Ramai orang silap faham pasal Hari Arafah.
Mereka ingat persediaan cuma perlu dibuat pada pagi hari kejadian. Akhirnya, 3 jam pertama habis melopong sebab tak tahu nak mula zikir atau doa apa dulu.
Satu thread ringkas macam mana nak "secure" 15 jam terbaik tahun ni. 👇
Puasa Hari Arafah ni satu 'deal' yang terlampau besar. Lapar dan dahaga sehari jer, tapi Allah padam dosa kita untuk 2 tahun. Sediakan niat awal-awal supaya pagi tu kita tak ada rasa ragu-ragu nak bangun.
Tolong tulis "Dua List" korang malam ni juga. Jangan bajet ingatan kita kuat. Bila tengah nangis depan sejadah nanti, otak automatik jadi kosong. Bila ada nota fizikal, barulah semua hajat dunia akhirat kita dapat sebut satu-satu.
Waktu paling kritikal ialah antara Asar ke Maghrib. Ini waktu kemuncak. Letak telefon dalam laci, tutup segala notifikasi. Angkat tangan dan boraklah dengan Allah seolah-olah ini peluang terakhir kita hidup.
Sedar atau tidak, sekarang kita sedang melalui 1–10 Zulhijah iaitu hari-hari terbaik dalam Islam. Hari ini sudah masuk hari ke-6 Zulhijah.
Info tambahan:
• 9 Zulhijah (Arafah) = Hari terbaik
• Malam 21–30 Ramadan = Malam-malam terbaik
• Lailatul Qadar = Malam terbaik
• Ramadan = Bulan terbaik
• Jumaat = Penghulu segala hari
Jangan lepaskan peluang gandakan amal.
Kalau ada instinct orang tu tengah tak okay: Jangan tanya “okay tak”. Ajak lepak & dengar. Dengar & tanya soalan. Tanya soalan & paham. Jangan tanya untuk menghakimi.