Arrived early at the https://t.co/TwmIcSH9sS @partibersamamy โs launch of โcampaign lorry๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ and announcement of the candidates for the Johore State elections. It is Bersamaโs maiden foray into state elections. Together we rebuild Malaysia for the MANY !
๐ช๐๐ฌ ๐ช๐๐๐ ๐๐๐ข๐ก๐? ๐๐๐๐๐จ๐ฆ๐ ๐ฌ๐ข๐จ ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ ๐ช๐๐๐ ๐๐๐ข๐ก๐
๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ ๐จ๐ ๐๐ก ๐๐๐๐ข๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ & ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ง๐ฅ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐
BERSAMA akan bertanding di 15 kerusi DUN dalam PRN Johor ini.
Kami akan bertanding solo dan takkan masuk atau bekerjasama dengan mana-mana gabungan.
Kenapa walk alone? Tak takut hilang deposit ke?
Sebab BERSAMA hadir untuk memberi suara kepada rakyat biasa yang sudah muak dengan perebutan jawatan di antara gabungan politik, baik PH, BN atau PN.
BERSAMA tidak hadir sebagai kenderaan untuk saya dan Nik Nazmi tunggang untuk dapat jawatan, kalau macam itu buat apa kami mengundur diri dari jawatan menteri dan mengosongkan kerusi parlimen kami.
Memang jalan lebih mudah untuk ahli politik ialah berada di dalam gabungan.
Tetapi bila kami rasa pembawaan gabungan-gabungan ini sudah terpisah dari suara rakyat biasa kerana sibuk berebut siapa akan jadi Perdana Menteri, Menteri Besar - lebih baik kita mulakan platform baru yang boleh beri suara kepada orang biasa.
Sebab kami yakin, BERSAMA yakin, bila kita beri suara kepada orang biasa, walaupun kita masuk solo, walk alone, sebenarnya YOU NEVER WALK ALONE.
Akan ada rakyat biasa yang serasi dengan pembawaan ini dan akan membantu.
Untuk memastikan BERSAMA memberi suara kepada orang biasa, calon-calon yang dipilih juga mestilah majoriti dari kalangan orang biasa yang tidak pernah mendekati politik.
Terima kasih kepada 73 orang yang memohon menjadi calon BERSAMA dalam PRN ini. Sebahagiannya sangat berkelayakan dan berjawatan tinggi, sebahagiannya mewakili kumpulan masyarakat yang berbeza.
Dari 73 orang ini, setelah ditapis dan ditemu duga, 15 orang dipilih.
Mereka mewakili gambaran sebenar rakyat Malaysia.
Anak muda yang berusaha keras membina syarikat kecil dan kerjaya.
Doktor yang terpaksa menukar kerjaya supaya isteri dapat meneruskan kerjaya sebagai doktor dan mengambil tanggung jawab mengimbangi keperluan keluarga.
Kumpulan profesional yang bekerja di syarikat besar sebelum mengusahakan syarikat sendiri.
Kumpulan profesional yang masih bekerja dengan syarikat antarabangsa, bergaji besar tetapi sanggup turun padang menyahut seruan berkhidmat.
Sudah tentu penggiat dan aktivis masyarakat yang telah lama berkhidmat dalam komuniti masing-masing.
Peguam, arkitek, doktor, pengarah syarikat, pemilik perniagaan bila digabungkan dengan penggiat masyarakat - mereka adalah cerminan sebenar rakyat biasa yang bergelumang dengan pelbagai keputusan yang dibuat orang politik setiap hari.
Mereka akan diperkenalkan kepada pengundi Johor hari Jumaat ini.
Mereka tidak akan diraikan di atas pentas mahal atau acara gilang-gemilang yang menelan belanja jutaan ringgit.
Mereka akan naik pentas kecil atas sebuah trak kempen yang kami panggil Trak Kancil.
Saya jemput seberapa ramai pengundi Johor, ahli BERSAMA di Johor, ahli BERSAMA dari seluruh negara dan orang biasa untuk hadir di majlis pengumuman calon BERSAMA PRN Johor dan pelancaran Trak Kancil, seperti berikut:
Tarikh:
Jumaat, 26 Jun 2026
Masa:
Orang ramai dijangka mula hadir 730 malam
Tempat:
Ruang Parkir Paragon Market Place
135, Jalan Tampoi
Kampung Melayu Majidee
Johor Bahru
Anda juga boleh dapatkan merchandise Kancil semasa pelancaran ini.
Bagi mereka yang ingin hadir secara fizikal untuk memberi sokongan, terutamanya kepada ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara, saya mohon sahkan kehadiran anda di https://t.co/6vXmDO7QDX
Klik Acara, pilih โPengumuman Calon PRN Johorโ atau imbas kod QR.
Majlis pengumuman calon ini juga akan disiarkan melalui platform digital di saluran saya pada malam itu.
Biodata calon-calon ini akan dikongsi dengan orang ramai di https://t.co/6vXmDO7QDX jam 10 malam hari Jumaat ini, setelah nama mereka diumumkan.
Saya tidak tahu ada orang yang akan hadir majlis pengumuman ini atau tidak. BERSAMA baru sebulan jagung, susah kita nak baca penerimaan rakyat.
Tetapi kalau perlu walk alone, kami akan tetap jalan bersendirian kerana lama-lama, lebih ramai akan mula berjalan BERSAMA kami.
Buat kali pertama @partibersamamy yang baru berusia sebulan akan bertanding dalam 15 kawasan DUN di PRN Johor nanti.
Menang tak tentu tapi BERSAMA menawarkan satu alternatif politik yang baru kepada rakyat Malaysia khususnya di Johor ini. Boleh layari pautan https://t.co/ik6FIl1HuR untuk kemaskini informasi, mendaftar dan juga menyumbang.
Ayuh Johorean bersama BERSAMA!
If a Russian or Iranian politician had written the tweets that Ben Gvir posted, the so-called moral guardians of the Western media would be foaming at the mouth, but when it comes to an Israeli politician, they always continue to play the three monkeys. You are insincere and hypocritical!
This is Damascus, the capital of my country.
Israel bombed it less than a year ago, despite the fact that not a single shot had been fired at Israel from Syria for over 60 years.
This had nothing to do with Iran, Hezbollah, or Hamas. It was part of Israelโs efforts to interfere in the countryโs internal affairs and keep it divided and weak.
So when Israelis claim that Israel does not attack those who do not attack it, Damascus proves otherwise.
๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ: ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐ & ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐ข๐๐ข๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
Bahang PRN Johor kian terasa! Berikut adalah perkembangan dan panduan gerak kerja parti BERSAMA untuk minggu ini:
I can now exclusively reveal that Bayern Munich have suffered yet another crushing setback in what is rapidly turning into one of the most humiliating transfer windows in recent memory, with Vincent Kompany and Max Eberl investing days of discussions, presentations and persuasion attempts in an effort to convince Spanish talent Vรญctor Muรฑoz to move to Bavaria, only to find themselves facing yet another rejection despite aggressively pushing the project, a scenario that has become increasingly familiar for a club that once expected Europeโs brightest talents to answer the phone immediately whenever Bayern Munich came calling.
The rejection becomes even more damaging when considering that Muรฑoz would have preferred a move to Newcastle United over Bayern Munich, a choice that would have been almost unthinkable a decade ago but now serves as another uncomfortable reminder of how dramatically the landscape has shifted, with the Bundesligaโs ability to attract elite talents continuing to weaken while the Premier League tightens its grip on world football, leaving self-proclaimed giants Bayern Munich repeatedly forced into the role of spectators as target after target chooses a different path, and with every rejection the illusion that the Bayern badge remains one of footballโs irresistible destinations continues to crumble before their eyes.
Interestingly enough, the race took a dramatic twist and was effectively buried the very moment newly appointed Liverpool head coach Andoni Iraola entered discussions and informed the player that Liverpool Football Club wanted him, because Bayern Munich can offer trophies and Germany can offer domestic dominance, but Liverpool offers something entirely different, something that exists beyond contracts, salaries and sporting projects, a football cathedral standing beneath the grey skies of Merseyside where history breathes through every brick of Anfield, where generations of legends have walked the same tunnel, where the famous red shirt carries the weight of immortality, where Youโll Never Walk Alone echoes like a sacred hymn across the footballing universe, and where dreams are not merely promised but woven into the very identity of the club itself, leaving Bayern Munich once again watching from afar as another player looked towards those mythical Anfield lights, heard the call of one of footballโs greatest institutions and immediately knew his future lay anywhere but Bavaria.
Ramai yang cepat melabel generasi muda hari ini sebagai malas, lembik dan manja. Saya tidak melihatnya begitu.
Bila satu generasi mula bertanya "buat apa aku bersusah-payah", itu bukan tanda mereka rosak. Itu tanda sistem yang sudah rosak.
Tahun-tahun paling makmur di Amerika ialah antara 1945 hingga 1960-an.
Pada zaman itu, seorang yang habis sekolah menengah, tanpa ijazah, boleh bekerja di kilang berhampiran rumah dan mampu membeli rumah, membeli kereta, membawa keluarga bercuti, dan menghantar anak ke universiti.
Generasi itu bekerja keras. Tetapi mereka mendapat apa yang sepatutnya. Kerja keras menukar nasib. Itu sebabnya pengorbanan itu berbaloi.
Hari ini, keadaan sudah terbalik.
Seseorang boleh bekerja lapan belas jam sehari dan hidupnya hampir tidak berubah. Kurang satu peratus daripada penduduk benar-benar berjaya naik ke kelas yang lebih tinggi. Selebihnya bekerja sekadar cukup makan.
Bila ganjaran sudah hilang maka tuntutan keseimbangan kerja dan kehidupan wajar. Bukan kemalasan tetapi logik.
Bila masyarakat berubah, majikan, kerajaan dan generasi tua hanya ada dua pilihan.
Lawan, dan tidak ke mana. Atau sesuaikan diri.
Sepanjang sejarah, mereka yang bijak sentiasa memilih yang kedua.
Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 52 di sini:
https://t.co/wdWEDD6HmT
#๐ช๐ฒ๐๐๐ป๐ฑ ๐๐๐ฅ๐ฆ๏ฟฝ๏ฟฝ๐ ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ ๐๐ฟ๐ฎ๐ธ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐ฎ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ
Terima kasih kepada orang ramai yang telah membeli tiket majlis mengumpul dana BERSAMA yang kita jenamakan sebagai #WeFund
Sejak diumumkan 5 hari lalu, berikut ialah prestasi jualan tiket:
Sejumlah 296 tiket dari 998 tiket telah dijual, iaitu sekitar 30%.
Jumlah tiket terjual sekarang ialah RM79,700 iaitu purata RM269 setiap tiket.
Maknanya tiket-tiket yang lebih mahal iaitu pada harga RM500, RM1,000 dan RM2,000 juga turut dibeli, selain tiket biasa pada harga RM150.
Hasil kutipan ini akan digunakan untuk membiayai kempen BERSAMA di PRN Johor.
Belanja utama ialah sewaan trak kempen dan bahan kempen seperti bendera, poster, bendera kecil dan lain-lain.
Kami sudah ambil trak dan akan muncul buat kali pertama minggu depan di Johor.
Terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang.
Kepada mereka yang belum beli tiket, ada seminggu setengah lagi sebelum hari Sabtu, 27 Jun.
Kalau berniat untuk beli, boleh beli tiket di https://t.co/6vXmDO7QDX , klik Acara dan pilih acara #WeFund - tiket-tiket boleh dibeli secara online di situ. Pilih harga tiket, berapa tiket dan nombor meja yang dikehendaki.
Jika sudah beli atau mahu membantu tetapi tidak ada kelapangan untuk hadir, saya mohon sebarkan content ini kepada seberapa ramai.
Forward kandungan ini ke Whatsapp kawan-kawan, boleh share di media sosial masing-masing.
Ini satu perkara yang ahli politik dan parti lain tidak mahu buat, iaitu bergantung kepada sumbangan rakyat untuk membina dan membiayai kempen, kerana mereka tidak mahu menjawab kepada rakyat bila sudah menang.
Kalau kita mahu kembalikan kuasa kepada rakyat, bantu kami di BERSAMA suburkan budaya bergantung kepada sumbangan rakyat seperti ini.
Jumpa kami di #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu, 27 Jun jam 8 malam.
Tiket masih ada, beli di https://t.co/6vXmDO7QDX
Salam Awal Muharam 1448H kepada seluruh umat Islam.
Kedatangan tahun baharu Hijrah adalah kesempatan untuk bermuhasabah, menilai perjalanan yang telah dilalui, serta memperbaharui azam untuk menjadi insan yang lebih baik. Hijrah bukan sekadar perubahan tempat atau kedudukan, tetapi perubahan sikap, pemikiran dan tindakan ke arah yang lebih bermakna.
Semangat hijrah sentiasa mengingatkan bahawa setiap perubahan yang baik perlu bermula dengan niat yang tulus dan diterjemahkan melalui tindakan yang konsisten. Dalam apa jua usaha dan tanggungjawab yang dipikul, perubahan yang membawa manfaat memerlukan keikhlasan, kesungguhan serta komitmen untuk melaksanakan perkara yang diyakini demi kebaikan bersama.
Semoga Awal Muharam ini membawa keberkatan, ketenangan dan kekuatan untuk terus berusaha, berkhidmat serta menyumbang yang terbaik kepada agama, masyarakat dan negara.
Selamat menyambut Awal Muharam 1448H. Semoga setiap langkah hijrah dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.