Selamat hari guru kepada semua yang pernah/tak pernah mengajar diri hamba ini. Kepada yang mengajar erti harapan palsu, tiada selamat hari guru untuk ada
Dulu saya ada kefahaman macam gini juga. Tapi bila sudah belajar lebih banyak lagi, jumpa lebih banyak hadith, saya sekarang yakin kefahaman begini adalah silap.
Ada satu hadith sohih berkenaan Fatimah RH yang mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa dia kepenatan mengurus rumah tangga. Fatimah RH mahu Rasulullah SAW berikan dia pembantu.
Tetapi Rasulullah SAW membalas:
"Jika kamu berdua hendak tidur, ucapkanlah takbir 33 kali, tasbih 33 kali, dan tahmid 33 kali. Maka ini adalah lebih baik daripada seorang pembantu." Hadith Riwayat Muslim.
Rasulullah SAW tidak membalas dengan menegur Ali RA agar menjalankan tanggungjawabnya mengurus rumah.
Seterusnya di dalam hadith yang lain, kita ada didedahkan dengan Rasulullah SAW pulang ke rumah dan tanya isteri baginda ada makanan apa untuk hari ini?
"Hai, Aisyah! Adakah engkau menyediakan makanan? Jawab 'Aisyah: Tidak, ya Rasulullah! Sabda baginda: Kalau begitu aku berpuasa." Hadith Riwayat Muslim.
Bermakna di dalam rumah baginda sendiri, Aisyah RH ummul mukminin kita memasak untuk baginda. Tinggal jika tiada makanan, maka Rasulullah SAW akan memilih untuk berpuasa.
Jika memasak/menyediakan makanan itu tanggungjawab suami, maka Rasulullah SAW pasti takkan bertanya kepada Aisyah RH apakah makanan disediakan olehnya.
Tidak dinafikan di sana wujud hadith-hadith yang menggambarkan Rasulullah SAW bersikap ringan tulang dalam rumah tangga. Rasulullah perah susu kambing sendiri, Rasulullah jahit pakaian sendiri dan seumpamanya.
Itu semua kebaikan baginda yang wajar dicontohi para suami. Tapi tak bermakna tugas-tugas itu menjadi kewajipan suami.
Kewajipan suami adalah mencari & memberikan nafkah. Isteri tidak wajib mencari & memberikan nafkah. Ini menyebabkan lumrahnya isteri yang mengurus hal-hal di rumah, memandangkan suami keluar bekerja.
Zaman sekarang dah berubah. Suami & isteri sama-sama cari duit untuk kelangsungan keluarga. Maka wajarlah tugasan-tugasan rumah itu diperbincangkan sesama suami isteri masing-masing. Apa aturan yang cocok dalam rumah tangga A, mungkin tak cocok dalam rumah tangga B. Setiap rumah tangga ada dinamik masing-masing, yang bila dah ada persetujuan dan kelapangan hati masing-masing, maka okaylah.
Yang selalu jadi tak okay ni bila suka banding-banding rumah tangga sendiri dengan rumah tangga orang lain.
Namun pokoknya, kefahaman bahawa segala tugas rumah itu adalah sebenarnya kewajipan sang suami, isteri hanya wajib lahirkan & susukan anak, taat suami, merupakan kefahaman yang salah.
Kerana jika kefahaman itu betul, kita takkan jumpalah hadith Fatimah RH & hadith Aisyah RH seperti tadi.
Lepas solat fardhu terus rushing nak bangun?
Tak tahu nak berwirid?
Tak pandai doa?
Jangan risau, ni Allah gerakkan hati aku utk gigih kongsi dalam Xjaya. Semoga disebalik kelalaian kita bermain socmed, boleh sama2 belajar cara mendekatkan diri kepada pencipta kita.
Ada 15 gbr