Sebelum kita tidur, mari kita ramai-ramai berdoa, supaya esok keadaan bertambah baik, lebih baik dari sebelumnya dan ujian yang melanda kita saat ini, segera berlalu pergi.
#bebascovid19
Ramai harap kematian kita kelak adalah mati yang tidak menyakitkan dan mudah. Kalau boleh kita semua nak mati dalam tidur.
Kematian seperti dibunuh, kemalangan ngeri, lemas, kebakaran, jatuh dsb nampak seperti kematian yang tidak baik pada sisi pandang masyarakat kita.
Hakikatnya, kematian seperti dibunuh, bukanlah tanda kematian yang Allah tak redha. Cara kematian, bukan penentu syurga dan neraka seseorang muslim.
Malah sahabat besar yang dijamin syurga seperti Saidina Umar mati dibunuh ketika sedang mengimami solat Subuh. Saidina Usman mati dibunuh pemberontak khawarij di rumahnya. Yang bunuh juga muslim. Saidina Ali juga mati dibunuh pemberontak ketika sedang menuju ke masjid untuk solat.
Cucu baginda Nabi, Saidina Hasan mati diracun dalam makanannya dan Saidina Hussin juga mati dibunuh. Begitu juga sahabat besar seperti Zubair dan Talhah.
Semua mereka sahabat besar dan ahli keluarga Nabi saw. Mereka semua disayangi Nabi dan sebahagiannya dijamin syurga.
Berhenti kaitkan kematian yang pada pandangan kita teruk, sebagai kematian yang buruk dan bakal pengaruhi akhirat seseorang. Seperti fahaman budaya melayu kebiasaannya.
Kata ustaz, boleh jadi penderitaan sakit kronik selama beberapa tahun sebelum seseorang mati, jadi pahala besar yang hapuskan banyak dosa-dosa yang mereka lakukan ketika mereka masih muda dan sihat.
Bila dah mati seseorang, khalas. Urusan mereka di dunia telah selesai. Kita ambil pengajaran dan panduan. Berhenti kata buruk kepada si mati dan doakan untuk si mati jika mereka muslim.
Begitulah cara pandang yang sepatutnya sebagai seorang muslim yang baik.
Jangan selalu nampak penat tu sebagai beban.
Penat kerja? means you still have a job.
Penat jaga anak? means you’re blessed with family.
Penat bangun pagi? means you still get another chance.
So kalau rasa penat, it’s okay. You’re not ungrateful, you’re just human ❤️
Kata ustaz dalam Kuliah Dhuha tadi, semakin banyak kita tunjuk kehidupan kita kepada orang lain, sebenarnya bukan makin ramai suka kat kita.
Malah semakin ramai orang dengki, cemburu dan tak suka kepada kita tanpa sebab, walaupun tak kenal kita.
Ia lumrah ramai manusia.
Terkadang Allah patahkan hati berkali-
kali, sehingga rasa diri seolah berputus
asa nak teruskan kehidupan kerana
Allah mahu kita hanya bergantung
harap pada-Nya sahaja.
Kerapkan baca doa ni setiap kali selepas solat esp. this month of Ramadhan, mudah-mudahan Allah buka pintu jalan dan bagi jalan penyelesaian untuk kita setelkan hutang2 yang kita ada selama ni.
Semoga bermanfaat. 🫶