Hampir 2 jam saya & Bella “berguru” bab perkahwinan dengan Dato’ Seri Dr Wan Azizah. 😂❤️
Kalau nak cari orang paling layak beri nasihat tentang rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan, susah nak lawan beliau.
Beliau memahami selok-belok dunia politik.
Beliau tahu besarnya pengorbanan seorang isteri dan seorang ibu.
Diuji berkali-kali, dalam keadaan yang bukan mudah, tetapi tetap teguh dan setia bersama keluarga.
Sebab itu bagi saya, beliau ialah “Malaysia’s Compassionate Iron Lady.”
Saya sendiri pernah mendapat penghormatan berkhidmat bersama beliau dalam Kabinet. Satu penghormatan dan keistimewaan yang saya akan sentiasa hargai.
Kali ini datang bukan untuk mesyuarat Kabinet… tapi saya & Bella datang bawa kad kahwin. 😂💍
Terima kasih Dato’ Seri atas hampir 2 jam nasihat, cerita dan pesanan untuk kami berdua.
Insya-Allah, nasihat itu kami bawa masuk ke alam perkahwinan. ❤️