πππππππ πππ‘πππ ππ’ππ’π₯ & π πππππ π ππππ ππ‘π πππ‘ ππ¦π’π!
Warga Johor dan Melaka, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke siri Jelajah Kancil dan mengenali lebih dekat πππ₯π¦ππ π.
π JOHOR, (Sabtu, 6 Jun 2026) | Danga Bay Convention Centre, 8.00 malam
π MELAKA, (Ahad, 7 Jun 2026) | Hotel Seri Malaysia, Melaka, 8.00 malam
Ayuh hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengarkan perkongsian dan bertukar pandangan di Jelajah Kancil.
Daftar kehadiran di sini: https://t.co/nOUTHK88GI
Kita jumpa malam ini di Johor dan esok di Melaka.
Kaunter bersama PKR? β
Kaunter bersama BERSAMA? β
Steady warga PANDAN. Jika dahulu @rafiziramli setiap minggu bersama kaunter bergerak di Pandan atas platform PKR (Parti Kencing Rakyat), bermula hari ini, beliau di atas platform yang lebih dipercayai, berintegriti dan berprinsip, @partibersamamy.
Ayuh warga Pandan! Ingat kancil, ingat BERSAMA. Jangan lupa mendaftar diri menjadi ahli di pautan https://t.co/sGfOm8sIoo. π«Άπ»
TerkiniβΌοΈ
πDUN Negeri Sembilan dibubar berkuat kuasa esok
πPembahagian kerusi selesai, PH tanding semua 36 kerusi DUN Negeri Sembilan
πMasa depan Negeri Sembilan kini di tangan rakyat
-- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun
πΉ fotoBERNAMA
#BernamaNews
#VideoBernama
Tular seorang ibu yang bekerja dari rumah mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas mendedahkan dia menjana pendapatan empat angka dengan menjual Super Ring kepada rakyat Amerika.
siap sedia harga roti, tepung, mee dan makanan berkaitan gandum naik. hasil tanaman gandum Australia dijangka turun 25% sebab harga baja naik kesan Perang Iran dan cuaca kering luar jangka.
Malaysia mengimport 1.025 juta tan metrik bernilai RM1.4 bilion iaitu hampir 60% keperluan gandum untuk buat tepung, roti, mee dan lain-lain dari Australia yang merupakan sumber import gandum nombor 1 negara kita.
1996: Astro is established and gets a 20-year government backed monopoly to provide satellite TV in MY.
2012: Initial Public Offering (IPO) at RM3/share, raising RM4.55 billion.
2014: Share price hits an all-time high of RM3.70.
2016: Netflix arrives in Malaysia.
2018: Astro's 20-year government backed monopoly ends.
2019-2023: Rapid expansion of other streaming services (Disney+, HBO, etc.).
2024: Astro lost over 1 million paid subscribers since FY2019.
2026: Astro loses FIFA broadcasting rights.
Last month: RTM to end Astro broadcast of TV1, TV2, and Okey.
Pejabat Parlimen Petaling Jaya tidak lagi dapat mengakses sistem MyKhas sejak 29 Mei 2026, sekali gus menyebabkan urusan berkaitan peruntukan kawasan serta Projek Mesra Rakyat (PMR) tidak dapat diteruskan seperti biasa.
JUST IN: IRAN HAS OPENED THE LARGEST CANCER TREATMENT FACILITY IN THE MIDDLE EAST
This medical facility located in Tehran has 37 specialized departments
11 imaging and radiation therapy machines and 96 chemotherapy beds
All types of cancer can be treated at this facility
[@IranObserver0]
πππ‘πππ πππ₯πππππ‘π ππ ππ’ππ’π₯, π πππππ πππ‘ π¦πππ¨π₯π¨π π‘ππππ₯π
DUN Johor telah dibubarkan, apa nak jadi dengan BERSAMA?
Perancangan mengenai BERSAMA, termasuk memperkenalkan BERSAMA ke negeri-negeri, telah dirancang lebih awal sebelum pengumuman membubarkan DUN dibuat.
Kebetulan, negeri pertama yang menganjurkan state tours, atau jelajah ke negeri-negeri, adalah Johor.
Jelajah Kancil ke negeri-negeri adalah seperti berikut:
Johor - Sabtu, 6 Jun 2026, 8 malam di Danga Bay Convention Centre
Melaka - Ahad, 7 Jun 2026, 8 malam di Hotel Seri Malaysia, Melaka
Tarikh-tarikh seterusnya:
Negeri Sembilan - di Seremban, Sabtu 13 Jun
Perak - di Ipoh, Ahad 14 Jun
Kelantan/Utara Terengganu - di Kota Bharu, Sabtu 20 Jun
Pahang/Selatan Terengganu - di Kuantan, Ahad 21 Jun
Selangor Utara - Sabtu, 27 Jun
Selangor Tengah - Ahad, 28 Jun
Selangor Selatan - Rabu, 1 Julai
Pulau Pinang - Sabtu, 4 Julai
Kedah/Perlis - Ahad, 5 Julai
KL - di Setiawangsa, Sabtu, 11 Julai
Selangor Tengah - di Shah Alam, Ahad, 12 Julai
dan berakhir di Selangor - di Pandan, Sabtu 18 Julai
Maklumat lanjut mengenai setiap acara dan kempen BERSAMA akan dipaparkan di laman kempen BERSAMA di pautan ini:
https://t.co/nOUTHK88GI
Sila pilih kempen mana yang hendak disertai atau akan hadir; daftarkan nama anda untuk membantu urusan logistik.
Untuk kempen hari Sabtu dan Ahad ini, jumpa saya dan Nik di Danga Bay Convention Centre pada hari Sabtu dan Hotel Seri Malaysia, Melaka pada hari Ahad.
Mohon sebarkan kepada seramai mungkin dan bimbing rakan-rakan yang ingin hadir untuk mendaftar di pautan Kempen BERSAMA.
Jelajah negeri-negeri ini akan disiarkan di YouTube dan TikTok Live di saluran saya.
Jumpa hari Sabtu dan Ahad ini.
Berikut adalah ringkasan 12 Agenda Utama @partibersamamy yang dilancarkan pada 17-18 Mei 2026 di bawah kepimpinan @rafiziramli dan @niknazmi.
1. SISTEM PERLINDUNGAN SOSIAL NASIONAL - Bantuan bulanan automatik kepada isi rumah berdasarkan pendapatan, umur, dan tanggungan (tiada pendaftaran manual).
2. HAD PEKERJA ASING - Ketatkan kepada 5% sahaja daripada jumlah tenaga kerja negara (lindungi peluang pekerjaan tempatan).
3. PENJAGAAN KANAK2 UNIVERSAL - Pra-sekolah percuma untuk kanak-kanak berumur 4-5 tahun.
4. HAPUSKAN 'RENT SEEKING dan UTAMAKAN PKS - Angkat perusahaan kecil dan sederhana sebagai tulang belakang ekonomi, termasuk Akta Anti-Ali Baba.
5. PENDIDIKAN TINGGI 'DUA-TRACK' - Gabungkan pengalaman kerja praktikal dengan pembelajaran akademik.
6. NISBAH DOKTOR - Sasar 1 doktor bagi 300 penduduk menjelang 2030 (perbaiki akses kesihatan).
7. PENINGKATAN RANKING PISA - Bawa Malaysia ke suku atas dunia dalam pencapaian pendidikan.
8. REFORMASI INSTITUSI- Lindungi kebebasan institusi, desentralisasi kuasa (kurangkan kuasa Perdana Menteri, kuatkan Parlimen).
9. PERTUMBUHAN EKONOMI dan GAJI - Sasaran minimum 5% pertumbuhan KDNK setahun + kenaikan gaji pekerja minimum 5% setahun (dikaitkan dengan GDP).
10. TENAGA HIJAU - Jadikan Malaysia βbatteryβ Asia Tenggara melalui solar rooftop besar-besaran dan transisi tenaga.
11. PERTANIAN MODEN - Gunakan teknologi tinggi ('greenhouse' dan lain2) di luar bandar untuk tingkatkan sektor pertanian.
12. PERUMAHAN GENERASI BARU - Harga rumah tidak melebihi 4 kali pendapatan tahunan isi rumah, gunakan teknologi IBS.
Jelas agenda ini memberi fokus kepada kebajikan rakyat biasa yang menjadi tunjang kekuatan negara (sosial, pendidikan, perumahan, gaji, kesihatan) sambil menggabungkan reformasi institusi dan tenaga hijau demi kemaslahatan rakyat dan negara pada masa depan.
Ayuh Malaysia! Sila ke pautan https://t.co/ik6FIl1HuR untuk pemahaman yang lebih lanjut dan mendaftar menjadi ahli. Sumbangan juga boleh dibuat di dalam pautan yang sama.
JS-SEZ atau Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura, adalah 'brainchild' @rafiziramli.
MB Johor, Onn Hafiz Ghazi pernah memuji Rafizi atas kerjasama erat dan profesionalisme beliau dalam memacu pembangunan ekonomi negeri Johor.
Pujian paling ketara dilihat dalam konteks usaha sama pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor. Antara titik tumpu utama kerjasama mereka adalah pembangunan JS-SEZ. Sasaran Johor untuk mencapai KDNK sebanyak RM260 bilion menjelang 2030 sebagai realistik, dengan JS-SEZ yang dijangka menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. (Resit di thread)
Untuk rekod, JS-SEZ penyumbang terbesar KDNK Johor 6.5% tahun 2025. Nilai pelaburan lebih kurang RM91.1 bilion bagi 3 suku 2025 (Jan - Sept).
Syabas Johor dan Rafizi! βπ»
PRN Johor 2022. Dewan Undangan Negeri Johor ada 56 kerusi.
Jumlah kerusi yang dimenangi -
π BN - 40 kerusi (majoriti dua pertiga)
β’ UMNO - 33 kerusi
β’ MCA - 4 kerusi
β’ MIC - 3 kerusi
π PH - 12 kerusi
β’ DAP - 10
β’ PKR - 1
β’ AMANAH - 1
π PN - 3 kerusi
β’ BERSATU - 2
β’ PAS - 1
π MUDA - 1 kerusi
Bertitik tolak daripada sinilah, tidak lama kemudian @rafiziramli dijemput oleh Anwar Ibrahim dan Izzah untuk memulih dan membantu PKR yang merudum teruk di PRN Johor setelah kekalahan yang sama di Sabah dan Melaka untuk menghadapi PRU15. The rest is history. π
MENTALITI JEMAAH HAJI MALAYSIA, MEMANG KELAS DUNIA! π
Alhamdulillah, bangga jadi rakyat Malaysia.
Selesai urusan di Masyair, khemah-khemah penginapan di Mina ditinggalkan dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Inilah cerminan akhlak, disiplin dan adab yang menjadi identiti jemaah haji Malaysia.
Perkara kecil, tetapi impaknya besar. Budaya menjaga kebersihan dan menghormati kemudahan awam inilah yang menjadikan Malaysia sentiasa dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.
Tahniah kepada seluruh jemaah haji Malaysia dan para petugas yang telah menunjukkan contoh terbaik kepada dunia.
Bukan sekadar menunaikan ibadah, tetapi membawa imej Islam dan Malaysia dengan penuh ihsan. π€
π€²π²πΎ
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
Pasukan peguam @rafiziramli baru 'finalise' semua fakta, bukti dan dokumen2 untuk memulakan saman kepada @CapriceTV - YBM#50
Rafizi kalau dia buat kerja, kerjanya teliti dan 'smart'. Ceplos macam biasa pancut awal.
Saya sedang mencari satu gudang/warehouse yang boleh dibuat kilang kecil.
1) Kat mana-mana di Selangor/KL pun OK
2) Keluasan >9,000 kaki persegi
3) Ha3 tapi sewa <RM15,000 ke bawah
Kalau ada yang kosong, boleh tinggal contact di sini, nanti kami contact.
ππ¨π π ππ‘πππ¨ πππ₯π¦ππ π, ππ π ππ‘π πππ§π?
Kita dah bersama nak masuk 2 minggu. Macam-macam dah jadi.
Saya nak ambik masa 8 minit untuk beri panduan kepada ahli BERSAMA dan mereka yang menyokong - ke mana kita dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Bab Pertama: Situational Assessment - apa status sekarang dan menjawab pelbagai soalan?
1) Keahlian - kita telah melepasi 20,000 ahli seperti yang dijangka. Saya akan beri kemaskini dari semasa ke semasa
2) Apa ideologi BERSAMA - kita ingin rintis Malaysia yang lebih berdaya maju untuk orang biasa, melawan kelas-kelas berkepentingan.
Selama ini, parti politik bertukar ganti tetapi tak ramai yang berani melawan kelas-kelas berkepentingan. Akhirnya, sistem tetap sama.
Kalau dulu, rakyat biasa kerja penat untuk hidup lebih baik kerana peluang Insya-Allah ada. Sekarang, rakyat biasa kerja penat hanya untuk dapat peluang, itu pun tak tentu berjaya.
3) Macam mana BERSAMA nak capai cita-cita ini - 12 Agenda BERSAMA bertujuan membina infrastruktur dasar yang mengubah sistem, bukan sekadar meneruskan apa yang ada dengan sedikit penambahbaikan.
Perubahan undang-undang, program-program dan pendekatan akan dibentangkan kepada rakyat, lengkap dengan analisa kos-manfaat (cost benefit analysis), analisa pembiayaan dan cara-cara melaksanakan.
4) BERSAMA akan jadi seperti Pejuang, Muda, PSM - menang kalah itu ketentuan Allah. BERSAMA tidak meletakkan kuasa dalam masa terdekat sebagai sasaran.
Saya dan Nik buat keputusan lepaskan segala-galanya supaya ada satu platform politik yang sesuai untuk golongan rakyat biasa yang berfokus kepada masa depan.
Insya-Allah, kalau kita ikhlas, Allah akan bantu.
5) Saya bayar RM8.5 juta untuk beli BERSAMA - Itu fitnah yang disebarkan oleh cyber trooper kerajaan, turut dijaja oleh Menteri Komunikasi. Jangan bimbang, kita serahkan kepada Allah. Ada lah balasan kepada mereka satu hari nanti.
Mr Tan, pengasas BERSAMA menangis masa serahkan parti ini kepada kami. Dia hanya minta jaga BERSAMA baik-baik dan supaya ia boleh bela rakyat biasa lebih baik dari yang dia mampu buat sebelum ini.
Bab Kedua: Apa panduan ke medan persaingan untuk sebulan seterusnya?
1) Tumpu kepada perkenalkan BERSAMA dan 12 Agenda kepada seberapa ramai orang. Terima kasih rakyat biasa yang telah mewarnai platform media sosial dengan warna kuning dan Kancil sejak 2 minggu lalu.
Terus create content, terus jadi creative. Buat content yang menarik minat anak-anak muda dan pengundi atas pagar.
2) Semak penerangan saya dan Nik mengenai BERSAMA. Bila ada serangan, kami akan jawab. Bila ada isu, kami akan bersuara. Kami akan sentiasa buat penerangan.
Hadam dan faham apa yang kami sampaikan, gunakan hujah-hujah itu untuk menjawab di media sosial.
3) Sentiasa komen dengan pautan https://t.co/4xO9KSPe24 supaya orang tahu di mana nak jadi ahli BERSAMA.
Bila tweet, buat content, komen, menjawab di media sosial atau forward di WhatsApp Telegram, sentiasa ada link https://t.co/4xO9KSPe24
4) Jaga adab dan tata tertib, buang perkara toksik, tumpu kepada yang positif. Jangan taksub dengan saya atau Nik. Saya tak hensem dan gemuk, buang masa taksub dengan saya. Saya tak hebat pun, cuma saya sedikit lebih berani dari ahli politik yang lain.
Bila ada ceplos kutuk macam-macam, ikut suka dia. Sekadar kita berikan fakta, terangkan. Dia nak meroyan ikut suka dia, sebab kalau dia meroyan sambil memfitnah, dia dibayar wang di dunia dan dibayar dosa di akhirat.
Yakin dengan Allah. Kita tumpu perkara-perkara positif, pasal masa depan negara, pasal anak muda, pasal kesusahan rakyat.
Bab Ketiga: Apa milestone penting yang akan berlaku dalam bulan Jun?
1) Insya-Allah, HQ BERSAMA akan siap menjelang akhir Jun. Sekarang tengah renovate, akan ada dewan 400 orang, ruang mesyuarat dan lain-lain. Bila siap, kita lancar jentera pilihanraya di sini.
2) Merchandise baru akan dilancarkan. Tumpuan kepada merchandise yang lebih menarik, mesej yang lebih segar dan ada 2-3 merchandise yang tidak pernah dibuat orang.
3) Kita akan sediakan recruitment kit untuk bantu ahli rekrut ahli baru. Macam MLM sikit la. Kita akan ada referral code, ahli-ahli yang cemerlang rekrut ahli baru kita akan makan BERSAMA dan Insya-Allah Nik yang akan bayar ha3.
4) Saya dan Nik akan turun ke negeri-negeri memperkenalkan BERSAMA dan menghuraikan 12 Agenda BERSAMA. Kalau ada profesor madya dari UUM yang awal-awal hentam, ada baiknya dia ikuti jelajah ini supaya dia boleh bandingkan ketelitian kami membangunkan setiap dasar, banding pula dengan manifesto-manifesto parti lain. Barulah adil dan layak dipanggil profesor madya.
5) App Kancil akan siap menjelang akhir Jun. BERSAMA akan menguruskan ahli dan membina jentera di kerusi parlimen menggunakan app. Dari app ini, kita akan rapatkan kerjasama dan muhibbah ahli-ahli mengikut kerusi parlimen. Kempen PRU di kerusi-kerusi parlimen juga akan bermula.
Bab Keempat: Saya nak jadi calon dan JK Penaja
1) Semua ada peluang jadi calon. Permohonan menjadi calon akan dibuka dalam masa terdekat. Kena lalui sedikit proses memperkenalkan diri, bercakap depan skrin. Semua ada peluang yang sama. Tidak perlu kenal saya atau Nik untuk berpeluang jadi calon.
Ada JK Calon yang akan tapis dan nilai satu-satu. Saya bukan dalam JK itu, saya dok sibuk jadi jeneral perang di bawah kalau sibuk layan permohonan jadi calon, terburai kita.
2) BERSAMA tidak ada JK Penaja baik di peringkat kerusi parlimen atau negeri. Kita akan terus bina jentera di peringkat kerusi parlimen dari kalangan ahli dan sukarelawan, pengurusan dibuat melalui app Kancil. Kita tidak perlukan JK Penaja di peringkat parlimen atau negeri kerana semua urusan keahlian dibuat melalui https://t.co/4xO9KSPe24 dan selepas ini pengurusan kempen pilihanraya dibuat melalui app Kancil.
Kita nak mula dari scratch. Kita tak nak bawa budaya dari mana-mana parti lain. Sebab itu kita skip budaya JK penaja untuk mengelakkan lobi melobi untuk jadi JK penaja.
Sekali lagi, saya, Nik dan semua yang dibelakang tabir BERSAMA mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama setakat ini.
Perjalanan kita jauh lagi, tapi kita dah buat langkah pertama. Kancil baru dilahirkan dan baru belajar berdiri, sekarang kita latih kancil ini untuk pandai berlari anak.