Berhati-hati dan waspada dengan orang begini. Dia yang menyakiti tapi berlagak dan bercerita seolah-olah dialah yang disakiti.
Orang lain pula yang dikata jahat, diburuk-burukan dan paling red flags 🚩🚩 dia boleh berbuat apa sahaja agar nampak orang lain yang bersalah.
Thread
Ingat ni sampai bila-bila,
"Manusia takkan ada untuk kita sepanjang masa.
Tapi Allah sentiasa ada untuk kita tiap masa."
Jangan terlalu berharap pada manusia,
tetapi berharaplah pada Allah.
Kata Imam Ibn al-Qayyim, ada dua punca kenapa seseorang selalu sedih, resah & gelisah:
الرغبة في الدنيا والحرص عليها
Sangat menginginkan kenikmatan dunia dan berusaha keras untuk mencapainya.
التقصير في أعمال البر والطاعة
Sangat kurang amal kebaikan dan ketaatan kepada Allah.
Menurut Imam al-Ghazali, lelaki kena ada 4 hal “lebih” dari wanita yang ingin dia nikahi, jika tidak dia mudah diremehkan/dipandang rendah.
1. Lebih tua dari isteri.
2. Lebih tinggi dari isteri.
3. Lebih berharta dari isteri.
4. Keturunannya lebih baik.
[Ihya’ Ulumiddin 3/103]
Bila dah masuk umur 30++ no, lain betul rasanya badan bila nak comparekan dengan 10 tahun lepas
.
Umur 20 laju je nak lari
Umur 30 laju je nak baring dekat katil.
.
Umur 20 slow je nak naik kalau lebih makan
Umur 30, makan biasa biasa pun naik beratnya.
.
Umur 20 jogging 5 10 km takde hal lah
Umur 30......start kereta pun pikir 2 3 kali....
.
Lain macam betul badan ni bila dah masuk umur 3 series.
.
Ada tips Dari senior macam mana nak jaga badan bila dah masuk 3 series?
.
Masa umur 20, takde tips pun takpe....
Proton X90 dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
4 varian, harga bermula dari:
-RM123,800 (Standard)
-RM130,800 (Executive)
-RM144,800 (Premium)
-RM152,800 (Flagship)
Walau apa jua pekerjaan anda, bersyukurlah kerana kita masih ada punca rezeki dan kudrat untuk mengerjakannya.
Jangan lepas mulut sangat dengan rakan2 atau keluarga yang masih menganggur. Ia boleh jadi tekanan perasaan buat mereka. Doakan mereka.
Selamat Hari Pekerja.
Merawat Hati Dengan Sifat Redha
Setiap kita akan diuji dengan pelbagai ujian. Namun kita diajar agar bersabar serta memiliki sifat redha dengan sebarang ujian yang kita hadapi.
Yakin dan percayalah bahawa ujian yang menimpa kita bukan sia-sia. Pasti ada hikmah yang kita tidak ketahui.
Dalam menghadapi ujian, kita perlu banyak bersabar dan redha. Firman Allah SWT:
جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ
Maksudnya: Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) dengan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. (Surah al-Bayyinah ayat: 8)
Kita perlu merawat hati agar memiliki sifat redha antaranya melalui:
1. Perbanyakkan zikrullah
2. Tingkatkan ibadat-ibadat sunat.
3. Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT.
4. Sentiasa melazimi majlis ilmu dan pertingkatkan kefahaman agama.
5. Sucikan hati daripada segala sangka buruk atau kejahatan yang membelenggu.
6. Bergaul dengan orang-orang sekeliling yang baik dan soleh.
7. Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai
Tanpa rasa sakit, kita tak akan
pernah belajar menjadi kuat.
Tanpa rasa kecewa, kita tak akan
pernah belajar menjadi dewasa.
Dan tanpa rasa kehilangan, kita tak
akan pernah belajar erti menghargai.