Kepada ahli Bersama.
1. Jangan terlalu biadap di media sosial. Kita cuba bawa politik baru. Fokus perkenalkan parti dari menyerang PKR secara keterlaluan.
2. Jangan pandai-pandai mengaku penaja Negeri mahupun Bahagian. Telah dinyatakan tidak ada Bahagian dan Negeri hanya akan dimaklumkan oleh Pusat. Bukan lantik diri sendiri.
3. Jangan pandai-pandai kutip sumbangan. Jika ada yang ingin menyumbang boleh beri terus link https://t.co/PUKTieTdIX.
4. Follow direction Pusat melalui page rasmi dan jika ada yang buat infografik sendiri pastikan tidak lari dari maksud asal.
Kalau tiada disiplin bermakna kamu tidak sesuai di Bersama. Bersama bukan tempat buat oportunis tetapi mereka yang benar2 inginkan perubahan dalam politik tanah air.
Dear football,
Today, I want to share with you that this season will be my last as a professional footballer. After so many years living my dream, I feel it’s time to start a new chapter in my life.
Being honest, even though I have been preparing myself for this moment, I found it hard to write this letter. After 20 seasons , many people have played an important role in my career.
When I first kicked a ball as a child in Pamplona with my schoolmates, I never imagined the amazing journey ahead. I’m grateful for every moment: the wins, the tough losses, the challenges, and most of all, the people I’ve met and the friendships I’ve made along the way.
To my teammates, coaches, and every staff member at all the clubs I’ve been lucky to be part of, thank you for helping me grow as a person and a player every day. Wearing the shirts of CA Osasuna, Olympique Marseille, Chelsea FC, Atlético de Madrid, Sevilla FC, and representing my country at the biggest stages has been a true privilege. Every moment has meant so much to me…
Ramai ingat bila 14 ADUN UMNO tarik sokongan di Negeri Sembilan, itu tanda UMNO kuat.
Tidak semestinya.
Dalam politik, jangan kira jumlah sahaja. Kena kira saluran, margin, dan siapa undi siapa. Perlu juga lihat pengundi mana yang selama ini membantu UMNO menang walaupun sebahagian pengundi tradisi sudah beralih ke PN.
Di Negeri Sembilan, banyak kerusi UMNO dimenangi dengan majoriti tipis. Ada yang menang hanya ratusan undi. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan pengundi PH tidak lagi membantu, keputusan boleh berubah dengan cepat.
Sebab itu sebelum buat langkah besar, semak dahulu nombor.
Lebih besar daripada itu, langkah ini bukan sahaja memberi kesan kepada Negeri Sembilan. Ia mengingatkan semula rakyat kepada pendekatan lama UMNO seperti tarik sokongan dan gerakan senyap, kemudian berundur apabila berdepan tekanan.
Tambah pula Tok Mat sendiri berada dalam kumpulan 14 ADUN itu. Jika Timbalan Presiden UMNO tahu dan bersetuju, adakah perkara ini dibincangkan dengan Presiden UMNO?
Jika tidak dibincangkan, itu pelik. Jika dibincangkan, lebih pelik kerana Zahid menyatakan UMNO pusat tidak tahu-menahu.
Inilah masalah apabila politik dibuat terlalu tergesa-gesa.
Nampak seperti satu langkah, tetapi boleh jadi tembakan pramatang.
Tonton kupasan penuh krisis politik Negeri Sembilan di Podcast YBM Episod 46:
https://t.co/WQd9R2UsTt
Nak labur hartanah dengan modal yang lebih kecil?
Boleh cuba labur di Real Estate Investment Trust (REIT) yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Patuh syariah:
KLCC - Petronas Twin Towers
AXREIT - Industrial
ALAQAR - KPJ
ALSREIT - Retail & commercial
AME REIT - Industrial
Saya pernah lalui fasa hidup yang rasa sempit.
Seperti orang lain, saya baca surah al-Waqi'ah untuk murah rezeki.
Tapi masa baca surah ini, saya terjumpa tiga soalan yang Allah SWT tanya dan soalan ini jadikan saya rasa tidak selesa untuk menjawabnya.
1. Limit subsidi kepada 150L sebulan.
2. Instead of bagi minyak rm1.99 dekat pump, bagi cash transfer untuk cover 150L subsidi quota. Rakyat akan kurang berjalan sebab dorang boleh jimat duit tu dan guna duit tu pada benda2 penting yang naik harga.
'Najib, aku umur 30 tahun berapa jumlah simpanan yang sepatutnya aku ada untuk persaraan?''
EPF keluarkan saving quantum sebagai panduan. Contoh 30 tahun:
Simpanan asas (minimum): RM38000
Simpanan mencukupi (adequate): RM47500
Simpanan tinggi (enhanced): RM85400
𝗝𝗔𝗠𝗘𝗦 𝗖𝗛𝗔𝗜, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗠𝗘𝗦 𝗕𝗢𝗡𝗗
Cerita-cerita yang keluar dari SPRM kebelakangan ini seperti episod-episod K-Pop.
Sejak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dituduh terpalit dengan pelanggaran peraturan kepemilikan saham dan pendedahan hubungan mesra SPRM dengan mafia korporat oleh Bloomberg, saban beberapa hari kita akan didedahkan dengan episod terbaru yang banyak plot twist.
Cuma daya khayalan kita tak pernah sampai ke plot twist episod terkini, iaitu kemunculan watak James Chai ala James Bond yang keluar dari Azam Baki.
Penulis skrip di belakang tabir patut diberikan duit raya yang lebih tahun ini. Skrip ini mungkin boleh kita pitch kepada Netflix, satu hari nanti jadi siri hebat yang ditonton di seluruh dunia.
Ikut naratif yang sedang dibangunkan pencatur-pencatur, James Chai ini adalah seorang anak Cina yang licik sehingga berjaya memperdaya keseluruhan kerajaan di dalam satu skandal penyelewengan berjumlah RM1.1 bilion.
Bukan sahaja Amir Hamzah, seorang bekas CEO terpedaya, tokoh perbankan Malaysia yang banyak connection, Tengku Zafrul pun terpedaya.
Kalau saya seorang sahaja yang terpedaya, kita boleh terima lagi. Menteri-menteri yang hebat-hebat seperti Gobind Singh Deo, Zambry Abdul Kadir dan Fahmi Fadzil pun turut terpedaya.
Hebatnya James Chai ini, bukan sahaja menteri-menteri terpedaya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tokoh tersohor dunia juga terpedaya dengannya.
Sebab itu dia kini diburu SPRM sebagai person-of-interest utama dalam skandal terbesar selepas 1MDB, iaitu penyelewengan sebanyak RM1.1 bilion.
Sejak beberapa minggu lepas, rakyat terpaku dengan cerita skandal ini. Helaian ceritanya diselak satu persatu selang beberapa hari.
Kementerian itu diserbu, Ketua Setiausaha itu disoal siasat. Dokumen itu diambil.
Setiap kali SPRM bergerak, tindak tanduknya menjadi berita besar di paparan skrin media-media perdana.
Tetapi liciknya James Chai ini mengalahkan Jho Low, sehebat James Bond spy ternama itu.
Mana tidaknya, walaupun skandal ini dikatakan melibatkan RM1.1 bilion, sehingga sekarang SPRM tidak dapat menjejaki satu sen pun yang kononnya diselewengkan.
Tidak seperti Jho Low yang harta dan wang seleweng dikesan di parti-parti mewah, akaun sulit, kondominium mewah di London dan New York, kapal layar mewah; setakat ini satu-satunya harta James Chai yang berjaya dikesan ialah sebuah Proton Persona model 2020.
Macam mana dia boleh sembunyikan RM1.1 billion ini sampai tak dapat dikesan?
James Chai juga berbisa dan tidak takut berdepan dengan SPRM, tidak seperti Jho Low.
SPRM sehingga sekarang tidak dapat mengesan Jho Low. Bukan sahaja Jho Low, menantu Tan Sri Muhyiddin pun tak dapat dikesan.
Jadi kita tidak terkejut SPRM tidak dapat mengesan anak Cina selicik James Chai ini. Setelah buntu, SPRM menyiarkan notis dikehendaki untuk mendapat maklumat di mana James Chai ala James Bond ini.
Tapi hebatnya James Chai, tidak seperti Jho Low - dia bantu SPRM untuk cari dia dengan memberikan semua maklumat untuk menghubunginya. Di LinkedIn pun boleh, X pun boleh, di Substack pun boleh (malangnya tak ramai pegawai penyiasat yang biasa membaca di Substack!).
Siapa James Chai ini?
Macam mana anak Cina kurus keding ini berjaya memperdaya dari menteri-menteri hingga ke Perdana Menteri Malaysia yang tersohor itu?
Bagaimana Azam Baki yang berjaya menjejaki dan mengesahkan derma diraja Saudi semasa 1MDB dahulu, tiba-tiba hilang punca dan tak jumpa cari James Chai?
Manusia jenis apa memperdaya seluruh kerajaan dalam skandal penyelewengan RM1.1 billion tetapi hidup papa kedana? Tidak bernafsukah anak Cina ini?
Saya akui jalan ceritanya cukup memukau. Penulis skrip dan pengarahnya mesti berbangga dengan hasil fiksyen ini.
Kali terakhir rakyat Malaysia dihidangkan dengan fiksyen ala James Bond ini ialah semasa 1MDB dahulu. Azam Baki juga terlibat di dalam skripnya masa itu, sebab itulah agaknya jalan ceritanya kali ini sama berpusing-pusing seperti drama derma Saudi dahulu.
Sebelum fiksyen drama derma Saudi 1MDB yang dibintangi Azam Baki, rakyat yang lebih tua pernah digamit satu lagi fiksyen bersimpang siur.
Cuma genre yang lain dan bintang yang lain. Genre ketika itu memaparkan kelucahan melampau dan protagonis pada ketika itu bukan anak Cina kurus keding, tetapi seorang bekas Timbalan Perdana Menteri bernama Anwar Ibrahim.
Fiksyen 1998 itu memaparkan tilam-tilam yang diusung untuk menunjukkan bekas air mani, selain dari pelakon-pelakon tambahan yang langsung tidak kena dengan watak dalam cerita itu. Seorang yang dikatakan tampan, langsung tidak tampan. Seorang yang dikatakan menawan, hanya orang sawan yang kata begitu.
Maka akhirnya, Malaysia melengkapkan satu kitaran.
Kalau fiksyen 1998 menggunakan tilam, fiksyen 2026 memaksa kita menggunakan imaginasi. Bayangkan wang-wang yang dicuri tetapi tidak dapat dibuktikan kecuriannya. Bayangkan pak-pak menteri diperdaya seorang anak Cina kurus keding.
Skripnya berbeza, matlamatnya sama.
Sekiranya kamu berani mengkritik yang berkuasa, aku akan ajar kamu.
Tapi plot twist yang paling besar ialah: Siapa James Chai ini?
James dibesarkan di dalam keluarga biasa, pergi ke sekolah menengah kebangsaan, mendapat 12A1 dalam SPM. Fasih berbahasa Melayu, fasih menulis di dalam bahasa Melayu, duduk di taman perumahan majoriti Melayu.
Namun dia anak Cina, jadi dia tidak mendapat biasiswa. Keluarganya membayar sendiri yuran pengajian undang-undang yang mahal di UK. James membalasnya dengan mendapat tempat pertama keseluruhan di universitinya dalam jurusan undang-undang.
Hasil kecemerlangan itu, James melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana ke Universiti Oxford. Bila balik ke Malaysia dan menduduki peperiksaan CLP (Certificate in Legal Practice), sekali lagi James menduduki tempat pertama di seluruh negara.
Satu hari dalam tahun 2013, James mengetuk pintu saya. Ketika itu saya baru beberapa bulan menjadi Ahli Parlimen.
James mahu menjadi intern saya. Dia tidak pilih ahli parlimen DAP, dia tidak pilih ahli parlimen Cina PKR, dia tidak pilih menteri MCA.
Dia pilih ahli parlimen Melayu dari PKR.
Sebabnya kerana saya dan James berkongsi satu pandangan yang sama. Bahawa manusia ini dilahirkan baik dan kita wajar saling belajar.
Bagi seorang yang berumur 20 tahun pada tahun 2013, selepas keputusan PRU 2013, anak Cina kurus keding ini merasa terpanggil untuk menyumbang membina Malaysia yang saling berkasih sayang, bukan saling bermusuhan.
Bila James ke UK dalam tahun 2015, saya galakkan beliau untuk terus mengambil tahu keadaan di Malaysia. Saya selalu sebut kepada anak-anak muda seperti James bahawa “a life without a higher purpose is a life not worth living”.
James pun termakan kata-kata saya. Dia dan kawan-kawannya menubuhkan Malaysian Progressive UK (MPUK), seperti juga beberapa orang bekas intern saya menubuhkan Malaysian Progressive Australia (MPOZ).
Kumpulan anak muda seperti James inilah yang berdemonstrasi membantah pemenjaraan Anwar Ibrahim kali kedua di London dan Sydney. Mereka juga yang menyertai BERSIH di kota-kota besar di seluruh dunia.
Bila James balik ke Malaysia dalam tahun 2018, dia mahu memberikan 3 tahun usia muda menyumbang kepada reformasi dan membina Malaysia yang baru.
James tidak bekerja di firma besar atau syarikat antarabangsa, James memilih untuk bekerja di INVOKE bersama-sama anak muda lain, sehinggalah tahun 2021.
Saya rasa serba salah untuk mengacau hidup dan kerjayanya apabila saya diberi amanah menjadi Menteri Ekonomi di hujung tahun 2022.
Tetapi berkhidmat untuk negara itu adalah dalam darah daging anak Cina kurus keding bernama James Chai ini. Maka sekali lagi dia mengorbankan kerjayanya untuk berkhidmat di pejabat saya.
Saya tidak rasa James mahu disanjung. Dia datang berkhidmat atas kerelaan sendiri, dia meletak jawatan bersama-sama saya atas kerelaan sendiri.
Tetapi adalah sangat memualkan menjadikan seorang anak Cina yang lebih patriotik berbanding sebahagian besar dari kita, sebagai bola yang boleh disepak-sepak.
Sasarannya bukan James. James hanyalah seorang anak Cina kurus keding yang boleh ditendang-tendang.
Sasarannya ialah saya.
Dan itulah bahagian yang saya paling terkilan.
Dalam senario lain, seorang anak Cina yang jiwa kebangsaannya sangat kuat, sangat cemerlang dalam semua yang dia ceburi, fasih berbahasa Melayu, pelajar terbaik di sekolah kebangsaan, lebih ramai kawan Melayu dari bukan Melayu - James sudah menjadi watak yang dikagumi pimpinan Melayu dalam PKR, UMNO, PAS dan BERSATU.
Malangnya dalam senario sekarang, James dijaja dan diperagakan sebagai watak jahat demi mencipta satu fiksyen politik dekad ini.
Syabas Malaysia!
You wanna know why the James Chai case hits different?
Because this isn't political infighting among elites.
This is the government picking on (to use @JamesJSChai 's own words) a nobody. One of us.
Bring it on.
To all MPs who continue propping up the government, your silence = COMPLICIT with evil.
It's one thing to say you need to keep quiet about the DNAA for Zahid, about the lack of Reformasi, about Anwar being PM/FM, and say this is all necessary compromise.
There is NO EXCUSE for weaponising the state against a regular citizen who served his country.
I hope GE-16 happens sooner rather than later. I'm so sick of this.
My statement on MACC’s public search notice as a wanted man. I’d like to iterate that I’m not Jho Low nor am I in Macau. This is plain and simple using the largesse of the state against a nobody like me. I’m not a politician, tycoon, or an influencer. Read here:
Kenyataan penuh James Chai, mantan pegawai kepada @rafiziramli. Sebarkan! (Bebenang 1/2).
HANYA KERANA ADA KAITAN DENGAN YB RAFIZI RAMLI
Saya bukan Jho Low 2.0: Mengapa Anwar Ibrahim dan Azam Baki menyasarkan seseorang seperti saya
Pada 7 Mac 2015, saya menganjurkan satu protes yang dinamakan “Rise with Justice”. Ketika itu saya merupakan pelajar tahun ketiga jurusan undang-undang di United Kingdom. Saya tidak pernah terbayang bahawa Malaysia akan berani menggunakan seluruh jentera negara untuk mensabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim buat kali kedua secara tidak adil.
Ramai pelajar Malaysia di UK ketika itu tidak berani hadir ke protes tersebut. Namun sebagai pemimpin pelajar bagi Malaysia Progressives United Kingdom, saya tetap meneruskannya kerana saya mahu dunia mengetahui tentang ketidakadilan mendalam yang berlaku dalam negara.
Ramai pemimpin Reformasi selalu bercakap tentang kebangkitan politik mereka pada tahun 1998. Bagi saya, kebangkitan itu berlaku pada 2015.
Apabila Anwar Ibrahim akhirnya menjadi Perdana Menteri pada November 2022, saya menulis sebuah artikel bertajuk “Anwar made me believe in something”. Artikel itu menggambarkan betapa bermaknanya detik tersebut kepada penyokong seperti saya.
Saya teringat kepada ramai penyokong yang sanggup berdepan hujan dan panas, kekasaran polis, gas pemedih mata, kehilangan pekerjaan dan dipulaukan masyarakat — semuanya demi satu idealisme: melihat keadilan ditegakkan. Melihat Anwar dibebaskan dari penjara. Melihat Anwar menjadi pemimpin negara.
Namun pada 4 Mac 2026, Anwar dan Tan Sri Azam Baki kini menyasarkan saya.
Asas siasatan ini adalah dakwaan bahawa terdapat salah guna dana oleh bekas majikan saya, YB Rafizi Ramli, dan bahawa perjanjian yang saya terlibat dengannya diluluskan secara tergesa-gesa.
SPRM telah mengeluarkan notis pencarian awam terhadap saya seolah-olah saya seorang pelarian. Azam Baki juga mengadakan sidang media mengenai perkara ini, memberi gambaran bahawa saya sedang bersembunyi seperti seorang penjenayah.
Hakikatnya, saya tidak bersembunyi.
Fakta dan kronologi sebenar
1. Pada 15 Februari 2023, saya dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas (Dasar) kepada Menteri Ekonomi Malaysia, melapor kepada YB Rafizi Ramli.
2. Pada 22–23 April 2024, Kerajaan Malaysia menganjurkan persidangan teknologi dua hari bernama KL20, yang menampilkan ramai tokoh antarabangsa dan tempatan dalam industri teknologi dan startup.
Ini merupakan antara acara teknologi paling berprofil tinggi pernah dianjurkan di Malaysia:
• Hampir RM1 bilion dana global dilancarkan
• Sekitar 20 firma modal teroka dan pengasas syarikat memutuskan membuka pejabat di Malaysia
• Lebih 10 dasar dan inisiatif baharu diperkenalkan
• Pengumuman taman semikonduktor terbesar di Asia Tenggara
Saya dan rakan-rakan di Kementerian Ekonomi memimpin penganjuran persidangan ini. Arm Limited dijemput sebagai penceramah jemputan dalam sesi semikonduktor.
3. Pada hari pertama KL20, 22 April 2024, pasukan Arm Limited telah dijemput secara tergesa-gesa untuk bertemu Perdana Menteri di pejabatnya. Saya tidak berada dalam pertemuan tersebut.
Namun daripada gambar di Instagram, saya melihat bahawa YB Tengku Zafrul, YB Gobind Singh Deo, YB Zambry Kadir, YB Fahmi Fadzil dan beberapa pegawai kanan kerajaan turut hadir.
Setahu saya, permintaan utama kerajaan adalah supaya Arm Limited membantu aspirasi semikonduktor Malaysia. Disebabkan semangat yang terhasil daripada KL20 dan juga urgensi daripada Perdana Menteri, pihak Arm Limited memberikan cadangan awal bagaimana kerjasama ini boleh dilaksanakan.
4. Selepas pertemuan itu, saya ditugaskan oleh Menteri Ekonomi untuk meneroka peluang kerjasama dengan Arm Limited, kerana saya mengendalikan KL20 dan kebanyakan inisiatif teknologi kementerian.
5. Antara Mei 2024 hingga 5 Mac 2025, saya menghasilkan:
• lebih 20 pembentangan Google Slides
• lebih 10 dokumen Google Docs
• berbincang dengan lebih 100 pihak berkepentingan dalam kerajaan dan industri
Ada orang lihat KWSP sebagai tabung untuk beli baju raya, ada pula orang lihat KWSP sebagai ‘tool’ untuk jana lebih duit.
Video yang bermanfaat, terima kasih kepada tuan video.
Hebat anak Malaysia! Bacaan saudari kita Radhiah Muhammad Syafie mendapat pujian daripada ulama besar bidang al-Quran dan Qiraat zaman kita, Syeikh Dr. Ayman Suwaid hafizahullah.
Kata Syeikh,
ما عندي أي ملاحظة على تلاوتك
“I have no comment on your perfect recitation”
Inilah contoh bacaan yang kemas dari segi pengucapan makhraj, sifat huruf diucapkan dengan benar termasuklah sifat huruf bertemu dengan lainnya seperti idgham, ikhfa' dan selainnya. Panjang pendeknya betul, dengungnya betul serta waqaf dan ibtida' juga tepat.
Syeikh siap endorse lagi sekiranya saudari kita ini mengajar al-Quran agar para muslimah di Malaysia mendapat manfaatnya.
Boleh tonton playlist program Musabaqah Duta al-Qur'an Channel Sad pada halaman YouTube
https://t.co/41FKzyBesH
Mari lah kita sama-sama dengar balik ucapan penggulungan daripada bekas Timbalan Presiden Keadilan YB @rafiziramli ketika Kongress Nasional Keadlian ke-16 dahulu 😊.
Biarlah cytro-cytro Madani ni nak kata apa sekali pun tentang Rafizi di live di X di mana-mana sahaja lah.
Ucapan ini sudah cukup membuktikan siapa itu Rafizi Ramli, dan itulah yang kita kenal dia sehinggalah ke hari ini.
I will always stand by you, and you have my full and unwavering support YB.
Jalan terus.