Seorang penyanyi rap tempatan ditahan bersama dua rakannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Laos selepas disyaki cuba menyeludup 86 kilogram ganja ke Jerman.
Kesemua suspek ditahan pada 27 Mei lalu selepas pemeriksaan ke atas enam beg pakaian menemui 103 bungkusan ganja yang disembunyikan dalam bagasi mereka.
Awak di lane paling kanan.
Tiba-tiba awak nampak banyak kereta yang memotong awak dari lane sebelah kiri.
Itu maksudnya awak perlahan.
Dan sedang dipotong.
Jadi awak tak boleh terus berada di lane paling kanan, berpindahlah ke lane kiri.
Jadilah manusia yang ada common sense
Habislaaa scammer-scammer kat Malaysia nak buat kerja lepas ni, tak boleh call nombor yang pakai iPhone 14PM ke atas. ๐
Detect nama, details caller dulu sebelum kita jawab call.
Tuju tepat ke jantung, that alone is an act fully knowing that it can cause death. S307 please, 6 lawan 1 boleh lah. Yang kurus keding tu tak padan macam cicak nak belasah orang.
Penguat Kuasa MBI Ditumbuk Ketika Operasi, Polis Siasat Insiden Kekecohan di Restoran Menglembu
IPOH, 17 April 2025 โ Seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dilaporkan ditumbuk ketika menjalankan operasi sitaan terhadap sebuah restoran di Taman Rasi Jaya, Menglembu, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 6.43 petang daripada anggota penguat kuasa MBI berusia 40 tahun yang mendakwa menjadi mangsa serangan semasa menjalankan tugas rasmi.
Menurut siasatan awal, kekecohan berlaku apabila seorang pekerja restoran tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan menyita kerusi dan meja premis susulan aduan daripada Jabatan Kesihatan MBI.
โSuspek telah mengeluarkan kata-kata kesat serta cuba menghalang operasi, sebelum berlaku insiden tumbukan terhadap salah seorang anggota penguat kuasa,โ katanya dalam kenyataan malam tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 353 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.
Pihak polis turut mengambil keterangan beberapa saksi dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Sheikh Fateeha Iman di talian 010-2908095 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Insiden yang tular di media sosial itu mencetuskan pelbagai reaksi, dengan beberapa video memaparkan detik kekecohan turut dimuat naik pengguna internet.
Sementara itu, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Wong Kar Keat memaklumkan satu sesi pertemuan akan diadakan antara Ahli Majlis MBI, ADUN kawasan, Jabatan Penguat kuasa dan pemilik restoran untuk memberi penjelasan lanjut.
Beliau juga menasihati semua pihak agar tidak mempolitikkan insiden ini atau mengaitkannya dengan sentimen perkauman. - MYNEWSHUB