DOA BANYAK BANYAK GAIS
MALAYSIA SEDANG DISERANG SECARA SIBER
SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN SEMUA PAHLAWAN SIBER NEGARA
AGENSI KESELAMATAN SIBER NEGARA NACSA SEDANG BERJUANG
🌫️ 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐆𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐈𝐒 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔
Jerebu bukan sekadar menjejaskan kualiti udara, malah boleh mengancam kesihatan dan keselamatan kita, terutamanya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, wanita hamil serta individu yang mempunyai penyakit pernafasan dan jantung.
📊 KETAHUI TINDAKAN MENGIKUT BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
🟢 IPU 0–100 | BAIK–SEDERHANA
Teruskan aktiviti harian seperti biasa.
🟠 IPU 101–200 | TIDAK SIHAT
Kurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan, hentikan aktiviti kokurikulum dan aktiviti fizikal luar bangunan di institusi berkaitan serta gunakan pelitup muka N95 apabila berada di luar bangunan.
🔴 IPU MELEBIHI 200 | SANGAT TIDAK SIHAT
Hentikan aktiviti luar bangunan dan perhimpunan awam. Penutupan institusi pendidikan, taska dan sekolah dilaksanakan mengikut arahan pihak berkuasa.
⚠️ Jangan pandang ringan ancaman jerebu! Pantau bacaan IPU semasa, patuhi arahan pihak berkuasa dan ambil langkah pencegahan bagi melindungi diri serta orang tersayang.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Salam 🇲🇾 Madani 🌹
Situasi kualiti udara semasa menuntut kita semua untuk lebih berwaspada dan mematuhi arahan yang dikeluarkan ini!
Kesihatan diri dan keluarga wajib sentiasa menjadi keutamaan kita bersama.
Susulan kenyataan media @KKMPutrajaya mengenai pematuhan situasi jerebu, saya menggesa rakyat Malaysia mengambil langkah pencegahan proaktif ini:
📍 Kurangkan Aktiviti Luar: Hadkan aktiviti fizikal berat di luar rumah, terutamanya di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Tidak Sihat.
📍 Pakai Pelitup Muka: Gunakan pelitup muka yang bersesuaian sekiranya terpaksa berada di ruang terbuka.
📍 Minum Air Secukupnya: Kekal terhidrat dengan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari.
📍 Lindungi Golongan Berisiko: Kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung, serta pesakit asma/jantung perlu lebih berhati-hati dan sentiasa sediakan ubat-ubatan secukupnya.
Kekal peka dengan menyemak garis panduan bacaan IPU semasa oleh Jabatan Alam Sekitar. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika mengalami batuk berlarutan, pedih mata, atau sesak nafas.
Kesihatan kita, tanggungjawab bersama. ✊🤝🤝✊
Stay safe and take care everyone!
💖🇲🇾🇲🇾💖
#JEREBU
#KKMPrihatin #MalaysiaMADANI #KesihatanAwa
💊 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Sambutan Hari Farmasi Sedunia menjadi wadah untuk menghargai sumbangan dan peranan penting ahli farmasi dalam memastikan penggunaan ubat yang selamat, berkualiti dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat.
Terima kasih atas dedikasi dan komitmen warga farmasi dalam memperkasakan kesihatan rakyat ❤️
Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Selangor will close schools, kindergartens and childcare centres if API readings exceed 200.
The state government has banned open burning, stressing that stern action will be taken against offenders.
As of 8am, at least six areas recorded unhealthy API readings, with Johan Setia the highest at 184, followed by Shah Alam, Klang and Banting.
📷 : AFP
🧵1
𝐊𝐑𝐈𝐒𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋: 𝐀𝐏𝐀 𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍?
Kenaikan harga minyak dunia akibat krisis bekalan global bukan sahaja memberi kesan kepada sektor tenaga, malah turut memberi tekanan kepada kos kehidupan rakyat.
Apabila harga bahan api meningkat, kos pengangkutan untuk menghantar barangan ke seluruh negara juga bertambah. Dalam masa sama, sektor pertanian dan industri makanan turut berdepan peningkatan kos operasi termasuk penggunaan jentera, baja, logistik dan pengeluaran.
Kesan rantaian ini akhirnya mempengaruhi harga makanan dan barangan harian di pasaran.
Golongan isi rumah serta peniaga kecil antara yang paling terkesan apabila kuasa beli semakin terhad dan pengurusan kewangan harian menjadi lebih mencabar.
Kerajaan terus komited melaksanakan pendekatan yang berhemah, bersasar dan responsif bagi mengurangkan beban rakyat, di samping memastikan kestabilan harga serta bekalan keperluan asas negara sentiasa terjamin.
#JabatanPerdanaMenteri
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
@shamsulazribakr@MalaysiaPMO
Awas semua, ini adalah salah satu taktik licik yang sering digunakan oleh scammer.
Kisahnya bermula apabila tiba-tiba pada waktu Maghrib 13 hari bulan, akaun bank saya dimasuki wang sebanyak RM40,000.
Sudah tentu sesiapa sahaja akan gelabah apabila melihat jumlah sebanyak itu.
Walaupun diselubungi rasa risau, saya cuba bertenang dan terus membuat semakan dengan ChatGPT mengenai transaksi bertanda 'HSE' tersebut.
Melalui maklum balas yang diberikan, saya terus mendapat tahu bahawa itu sebenarnya merupakan modus operandi penipuan.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki tidak dikenali menghubungi saya melalui aplikasi WhatsApp.
Dia meminta saya menghantar gambar tangkapan skrin baki akaun dan mendesak supaya wang tersebut dipindahkan semula kepadanya.
Tindakan itu amat tidak masuk akal kerana wang sebanyak RM40,000 bukanlah satu jumlah yang kecil untuk dipindahkan begitu sahaja.
Lebih melucukan, dia sempat mengarahkan saya untuk menunggu arahan seterusnya sehingga jam 11 pagi keesokan harinya.
Sebagai salah seorang pengikut setia Rahmat Fitri yang merupakan Duta Anti-Scam, saya sudah tahu tindakan bijak yang perlu diambil.
Awal-awal pagi lagi saya terus ke cawangan CIMB Bank untuk menyemak sumber transaksi tersebut.
Hasil semakan mendapati wang itu dimasukkan menggunakan cek palsu yang statusnya masih terapung.
Kami kemudiannya menunggu sehingga jam 3 petang dan seperti yang dijangka, status cek tersebut akhirnya ditukar kepada gagal atau dipulangkan semula oleh pihak bank.
Pengajaran penting daripada kisah ini, jika akaun anda dimasuki wang secara tiba-tiba, langkah terbaik untuk menyelamatkan diri daripada dituduh sebagai keldai akaun adalah dengan membuat laporan polis atau cover report dengan segera.
Kes ini sangat serius kerana ada individu yang rapat dengan saya pernah ditahan di lokap selama tiga hari gara-gara akaun banknya dibekukan selepas disalahgunakan oleh pihak lain.
Oleh itu, jika anda menerima wang yang mencurigakan, tolong jangan guna dan jangan lakukan sebarang transaksi pemindahan kerana wang tersebut jelas sekali bukan milik kita.
Kredit : Iyaeyzia
Lupus adalah penyakit auto-imun. Ini bermaksud sistem imun badan akan menyerang tisu atau organ dalam badan sendiri walaupun organ dan tisu ini tidak berbahaya.
Gejala yang terjadi bersama penyakit lupus ini boleh dikaitkan dengan organ-organ dalam badan kerana ia boleh menyerang pelbagai organ.
Walaupun penyakit lupus masih belum mempunyai rawatan khusus, namun demikian gejala-gejala penyakit ini boleh dirawat dan dikurangkan dengan ubat yang diambil atas arahan serta nasihat doktor.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
📷 AWAS MAKLUMAT PALSU
Tular grafik harga minyak yang tidak sahih.
📷 Angka yang dikongsikan adalah PALSU
📷 Rujuk harga rasmi bagi tempoh 26 Mac �� 1 April 2026
📷 Harga sebenar seliter:
• RON97: RM5.15
• RON95 (tanpa subsidi): RM3.87
• RON95 (BUDI95): RM1.99
✴️GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut.
Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
TERKINI
RAKYAT MALAYSIA BERSIAP SEDIA
Keadaan kewangan Malaysia ketika ini cukup untuk Malaysia kekalkan Subsidi minyak RON 95 sebanyak RM 1.99 seliter selama 2 Bulan maklum PM Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ini susulan kenaikan harga minyak mendadak kerana Perang US Iran dan penutupan Selat Hormuz