Wadah baru untuk rakyat Johor sebagai pembangkang yang profesional dan bekerja untuk rakyat.
Tolak calon² dari parti² dinosour yang jelas gagal melaksanakan manifesto² pada PRN lepas.
BERSAMA hadir dengan AkuJanji dari rakyat untuk rakyat.
Ayuh Johor!!!
Ayuh BERSAMA!!!
Tolong sebarkan mesej ini seramai mungkin.
Kami merayu kepada seluruh rakyat Johor, khususnya lebih 1.4 juta pengundi yang tidak keluar mengundi pada PRN Johor 2022, agar bangkit menunaikan tanggungjawab pada PRN Johor 2026.
Setiap undi anda mampu menentukan masa depan Johor. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan bagi pihak anda.
Keluarlah mengundi dan berikan sokongan kepada Bersama Malaysia di 15 kerusi DUN yang ditandingi.
Suara anda. Undi anda. Masa depan Johor di tangan anda.
𝗞𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮
30 𝘑𝘶𝘯 2026
𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲: 𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗞𝗨𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 sedia maklum bahawa kami hanya bertanding di 15 kerusi DUN dalam Pilihanraya Negeri Johor kali ini.
Bukan sahaja 15 kerusi ini tidak cukup untuk membentuk kerajaan negeri, 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 juga realistik bahawa peluang untuk memenangi kesemua 15 kerusi adalah sukar mengambil kira usia 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 yang baru 44 hari.
Oleh itu, adalah lebih baik 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 menumpukan kepada tawaran untuk berkhidmat kepada penduduk Johor yang melangkaui pilihanraya kali ini dan bukannya sebuah manifesto, seperti lazimnya dalam sesebuah pilihanraya.
15 calon 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 menawarkan 𝗔𝗸𝘂𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗞𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 kepada pengundi-pengundi Johor dalam pilihanraya kali ini, yang berteraskan kepada lima akujanji:
1. Menjadi saluran suara rakyat
2. Menjadi pembangkang yang konstruktif
3. Memperjuangkan hak perumahan rakyat
4. Memperjuangkan sistem pengangkutan awam bersepadu
5. Menjadi pemeriksa dan semak imbang kepada prestasi perbelanjaan dan kecekapan kerajaan negeri
Huraian lanjut mengenai lima akujanji ini disertakan di dalam 𝗔𝗸𝘂𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗞𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁.
Dokumen 𝗔𝗸𝘂𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗞𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 boleh diakses di sini:
https://t.co/g5RpycO2GO
Bidang-bidang seperti hak perumahan rakyat dan hal ehwal hartanah, sistem pengangkutan awam, perbelanjaan dan kecekapan pentadbiran adalah perkara-perkara di bawah kerajaan negeri.
𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 berharap tawaran 𝗔𝗸𝘂𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗞𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 seperti ini lebih mencerminkan keikhlasan dan diterima oleh pengundi-pengundi, sesuai dengan hasrat 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 untuk mewakili pengundi sebagai pembangkang yang berfungsi dan bermutu di Dewan Undangan Negeri Johor.
𝟯𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲
Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
𝗡𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗭𝗠𝗜 𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗
Abd Hamid Bin Ali | N.29 - MAHKOTA
Berusia 55 tahun, Hamid ialah seorang penggiat masyarakat yang tidak asing di sekitar Kluang. Pemegang Diploma Perakaunan dari Politeknik Ungku Omar, Hamid mempunyai pengalaman selama 27 tahun dalam sektor swasta sebagai pegawai perakaunan, pemasaran dan pengurusan sebelum berkecimpung dalam aktiviti masyarakat.
Jawatan terakhir beliau di sektor swasta ialah sebagai Pengurus Pemasaran dan Pentadbiran di PT Sumber Energi Alam Lestari, sebuah syarikat yang mengendalikan perlombongan arang batu di Kalimantan Tengah, Indonesia.
Selepas bersara dari sektor swasta, antara tahun 2018 hingga 2022, beliau menjadi pegawai khas kepada Allahyarham ADUN Mahkota pada ketika itu dan banyak berurusan dengan penduduk di sekitar Mahkota. Selain itu, Hamid juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Gerak Mesra Mahkota, sebuah NGO kemasyarakatan setempat.
Alhamdulillah.
Dapat kerja sambilan/shooting baru lagi.
Saya sumbangkan terus RM115,000 ke Muar.
Beli 1000 bakul Makanan & 30 Laptop❤️
Pagi sampai Petang di Parlimen, malam teruskan kerja sambilan.
Semasa acara Jelajah Kancil BERSAMA Rakyat yang diadakan di Perak (di Miker Avenue, Ipoh), YB Rafizi Ramli membincangkan konsep penggunaan struktur mendatar (flat structure) dalam parti baharu yang dipimpinnya, Parti Bersama Malaysia (Bersama).
Membongkar Sistem "Warlord" Tradisional.
Memperkasa Akar Umbi dan Rakyat Biasa.
Menyesuaikan Diri dengan Realiti Politik Moden.
Portfolio asas mungkin seperti berikut (hanya penilaian saya sendiri dan bukan datang daripada kepimpinan tertinggi Parti Bersama Malaysia).
Portfolio Anggota Biasa & Sukarelawan (Akar Umbi Luas)
Portfolio Bengkel Dasar Ekonomi (Hos / Pemudah Cara)
Portfolio Kempen Isu Tempatan (Contoh: Ipoh, Perak)
Portfolio Digital & Media Sosial
Pasukan Jelajah Kancil Bersama (Mobilisasi)
Portfolio Bengkel Teknikal & Latihan
Bagaimana Struktur Ini Menghapuskan "Sistem Warlord"?
Tiada Pemusatan Kuasa Wilayah: Tiada jawatan seperti "Ketua Bahagian Ipoh Barat" yang boleh menyekat atau mengawal ahli di kawasan tersebut. Kuasa diagihkan berdasarkan kepakaran dan portfolio, bukannya kawasan geografi atau senioriti.
Akauntabiliti Telus: Jika sesuatu portfolio (contohnya, Kempen Isu Tempatan) gagal berfungsi, ahli-ahli dalam portfolio tersebut boleh melantik penyelaras baharu dengan cepat tanpa perlu menunggu pemilihan parti tiga tahun sekali yang penuh dengan politik wang.
Komunikasi Garis Putus-Putus (Dotted Lines): Garis putus-putus dalam simulasi visual menunjukkan bahawa aliran maklumat dan arahan adalah dua hala, fleksibel dan tidak mengikat. Majlis Eksekutif mendengar input data daripada portfolio isu tempatan, manakala portfolio isu tempatan menggunakan alat digital daripada pasukan pusat untuk bergerak.
Kelemahan utama ialah sifat manusia yang gila kuasa dan mahu menjadi kaya melalui politik.
Pendapat peribadi pemungut sampah dari Kg Springfield.