Innalillahi Wainna Ilaihi Rooji'un. Minta tolong repost gaiss..
Semalam pukul 11 malam. Aku baring, scroll telefon. Entah macam mana jari aku tekan Shopee Live.
Scroll. Berhenti dekat satu live.
View: 2 orang.
Seorang abang jual muruku. Meja lipat. Lampu malap. Nama dia Apis.
Aku masuk. Bukan nak beli. Saja nak temankan orang live sorang-sorang.
Aku tanya, “Abang selalu live ke?”
“Setiap malam lepas Isyak.”
Aku tanya lagi, “Kenapa rajin sangat?” Dan dekat situ, aku menyesal tanya.
Dia cerita pasal hidup. Dia asnaf. Tunjuk surat jabatan agama. Dia jaga ibu sakit. Isteri jaga ayah dementia. Maksudnya dua-dua tak boleh kerja normal.
Anak? Tiga anak perempuan.
Ikut berniaga. Tak rasa sekolah macam anak kita.
Simpanan habis. Hidup mereka sekarang hari ni cari, hari ni makan.
Berniaga kaki lima. Kadang depan Pertama Kompleks. Kadang area SOGO.
Muruku.Serunding. Kurma. Semua bawah RM10.
Bila dia tunduk sikit, aku nampak air mata jatuh.Dia cepat lap. Tapi aku dah nampak.
Aku terus tekan beli 5 muruku.
Bunyi ting masuk. Muka dia berubah. Senyum.
Senyum orang yang baru dapat nafas. Tapi yang buat aku betul-betul diam bukan kisah susah dia. Aku tunduk pada isteri dia.
Zaman sekarang senang cari pasangan masa senang. Masa susah ramai angkat kaki.
Tapi perempuan ni duduk tepi jalan, teman suami berniaga, jaga ayah hilang ingatan, besarkan tiga anak kecil.
Dan lelaki ni? Bukan semua lelaki sanggup kecilkan hidup dia demi tanggungjawab.
Nabi ﷺ kata, sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik pada keluarganya.
Malam tu aku sedar, dia bukan jual muruku. Dia tengah buat ibadah. Kalau hari ni kau rasa kau dah usaha gila-gila tapi hasil tak seberapa
Ingat ni. Kat luar sana ada keluarga yang bentang meja setiap hari. Tak ada gaji. Tak ada cuti. Tak ada siapa puji.
Kalau kita penat sebab kerja, diorang penat sebab hidup. Kalau kita stress sebab jualan slow, diorang bentang meja walaupun tahu mungkin kosong.
Kalau kita rasa Allah lambat bagi, diorang sebut harga sambil simpan harap pada langit.
Allah janji, bersama susah ada kemudahan. Cuma kadang-kadang kemudahan tu bukan duit tapi hati yang tak putus asa.
Bila aku tutup live tu, aku baring lama. Skrin gelap. Dada aku tak. Sebab aku terbayang tiga budak perempuan kecil yang esok bangun bukan untuk sekolah tapi pasang meja lipat.
Aku pandang anak aku sendiri.
Tidur atas tilam. Perut kenyang.
Esok ada beg sekolah.
Dan kat luar sana, ada ayah yang tak boleh janji apa-apa pada anak dia
selain, “Esok kita cuba lagi.”
Ada penat yang tidur pun tak hilang. Penat orang berharap.
Dia live tiap malam lepas Isyak.
Bukan sebab rajin. Tapi sebab malam je masa dia minta pada dunia.
Dan kita?
Kadang rasa Allah lambat bagi,
padahal kita minta dalam keadaan kenyang selamat, ada tempat balik.
Kalau malam ni kau boleh peluk anak kau, atau mak ayah kau masih hidup, atau kau tidur tanpa fikir esok ada makan ke tak
Demi Allah, kau sangat kaya.
Sebelum tidur, cakap dalam hati:
“Ya Allah, ampunkan aku. Selama ni aku lebih banyak mengeluh daripada bersyukur.”
Sebab kadang-kadang, cerita orang lain bukan untuk kita kasihan.
Tapi untuk Allah selamatkan hati kita.
PERHATIAN : Mohon support jualan amal Abg Asnaf (Apis) dalam posting ini. Jemput baca kisah penuh mereka di bahagian description Shopee (HKNA Resources). Link Shopee :
https://t.co/QquJ65wsDE
MAKLUMAN : Terima Kasih juga kepada yang sudi menyumbang untuk mereka bangkit semula. Setiap sumbangan anda sangat bermakna.
-Bank Detail-
Hafizh Khan bin Amiruddin Khan
162674070731
Maybank (Reference : Zakat)
HEBAHAN : Selain jualan amal, ada jualan biasa dan borong. Tempahan untuk doorgift, giftset dan hamper juga boleh dibuat. Hubungi mereka di talian 019-9609295 : Apis.
Syarak sudah tetapkan berkenan hak-hak berkaitan harta si mati. Lebihan harta si mati akan disalurkan mengikut turutan:
Pertama, digunakan untuk pengurusan jenazah (kafan, mandi, solat & tanam).
Kemudian, langsaikan hutang (سداد الديون)
Seterusnya, lunaskan wasiat (تنفيذ الوصايا) jika si mati ada wasiatkan 1/3 daripada hartanya
Kemudian, barulah dibahagian kepada waris mengikut mirath (الإرث).
Adapun, dosa hutang itu ditanggung jika si mati tiada lebihan harta untuk lunaskan hutannya tersebut.
Jika ada lebihan seperti dalam KWSP dan asetnya, maka tiada masalah untuk dia berhutang.
Pasaran air dia dah tapau. Sekarang dessert & kek pulak..
Kesian pada peniaga orang kita yang bukak kedai dengan ambil order kek macam ni habis semua dorang sapu..
Perempuan, dia takleh lebih dari suami, baik dari segi
1. ilmu
2. duit
3. ketinggian tubuh
4. umur
Perempuan bila lebih, dia akan kurg ajar.
Contoh dia ada master, lelaki SPM je. Dia rasa dia paling cerdik dlm rumah dan dia boleh tegur suami dalam keadaan menghina suami
Nasihat from DENTIST!
Jangan bazir duit buat oil pulling, beli whitening toothpaste viral. I dah takde gigi berlubang since sekolah, tak pernah cabut gigi kekal yg rosak, mulut tak busuk.
I nak spill my routine, ikut cakap dentist je…
Difahamkan perbelanjaan ini ditulis sendiri oleh isteri yang menjaga penuh kewangan keluarga.
Hebat! Dia buat bukan untuk diri dia sendiri tapi untuk masa depan keluarga.
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu.
Aamiin 🤲🏻❤️
Cari date. Pakai google flight or skyscanner. Pastu set alert. Hari hari dapat emel harga tix
The Ordinary Hyaluronic Acid 2% + B5 Serum Moisturizer Skin Essence https://t.co/LJaVfvbvOy https://t.co/gyG3Fi5RIV
Series (Thai) baru di Netflix. Berkenaan 3 orang anak muda yang menubuhkan startup company.
Face pace drama, tak sempat nak rasa boring. Saya beri 10/10
Antara pulau tercantik di Malaysia tapi tak ramai pengunjung.
Terletak di Mersing, Johor. Mungkin nama pulau ini ialah Pulau Babi Besar, orang pun tak mahu datang.
Walaupun ada usaha untuk tukar namanya ke Pulau Besar tapi nama Pulau Babi Besar masih melekat. Sayang betul.
HR: Expected salary awak RM3,800 ya?
Calon: Ya betul sebab dalam job ad tulis range RM3,500 ke RM4,000.
HR: Kenapa awak rasa awak layak dapat RM3,800?
Calon: Dari skills dan pengalaman yang saya ada, saya rasa saya layak dapat gaji macam tu.
HR: Tapi tu sebenarnya dah melebihi dari kemampuan kami. Jarang kami bayar orang lebih dari setengah dari range gaji tu. Maksima kami mampu bayar RM3,750. Itupun kalau dia betul-betul layak.
Calon: Adakah saya mempunyai semua ciri-ciri yang syarikat ni perlukan?
HR: Dari resume yang saya baca ni, memang memuaskan.
Calon: Dari pengalaman yang saya ada, adakah selari dengan jawatan ni?
HR: Ya selari tapi...
Calon: Then kenapa panggil saya datang interview ni?
HR: Sebab awak ada skills dan ciri-ciri yang kami cari.
Calon: Tapi kenapa encik rasa saya tak boleh dibayar RM3,800?
HR: ...
Credit: LinkedIn
"Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan mahir, dia bersama dengan rombongan (malaikat) yang mulia dan baik.
Sedangkan orang yang membaca al-Quran dalam keadaan merangkak-rangkak dan kepayahan, dia mendapat dua pahala."
[Sahih Bukhari 4937, Muslim 798]
@mhmmdhsm Dalam hal ni banyak yang kena pertikaikan
1. Semasa nak sewakan ada sign tenancy agreement tak?
Sebab kalau sign ada klause yang kalau tak bayar melebihi 3 bulan owner ada hak untuk keluarkan penyewa dengan tolak habis deposit.
2. sign agreement ada stamping dekat lhdn?
Hehe