KONON PERGI KURSUS TAPI BAWA JANDA KE BATU PAHAT
Penguatkuasa JAINJ membuat pemeriksaan dan tangkapan di sebuah bilik hotel di Batu Pahat jam 12.00 malam.
Lelaki berumur 50-an, seorang pegawai, sudah ada isteri dan anak-anak. Wanita pula berstatus janda muda 30-an dan tiada anak, kerja di syarikat swasta.
Mereka datang dari sebuah negeri yang jaraknya lebih 100 km sempena cuti hujung minggu. Lelaki mengatakan pada isteri yang dia ada kursus di Batu Pahat. Isteri pula tak ada syak apa-apa, kerana majikan selalu hantar suami dia kursus luar.
Lelaki dan wanita ini sudah lama berkawan dan berhubungan tanpa dihidu oleh isteri.
Hubungan mereka tidak kantoi kerana masing masing menjaga pantang larang dan kod etika. Antaranya amalan, lepas post jangan lupa delete. Kalau nak rakam pun jangan simpan lama-lama. Dah puas tengok, cepat-cepat delete.
Nombor telefon perempuan kena tukar nama lelaki. Contohnya kalau perempuan tu nama Azizah, letak nama Aziz Bengkel Kereta. Kalau nama Salmah, letaklah nama whatap, Salim Tukang Gunting.
Wanita pula sedar diri yang dia sudah terpaut hati dengan lelaki berstatus suami. Dia idamkan bila waktunya lelaki itu meminangnya dengan lafaz bismillah cinta. Nak jatuh cinta dgn lelaki bujang memang susah sangat terutama yang kewangannya tak kukuh dan poket selalu bobos.
Panggilan telefon pula jangan sesekali kecuali lelaki yang telefon. Berwhatap pun ada waktunya yang sesuai seperti waktu kerja dan masa line clear saja kat rumah.
Kena banyak buang sifat cemburu walaupun cemburu itu menghiris jiwa. Memang lelaki itu tak boleh tumpu kepada dia kerana ada komitmen lain.
Lebih menyakitkan hati kalau lelaki itu dah janji nak jumpa, tiba-tiba isteri dia suruh beli telur dan Milo pula di Speedmart. Hilang mood hari tu, terasa macam isteri dia macam tau-tau saja.
Yang penting lelaki ini gaji dah lebih 10k sebab dah lama kerja dan dah gred 52.
Lelaki dan wanita ini duduk di daerah yang sama. Pertemuan di daerah sendiri itu kena elakkan atau rancang strategi betul-betul kalau nak jumpa. Makan berdua di kedai memang tidaklah sebab ramai orang kenal. Tapi kalau keluar daerah, mereka bebas sebab orang ingat mereka suami isteri.
Lelaki ada juga cita-cita nak nikah senyap-senyap sampai minat tengok TikTok agen nikah Siam. Biasalah cita-cita macam tu, sebab dia lelaki normal. Kalau stim tengok lembu itu dah tak normal.
Tersenyum kalau dengar orang berbual kata, minta maaf itu lebih baik dari minta izin. Cakap memang senang tapi nak hadap bini dia bukan mudah.
Sampai ada penceramah Agama Indonesia itu kata, isteri-isteri ini ahli sejarah. Kalau dia bercerita dengan suami tu, semua sejarah silam diceritakan semula. Sampai cerita laki pecahkan pasu bunga 20 tahun dulu pun dia ingat satu persatu. Cerita pernah suami tewas sebelum tamat berjuang pun dia boleh cerita juga.
Semasa ahli sejarah berbicara, kalau dalam kereta tu, kuat-kuatkanlah lagi radio. Cuma masalah besar kalau radio tiba-tiba tak keluar suara. Maka cepat-cepatlah berhenti pam tayar kereta.
Apabila ditanya kenapa memilih Batu Pahat sebagai destinasi untuk aksi meraung sambil meramas cadar, lelaki ini jawab, dia tertarik dengan makanan di sini. Agaknya makanan apa tu? Nasi Pakistan lamb shank merah yang orang selalu tengok kat fb dan TikTok pun sedap.
Lagi satu, Nasi kambing 40 Hari di sebelah lebuhraya tu. Jangan bebel kalau kena beratur panjang dan penuh sesak kerana kedai tak pernah lengang.
Diringkaskan cerita, pasangan ini ditangkap khalwat di bawah seksyen 27 yang boleh membawa hukuman denda sehingga 3 ribu ringgit atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang
Di mana saja, kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh
Namun hati tetap padamu
Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada, ku tetap setia
Hanya, dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai, dalam syurga
(Ezad Exist)
Kredit ➡️ Penguatkuasa JAINJ 2025