Hai @astroonline, saya pelanggan lama dan tak pernah culas bayar bil anda. Bila saya hadapi masalah anda beritahu slot penuh selama 7 hari.
Sejak masalah wifi hari pertama saya hubungi pihak anda, tolonglah jaga pelanggan yang masih setia seperti kami ini.
@MCMC_RASMI
Alhamdulillah, dari gambar yang dikongsi petugas TH di Arafah+Mina tahun ni, keadaannya bertambah baik.
Khemah lagi selesa, ada sofabed, plug points cukup dan paling penting bilangan tandas bertambah banyak.
Gambar pertama tu 3 tahun lepas. Bertambah selesa ibadah jemaah.
Kalau datang ke Tasek Gelugor, Pulau Pinang, jangan lupa singgah dan makan capati disini.
Orang muda berniaga dan masakan mereka memang padu. Capati panas, garing dan lembut dapat pula dengan kuah kari pekat boleh lajak 3-4 keping.
Hari Khamis tutup.
Chile bagi saya ialah satu-satunya negara yang 'kurus', seolah-olah Argentina sengaja ambil banyak wilayah di barat sehingga hampir seluruh pantai barat Amerika Selatan bagi kepada Chile saja.
Betulkah Chile jadi 'kurus' sebab ketamakan Argentina?
Dearest Soulmate,
Today, as we celebrate our Golden Wedding Anniversary together, I’m saying it yet again..
That YOU are, and always shall be, the most precious gift and blessing of Allah unto me.
Through the years, YOU have been my strength, my comfort, and my unwavering companion. Every moment with you has been a grace I cherish beyond words.
Love you forever…
Till the end of time…
And, biiznillah, to be united again in Paradise.
Yours always..💖💕💕💖
16th April 1976-16th April 2026
Pemergian Suara Azan Yang Dikenali, Ustaz Abu Bakar Sairi Kembali Ke Rahmatullah
Oleh Mynewshub
SHAH ALAM, 27 Mac – Seorang tokoh yang dikenali melalui alunan azan yang merdu di pelbagai aplikasi dan masjid, Ustaz Haji Abu Bakar bin Haji Sairi dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pada Khamis.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.31 pagi, 26 Mac 2026 di kediamannya.
Allahyarham sebelum ini merupakan mantan bilal di Masjid Negeri Shah Alam serta Masjid Bukit Jelutong, dan dikenali ramai kerana suara azannya yang sering menjadi pilihan dalam aplikasi azan serta rakaman digital.
Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar, khususnya dalam kalangan masyarakat yang pernah menimba ilmu serta mendengar alunan azannya yang menyentuh jiwa.
Menurut kenalan dan anak murid, Allahyarham merupakan seorang insan yang sangat baik, rendah diri serta tidak lokek berkongsi ilmu, khususnya dalam bidang berkaitan azan dan ibadah.
“Beliau banyak mengajar dan berkongsi ilmu. Semoga segala amal jariah yang disampaikan menjadi pahala berterusan buat Allahyarham,” kata seorang individu yang pernah berguru dengannya.
Difahamkan, suara Allahyarham pernah menjadi rujukan dan inspirasi kepada ramai bilal serta individu yang ingin memperbaiki bacaan azan mereka.
Orang ramai turut menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.
Ziarah raya ke rumah Pak Cik Rahman di Kampung Lintang, Petra Jaya, Kuching.
Pernah menjadi rumah pilihan radio ERA Sarawak 3 tahun yang lalu dan sehingga kini menjadi perhatian semua orang apabila tiba musim lebaran ini.
Selamat Hari Lahir Mak-16 Mac....
Semoga Mak sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan Mak.
10 malam terakhir di bulan Ramadan ini didoakan agar Mak diampunkan segala dosa dan dikurniakan Syurga untuk Mak.