Tahukah anda? Takbir Raya di Malaysia menggunakan lagu tarannum Jiharkah. Lagu Jiharkah ni terkenal dengan irama sedih dan mendayu-dayu.
Mungkin tradisi melayu ni bila mereka sedang bergembira, mereka teringat orang yang dah tiada.
Sukar nak bertukar lagu takbir lebih bersemangat.
Mungkin sapa yang terer tarannum boleh perkenalkan takbir raya di negara kita guna Tarannum Hijaz yang lebih bersemangat. Macam di negara Arab sana.
Supaya semua lebih gembira, ceria dan ketika menyambut Eid berbanding sambut dengan bersedih. Ia lebih menepati sunnah seperti yang dianjurkan agama kita.
Basic Solat Berjemaah.
1. Kalau duduk saf depan ketika sedang solat dan batal wudhu', boleh je keluar dengan jalan di celah-celah saf, depan orang sedang solat.
Sutrah ketika solat berjemaah adalah depan imam. Jadi depan imam je tak boleh lalu.
Masih ramai orang rasa tak boleh jalan depan orang solat ketika berjemaah. Itu salah! Ia hanya terpakai ketika Solat bersendirian sahaja.
2. Kalau saf penuh/rapat dan kita batal wudhu' nak gerak kebelakang. Boleh je cakap dengan orang sedang solat, tolong bagi laluan, saya nak lalu.
Kita solat ni, bukan tiba-tiba jadi robot tak boleh gerak dan tak dengar apa-apa. Khusyuk solat tu bukan menyebabkan kita jadi robot/batu.
Orang yang sedang solat tu pulak, boleh anjak sikit ketepi bagi ruang jemaah tu nak lalu. Kalau perlukan 2 orang sekalipun, boleh je dua-dua gerak bagi ruang.
3. Kalau phone berbunyi ketika solat. Seluk poket tu dan matikan phone. Tak batal solat. Daripada ganggu berpuluh-puluh jemaah lain dari kusyuk solat sebab takut nak bergerak matikan phone.
Malah, kalau tengah berdiri dan phone letak kat lantai berbunyi kuat dan terlalu ganggu jemaah, lebih baik batalkan solat dan matikan bunyi phone tu.
Kemudian angkat takbir solat semula dan tambah bilangan rakaat yang tertinggal. Itu jauh lebih baik dari solat tapi sakitkan hati semua jemaah dengan bunyi yang bukan-bukan.
Ketika berjemaah, kita ni gerak sebagai satu kesatuan ummah. Bukan pentingkan diri sendiri. Jadi hukumnya berbeza.
Ini antara asas yang semua kena tahu. Terutama dalam bulan Ramadan yang majoriti kita solat berjemaah tarawih setiap malam.
Begitulah.
Assalamualaikum and hi everyone.
First of all, i dah minta izin dengan tuan badan to share this.
Why i decided to post? Because she deserves nothing but the best.
Ramai harap kematian kita kelak adalah mati yang tidak menyakitkan dan mudah. Kalau boleh kita semua nak mati dalam tidur.
Kematian seperti dibunuh, kemalangan ngeri, lemas, kebakaran, jatuh dsb nampak seperti kematian yang tidak baik pada sisi pandang masyarakat kita.
Hakikatnya, kematian seperti dibunuh, bukanlah tanda kematian yang Allah tak redha. Cara kematian, bukan penentu syurga dan neraka seseorang muslim.
Malah sahabat besar yang dijamin syurga seperti Saidina Umar mati dibunuh ketika sedang mengimami solat Subuh. Saidina Usman mati dibunuh pemberontak khawarij di rumahnya. Yang bunuh juga muslim. Saidina Ali juga mati dibunuh pemberontak ketika sedang menuju ke masjid untuk solat.
Cucu baginda Nabi, Saidina Hasan mati diracun dalam makanannya dan Saidina Hussin juga mati dibunuh. Begitu juga sahabat besar seperti Zubair dan Talhah.
Semua mereka sahabat besar dan ahli keluarga Nabi saw. Mereka semua disayangi Nabi dan sebahagiannya dijamin syurga.
Berhenti kaitkan kematian yang pada pandangan kita teruk, sebagai kematian yang buruk dan bakal pengaruhi akhirat seseorang. Seperti fahaman budaya melayu kebiasaannya.
Kata ustaz, boleh jadi penderitaan sakit kronik selama beberapa tahun sebelum seseorang mati, jadi pahala besar yang hapuskan banyak dosa-dosa yang mereka lakukan ketika mereka masih muda dan sihat.
Bila dah mati seseorang, khalas. Urusan mereka di dunia telah selesai. Kita ambil pengajaran dan panduan. Berhenti kata buruk kepada si mati dan doakan untuk si mati jika mereka muslim.
Begitulah cara pandang yang sepatutnya sebagai seorang muslim yang baik.
Enam Ciri Golongan Munafik Yang Berkaitan Dengan Solat
1- Malas dalam melaksanakan solat.
2- Menunjuk-nunjuk kepada manusia semasa melakukan solat.
3- Melewatkan solat.
4- Solat dengan begitu laju (seperti patukan ayam).
5- Kurang mengingati Allah SWT di dalam solat.
6- Meninggalkan solat secara berjemaah.
Rujuk : Al-Solat, Ibnu Al-Qayyim (1/283)
I might be promoting Meetup too much, but if yall don't have anything to do alone, do install Meetup. It's an app for social activities.
Instead of swipe right for potential partner, yall swipe right to community activities!
1. Soalan tny ttg mazhab fiqh yg melibatkan mazhab yg 4. Syafie, Hanafi, Hambali, Maliki. Ada pula yg kata kita kena ikut mazhab setempat. Tak boleh langsung tukar. Adakah benar?
2. Sejujurnya, di Msia pun berapa bnyk perbuatan kita yg mmg dah bercanggh dgn pndgn mazhab syafie. Contoh, zakat yg kita bayar dgn duit. Imam syafie kata tak boleh, tp Imam Hanafi kata boleh... Kita beli di mesin gedegang pun tiada akad. Sdgkn mazhab syafie suruh akad. Dan bnyk lgi lah.
3. Secara tak sedar, kita mmg dh berselisih dgn pndgn mazhab syafie. Adakah salah hal ini?
4. Zmn nabi, malah zmn sahabat pun mazhab syafie, mazhab hanbali ni semua takde lagi. Adakah mereka berdosa kerana tidak bermazhab? Tidak.
5. Mazhab ni antara fungsinya utk menyusun kaedah fiqh dan ijtihad. Pndgn 4 imam yg alim ni di-compile dan dijadikan rujukan. Namun bkn utk kita taksub, ttp utk menjadi bahan² jambatan ilmu.
6. Jika seseorang itu belajar, asalnya dia Mazhab Syafie kemudian dia belajar mazhab lain dn rasa dlm sesuatu isu, dia suka mazhab hanafi. Boleh tak dia pegang mazhab hanafi dlm isu tu? Jwpnnya boleh. Kerana 4 mazhab ni semuanya berhujah berdasarkn dalil. Dn masing² ada dalil² lain yg menyokong mereka. Bila kita belajar, kita jg berhak menilai hujah mana yg lebih kuat dan berpegang pdnya.
Imam Nawawi pn ada sebut dalam Al-Majmu,
"Dibolehkan bagi seseorang yang bukan mujtahid untuk bertaklid kepada mana-mana imam mujtahid, tetapi tidak boleh memilih sesuka hati tanpa ilmu."
Disiplinnya lagi di sini ialah, kita memilih pandangan bkn kerana ia senang untuk kita ttp kerana kuat hujahnya.
Ibn Taimiyah sebut dalam Iqtidha’ as-Sirat al-Mustaqim, "Seseorang tidak boleh memilih pendapat yang paling ringan dari setiap mazhab tanpa alasan syar'i, kerana itu akan membawa kepada meremehkan hukum-hukum syariat."
Makanya, siapalah saya nk melarang mana² dari anda untuk ambil tahu mazhab lain? Ini ilmu dan ilmu ni bkn eksklusif utk org tertentu saja. Selagi mana kita ikut disiplin, ikut kaedah yg betul dn turutan yg betul, takde masalah.
7. Adakah belajar mazhab lain ni akn buat masyarakat keliru? Jawapannya tak. Org keliru bila dia tak belajar. Kalau dah belajar, dia dah tak keliru la sbb dia dah tahu. Makanya biarkn masyarakat belajar. Jgn sekat. Wallahualam.
Jabir bin Abdullah, sahabat Nabi SAW kata:
"Nabi SAW berhutang denganku. Kemudian baginda membayar hutang dan melebihkan bayaran."
"Baginda tidak henti-henti menambah satu dinar, kemudian satu dinar lagi."
[Bukhari 443, 2718, Muslim 715]
O Allah. Ease the pain & suffering of the people of Lebanon & Palestine whose lives have been torn apart. Help & protect them. Bestow Your Mercy on them. We pray for those who’ve been killed, the grieving & injured. You’re the Only source of strength. We lay our trust in You.
Ya. Kata-kata bukan doa.
Kata-kata ialah ungkapan apa yang kita rasa atau lalui.
Kalau saya cakap saya takde duit, adakah saya berdoa supaya saya takde duit?
Tak. Saya cuma bagitahu situasi yang saya lalui.
Jadi sebenarnya doa itu apa?
Dalam Islam kita ada definisi khusus untuk doa.
Seperti yang Imam al-Khattabi definisikan, doa ialah:
“Seruan hamba kepada Tuhannya untuk mendapat pertolongan dan meminta daripada-Nya bantuan.
Hakikat doa ialah menzahirkan kefakiran diri kepada-Nya dan berlepas diri daripada kekuatan diri sendiri.
Ini ialah puncak pengabdian dan penzahuran kerendahan manusia.
Pada doa ada makna pujian kepada Allah SWT dan menyandarkan kepemurahan kepada-Nya.”
Bila kita ucap, “Ya Allah bantulah aku. Permudahkan urusan aku. Lapangkan dadaku” dan lain-lain, inilah doa.
Kalau kita cakap, “Aku rasa susah, penat, takde duit” ini bukan doa.
Wallahu’alam.
Persoalan smlm terjawab. Ada sebahagian pernikahan yg dibuat dlm rangkaian GISB tidak mendapat pengesahan rasmi sehingga terpaksa di nasab kan pada ‘Abdullah’. IGP bongkarkan dapatan siasatan dlm Sidang Media bersama Agensi² terlibat tadi.
Prime Minister of Malaysia:
“This did not begin with the 7th of October. It all began with colonization. It all began with the Nakba in 1948. It’s time that Palestinians are treated as human beings, not as slaves or second-class people.”
🇲🇾 🇵🇸
Wait, why did my husband send the cakes today instead of tomorrow? Did he get our anniversary date wrong again? Cant interrogate him rn as he’s in freakin Kedah zZzz.