lagi aku tak senarai. Biar suspen 🫢)
Sabtu last. Jangan cakap abang tak payung 🤣🤣
Ps: semua screenshot,video Dan sewaktu dengannya dah di download.
@zulazri03 Takde enforcement. Suggest PDRM Trafik tingkatkan enforcement. Yang salah ditangkap dan masuk penjara 6 bulan. Unfortunately, we need to be a lot stricter.
𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗗𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗣𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞, 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗣𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛?
Saya ada satu plot twist yang saya nak ajukan kepada pimpinan negara, terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan skandal rasuah bersabit perolehan angkatan tentera. Beberapa orang pimpinan terkanan Angkatan Tentera Malaysia ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.
Tapi ada satu plot twist yang saya masih belum ada jawapan.
Masa saya jadi menteri dahulu, setiap lantikan yang melibatkan pegawai kerajaan perlu ditapis terlebih dahulu oleh SPRM. Ini bukan untuk lantikan kanan pun, lantikan yang melibatkan gred 52, 54 pun kena ditapis oleh SPRM.
Tapisan SPRM ini memang syarat untuk kenaikan pangkat pun. Ini kenyataan media dari JPA sendiri dalam tahun 2017 mengesahkan perkara ini:
https://t.co/L4HfF9nWFG
Ini pula adalah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 mengenai syarat pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam, yang secara khusus menyebut sebarang kenaikan pangkat bukan sahaja perlu melepasi tapisan SPRM, tetapi perlu mengisytiharkan harta.
https://t.co/GKAZDAQkcp
Nampak tak plot twist?
Saya ambil contoh dua kes yang telah dibawa ke mahkamah.
Kes terhadap Tan Sri Hafizuddeain Jantan. Beliau dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat pada 23 Mac 2023, kemudian dilantik Panglima Tentera Darat pada 6 September 2023.
Mengikut laporan berita semasa beliau didakwa, kes rasuah beliau adalah berhubung dengan kontrak-kontrak perolehan sejak 2023.
Masa dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat dalam Mac 2023 - SPRM luluskan tapisan.
Masa dilantik Panglima Tentera Darat dalam September 2023 - SPRM luluskan tapisan.
Sedangkan kes yang beliau kena dakwa adalah bersabit kontrak sejak 2023 lagi - sebenarnya apa bentuk tapisan yang SPRM buat ni? Bukan ke perlu semak pengisytiharan harta? Kalau beliau dah ada kes berhubung kontrak perolehan sejak 2023, macam mana SPRM boleh luluskan tapisan beliau?
Begitu juga dengan bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Nizam Jaffar.
Dilantik pada 31 Januari 2025, maksudnya selepas tapisan diluluskan oleh SPRM.
Salah satu dakwaan rasuah adalah perolehan sebanyak RM1.725 juta kepada Helmee Resources pada 24 Jun 2024; iaitu sebelum beliau dinaikkan pangkat.
Bila beliau nak dinaikkan pangkat, SPRM yang bertanggungjawab semak dan buat tapisan.
Tapi bolos.
Tapisan yang bolos. Pengisytiharan harta yang bolos.
Yang ini Tan Sri Azam Baki tak pernah jawab atau komen.
Bukan ke kalau SPRM buat tapisan betul-betul, semua ini telah dikenal pasti awal-awal? Ini bukan kes 1MDB atau Jho Low yang melibatkan wang di seluruh dunia. Ini kes beli hamper raya je pun.
Tan Sri Azam Baki dengan gah keliling podcast tunjukkan dia berani lawan rasuah - tetapi prevention is better than cure.
Ada benda yang tak kena ni sehingga tapisan SPRM tidak berkesan untuk menyekat mereka yang ada kes dari dinaikkan pangkat.
Bila jadi macam ni, jangan salahkan rakyat kalau rakyat sinis.
Masa nak dinaikkan pangkat semua cantik, SPRM lulus semua.
Bila ada yang tak berkenan atau tak kena, korek balik semua yang dulu-dulu.
Kami bukan cerdik atau hebat atau berani macam Tan Sri Azam Baki.
Bila dah jadi macam ni dan tapisan SPRM macam mencukupkan syarat, rakyat fikir macam tu la.
Jadi apa jaminan yang tapisan SPRM atau pengisytiharan harta tu sebenarnya ada makna untuk memastikan sesiapa yang ada kes tidak dinaikkan pangkat?
Gini lah DBKL @DBKL2u. Masa nak hancurkan bukan main rakus. Lepas dah hancur, punyalah perlahan nak bina. Ni dah nak masuk tiga bulan. Macam tak ada progress.
Puasa lagi dua minggu. Desa Pandan ni antara tapak bazar Ramadan besar. Sesak la kawasan ni.@joharighani@hannahyeoh
Untuk menjayakan misi nasional untuk generasi akan datang, kita tak boleh terus dengan sikap dan amalan biasa.
Proses tender ambil 3 hingga 4 bulan, penilaian tender 3 hingga 4 bulan, pembinaan 2 hingga 3 tahun, siap bangunan 1 tahun, dan penjawatan guru pula ambil 1 tahun.
Akhirnya, satu sekolah ambil 5 hingga 6 tahun sebelum boleh dibuka.
Tak boleh macam itu.
Ini bukan bina satu dua sekolah baharu. Ini soal tambah kapasiti secara besar-besaran.
Kalau hospital boleh dibina dalam masa dua bulan, sekolah juga boleh.
Kuncinya ialah pembinaan modular IBS secara besar-besaran. Spesifikasi standard, jumlah besar, garis masa jelas.
Kalau sasaran siap enam bulan, hampir pasti perlu guna kaedah modular. Panel siap di kilang, dihantar ke tapak, jurutera dan juruteknik pasang terus.
Tapi tanggungjawab ini tak boleh diletakkan sepenuhnya pada Kementerian Pendidikan.
Kementerian Kerja Raya perlu ubah cara kerja, Kementerian Kewangan perlu ubah sistem perolehan, dan pasaran serta GLC perlu nilai kapasiti sebenar. Jika kilang modular tidak mencukupi, kerajaan mungkin perlu melabur.
Ini mesti jadi projek nasional dengan satu pasukan pengurusan projek merentas semua agensi.
Barulah peralihan dalam 3 hingga 4 tahun itu benar-benar berlaku, bukan sekadar pengumuman.
Isu sistem pendidikan dikupas panjang di Podcast YBM #32. Tonton di sini: https://t.co/OCcdoC3xbJ