CARA KIRA ZAKAT PENDAPATAN 2025.
Dah tiba akhir tahun ni, dah sampai masa untuk keluarkan zakat pendapatan anda. Aku kongsi cara kiraan zakat yang ada.
Ada 3 kaedah kiraan:
1. Guna Jadual Potongan Gaji (paling mudah).
2. Kiraan dengan tolakan asas Kifayah.
3. Kiraan tanpa tolakan.
+++++++++++++++++
1. Guna Jadual Potongan Gaji.
Kaedah paling ringkas. Tengok berapa gaji kasar korang kat jadual bawah ini dulu.
• Bujang gaji kasar income lebih RM4,600 baru wajib bayar zakat RM74 sebulan.
• Berkahwin anak 2 (KA2) gaji RM5,900, zakatnya RM76 sebulan dan seterusnya.
• Warna Biru = Belum wajib keluarkan zakat. Tapi digalakkan untuk buat kiraan zakat dan bayar zakat untuk harta-harta lain juga.
• Bagi yang pendapatan tak tetap, buat anggaran dan lebihkan sedikit supaya lebih yakin.
Full Jadual ini:
https://t.co/lAIerKpVgj
+++++++++++++++++
2. Kiraan Zakat dengan tolakan Kifayah.
Ini kiraan zakat yang lebih tepat. Maksudnya Pendapatan yang kita terima, tolak perbelanjaan asas dibenarkan.
Perbelanjaan Asas?
Diri, Tanggungan seperti jadual dibawah ini. Termasuk tolakan untuk KWSP dan TH jika ada. Bakinya baru dikenakan zakat.
Ini Tolakan Asas Had Kifayah:
Untuk kiraan lebih tepat, digalakkan untuk guna Kalkulator Zakat Pendapatan ini:
https://t.co/05if6rxVqh
+++++++++++++++++
3. Kiraan Tanpa Tolakan.
Kaedah ini biasanya digunakan oleh individu yang berpendapatan tinggi.
Upper M40 atau T20.
Biasanya cukai pendapatan mereka 15-28% dari pendapatan tahunan mereka.
Jadi kalau kena keluarkan zakat 2.5%, itu tak menjadi masalah untuk mereka.
Basic Kiraan:
[GAJI KASAR] x 2.5% = JUMLAH ZAKAT
Contoh: Gaji Kasar Tahunan : RM150,000
RM150,000 x 2.5% = RM3,750
+++++++++++++++++
Bayar Zakat Online.
Bagi nak buat BAYARAN ZAKAT boleh bayar secara ONLINE di sini :
https://t.co/4M0gvboiAA
+++++++++++++++++
Rebet Cukai.
Semua bayaran Zakat Pendapatan ini layak mendapat rebet cukai LHDN 100%.
Ini kelebihan kepada semua pengeluar zakat Zakat di Malaysia yang seharusnya digunakan semua muslim. Takde negara lain yang buat begini.
Contoh kiraan selepas keluar zakat:
Cukai LHDN Setahun : RM5,000
Bayar Zakat : RM2,000
Cukai LHDN dibayar kepada kerajaan : RM3,000
+++++++++++++++++
Semoga semua yang bayar zakat, rezekinya bertambah luas dan berkat, kehidupannya bertambah lapang dan tenang, keluarganya bahagia dan hartanya dibersihkan berkat bayaran zakat tersebut. Ameen!
Mohon panjangkan kepada sahabat lain untuk pahala berpanjangan dengan ingatkan mereka tentang zakat.
Wallahua'lam.
Harini Tabung Haji dah keluarkan senarai rasmi Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk Haji 2026.
Tahun ni ada 31 syarikat yang jemaah boleh pilih untuk tunaikan haji secara pakej. Banyak pilihan.
Tahun lepas ada 37 syarikat. Kurang 6 syarikat tahun ni. Performance mereka dinilai.
1. Malaysian citizen.
2. Willing to operate the station full-time on a sole proprietorship basis.
3. Aged between 23 - 45 years old on the date of application.
4. Proved to be able to provide working capital of RM270,000; in the form of liquid assets.
Remember these names. They are Malaysians who have given their all for the Global Sumud Flotilla mission. Pray that they reach their destination safely for Gaza, for HUMANITY.
IMAGINE SENDING 20 WARSHIPS TO INTERCEPT BOATS CARRYING MILK POWDER AND BABY FORMULA FOR STARVING CHILDREN. THIS IS THE GREATEST EVIL EXISTING IN THE WORLD RIGHT NOW!!!!!
Maklumat peribadi rakyat Malaysia dilaporkan bocor di sebuah portal internet
Data-data peribadi tersebut didakwa diambil dari data JPN, JPJ, MySPR Semak dan syarikat telco
Orang yang bersabar ini takkan pernah rugi. Kerana kesakitan yang dia alami, akan terganti dengan kebahagiaan yang tak pernah terlintas dalam hatinya. ❤️✨
PDRM baru naik taraf website untuk check scammers.
Sekarang memang lagi senang untuk diguna.
Kita boleh terus semak secara spontan:
- Nombor telefon
- Nombor akaun bank
- Nama syarikat
Kalau ada laporan polis pasal scam, terus akan keluar.
Menariknya, PDRM siap tunjuk senarai Top 10 nombor telefon dan akaun bank scammer setiap bulan. Jadi kita boleh lebih berjaga-jaga.
Lagi satu, ada kerjasama dengan aplikasi Whoscall. App ni boleh detect call yang mencurigakan. Boleh download percuma dekat iOS dan Android, siap dapat Premium setahun percuma.
Bagi saya ini usaha yang bagus. Senang kita untuk elak daripada jadi mangsa.
Jadi, sebelum transfer duit atau dapat call pelik-pelik, baik semak dulu.
Tolong repost untuk manfaat semua!
Link di bawah.