@dahfollowbelum Caj jela yang kutip derma untuk Palestine tu.. Senang..sebelum nak bagi bantuan kat luar potong siap2 rakyat dorang guna fasiliti negara..
Dah orang tu tak nak....kauorang paksa jugak.....
Tajuk:
Pesta Songkran Jadi Kecoh, Pemandu Van Disimbah Air Hingga Ganggu Trafik
PATONG, THAILAND – Kemeriahan sambutan pesta air Songkran di Patong, Phuket bertukar kecoh apabila sekumpulan pelancong didakwa menyimbah air ke arah seorang pemandu van sehingga mengganggu aliran trafik di kawasan berkenaan.
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, kelihatan sekumpulan individu bukan sahaja menyimbah air kepada pemandu, malah turut menyembur air ke dalam kenderaan tersebut ketika ia sedang berada di jalan raya yang sesak.
Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan sambutan Songkran sudah melampaui batas dan tidak lagi menghormati orang awam yang tidak terlibat dalam perayaan tersebut.
Rata-rata berpandangan bahawa aktiviti menyimbah air sepatutnya dilakukan dalam had munasabah tanpa mengganggu keselamatan serta ketenteraman pengguna jalan raya lain.
Selain itu, terdapat juga kebimbangan berkaitan aspek keselamatan, memandangkan situasi tersebut boleh mencetuskan kemalangan jika pemandu hilang kawalan.
Menurut laporan media tempatan, Khaosod English, pihak polis telah bertindak selepas menerima aduan daripada orang awam dengan mengeluarkan amaran serta menahan tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut.
Kesemua suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak penyiasat untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang.
Insiden ini sekali lagi mencetuskan perdebatan mengenai keperluan kawalan lebih ketat terhadap sambutan Songkran, khususnya di kawasan tumpuan pelancong bagi mengelakkan kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.
@mengarut_je@NajibRazak Salah tetap salah bro.. Subsidi bersasar ni dah betul cuma masa jadi pembangkang dulu sembang lebat sgt..Sembang boleh turun harga minyak bagai.. Hadap jela..