Assalamualaikum, salam Jumaat. Alhamdulillah, pagi ni Allah masih bagi kita peluang untuk bangun, bernafas dan perbaiki apa yang kurang semalam. Bukan semua orang dapat peluang yang sama. Semoga hari ni kita lebih banyak bersyukur daripada mengeluh. ๐ค
Aku perlukan seseorang yang selalu ingatkan :
Benda ni tak bagus..
Benda ni tak elok..
Apa kau buat ni salah..
Tak boleh buat macam ni..
Dan yang tolong tegur aku bila aku langgar perintah Allah. Bukannya tetap bagi semangat untuk buat je apa aku rasa tu betul semata.
Ya Fattah, bukakan jalan..
Ya Razzaq, datangkan rezeki..
Ya Ghaniyy, cukupkan kami..
Ya Mughni, kayakan kami dengan karunia Mu..
Jangan biarkan kesulitan ini berlangsung lebih lama dari kemampuan kami untuk bertahan..
Memohon kebaikan dunia dan akhirat
ุงููููููู ูู ุฑูุจููููุง ุขุชูููุง ููู ุงูุฏููููููุง ุญูุณูููุฉูุ ููููู ุงููุขุฎูุฑูุฉู ุญูุณูููุฉูุ ููููููุง ุนูุฐูุงุจู ุงููููุงุฑู
Maksud: Ya Allah, Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan akhirat, serta peliharalah kami daripada azab neraka.
Ya Allah, aku tak tahu apa aku rasa sekarang ; sedih pun tidak, kecewa pun tidak, terlalu bahagia pun tidak. Namun, aku bersyukur aku mampu lagi tersenyum dan ikut aturan takdirMu dengan tenang.
Ya Allah, satu aku pinta jagakan lah kedua syurgaku hingga kesyurgaMu. Aamiin..
Say this prayer. "Almighty. Grant me contentment. Donโt let my mind believe that everyone seems to have a better life than I do. Teach me to be grateful for all that You have given me and all that You took away. Aameen."
Assalamualaikum, salam Ahad. Alhamdulillah, masih Allah beri peluang untuk menikmati satu lagi pagi. Semoga hari ni dipermudahkan segala urusan, diberkati setiap rezeki dan hadir banyak perkara baik dalam kehidupan kita. Aamiin. ๐คฒ
Cantik sekali kalimat ini:
Rezeki itu luas, seluas prasangka baikmu. Hidup itu indah, seindah prasangka baikmu. Masa depan itu cerah, secerah prasangka baikmu.
"Allah itu sesuai prasangka hamba-Nya"
โKita sedang hidup dengan doa-doa kita..โ
Setiap apa yang kita doa, Allah tengah siapkan untuk kita dapat apa yang kita doa. Kita mungkin tak dapat apa yang kita doa tu on the spot, tapi yakin dan percaya suatu hari nanti pasti terkabul doa-doa itu.
Allah lah yang menjamin hidupmu, yang mengatur rezekimu, dan yang memberikan yang terbaik untuk hidupmu. Tugas kita perbaiki diri sendiri, nanti juga Allah akan datangkan hal-hal baik untuk kita.
Ya Allah, bantulah aku dalam perbaiki hati, diri, dan ibadahku. Aamiin..
Ya Allah, murahkanlah rezeki kami, rezeki seluas langit dan laut, rezeki yang tak pernah putus seperti air zam-zam. Permudahkan segala urusan kami. Aamiin.
Ya Allah, luaskanlah dan berkatilah rezeki kami. Bukakan pintu-pintu rezeki dari langit dan bumi. Lancarkan dan permudahkanlah segala urusan kami. Kurniakanlah rezeki yang halal, melimpah ruah, tidak putus-putus dan tidak disangka-sangka. Aamiin ๐ค
Segala sesuatu berlaku bersebab, dan sebab itu membawa perubahan. Kadangkala ia menyakitkan. Kadangkala ia sukar. Namun akhirnya, semuanya adalah demi kebaikan. Jangan sesekali berhenti meletakkan kepercayaan kepada Tuhan dan meyakini perancanganNya.