Kita akan sentiasa rasa tidak cukup bila kita selalu tengok orang yang berada lebih tinggi daripada kita, sampai kita lupa nikmat yang kita ada sekarang.
Sebab itu Nabi pesan, "Apabila kamu melihat orang yang diberikan kelebihan berbanding kamu dalam harta dan rupa, lihat pula orang yang berada di bawah kamu."
[Sahih Bukhari 6490]
Berhenti sekejap. Tengok sekeliling. Cuba fikir:
Adakah nikmat yang kurang, atau sebenarnya syukur yang hilang?