Adakah Shahril akan menyertai Bersama atau MUDA? Atau kembali ke UMNO? Spekulasi ini tak pernah berhenti. Saksikan jawapan penuh Shahril di Episod 10 Kena Soal.
Demi memperkukuh Perikatan Nasional dan mempersiapkan organisasi menghadapi cabaran mendatang, beberapa penstrukturan pentadbiran telah diputuskan berkuat kuasa serta-merta.
En las últimas 48 horas, la policia de EEUU mató a un perro con una camiseta de los Knicks por un aviso de ruidos en su bloque y asesinó a tiros a un bebé negro de 1 año porque su madre robó unos pañales.
No odies a EEUU dicen, no odies la policía dicen... cómo no hacerlo con cada fibra de tu cuerpo.
En Los Ángeles (EEUU), una mujer celebraba la victoria de los Knicks en la NBA, cuando un vecino avisó a la policía por los ruidos... se presentaron 20 policías y fusilaron a su perro, un "peligroso" Golden Doodle, al abrir la puerta de casa.
EEUU, un régimen policial donde te fusilan al perro si chillas en tu casa demasiado alto... la policía no te protege, tú eres quién tiene que protegerse de la policía.
Dalam live saya malam tadi, saya menyentuh tentang isu Rohingya & berikut adalah cadangan saya:
1. Pemutihan: Berikan tempoh 1 bulan kepada mereka untuk tampil kehadapan dan berdaftar. Jalankan secara serentak di setiap negeri. Pengumpulan data yang bersistematik perlu diwujudkan.
2. Ops Rohingya: Selepas tempoh sebulan berakhir, operasi besar-besaran secara bersama semua agensi keselamatan seperti ATM,PDRM & Imigresen bagi mengesan dan menangkap mana-mana individu Rohingya yang gagal mendaftar.
3. Menghantar pulang mana-mana Rohingya yang berjaya di tangkap dengan mengambil kira tidak ada lagi peperangan di negara asal mereka.
4. Bagi kelompok yang berdaftar, maka suatu sistem seragam perlu diwujudkan merangkumi SOP kesihatan, penempatan & pekerjaan.
5. Mereka perlu diberi peluang bekerja & mereka diwajibkan membayar cukai serta perkara-perkara lain mengikut kadar pekerja asing.
6. Limitasi pergerakan & melapor diri. Mereka diwajibkan melapor diri dalam tempoh 6 bulan sekali untuk mengemaskini data. Gagal berbuat demikian akan di anggap melanggar ketetapan & boleh di hantar pulang.
*** Kegagalan membuat 1 pangkalan data yang lengkap & kerangka SOP yang bersistematik akan memberikan implikasi bukan sahaja kepada isu keselamatan negara tetapi juga isu-isu kesihatan.
Ikuti kupasan lanjut saya di pautan:
https://t.co/GZzhkfrHxj
#𝗪𝗲𝗙𝘂𝗻𝗱 𝗕𝗘𝗥𝗦��𝗠𝗔 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘁𝗿𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿
Terima kasih kepada orang ramai yang telah membeli tiket majlis mengumpul dana BERSAMA yang kita jenamakan sebagai #WeFund
Sejak diumumkan 5 hari lalu, berikut ialah prestasi jualan tiket:
Sejumlah 296 tiket dari 998 tiket telah dijual, iaitu sekitar 30%.
Jumlah tiket terjual sekarang ialah RM79,700 iaitu purata RM269 setiap tiket.
Maknanya tiket-tiket yang lebih mahal iaitu pada harga RM500, RM1,000 dan RM2,000 juga turut dibeli, selain tiket biasa pada harga RM150.
Hasil kutipan ini akan digunakan untuk membiayai kempen BERSAMA di PRN Johor.
Belanja utama ialah sewaan trak kempen dan bahan kempen seperti bendera, poster, bendera kecil dan lain-lain.
Kami sudah ambil trak dan akan muncul buat kali pertama minggu depan di Johor.
Terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang.
Kepada mereka yang belum beli tiket, ada seminggu setengah lagi sebelum hari Sabtu, 27 Jun.
Kalau berniat untuk beli, boleh beli tiket di https://t.co/6vXmDO7QDX , klik Acara dan pilih acara #WeFund - tiket-tiket boleh dibeli secara online di situ. Pilih harga tiket, berapa tiket dan nombor meja yang dikehendaki.
Jika sudah beli atau mahu membantu tetapi tidak ada kelapangan untuk hadir, saya mohon sebarkan content ini kepada seberapa ramai.
Forward kandungan ini ke Whatsapp kawan-kawan, boleh share di media sosial masing-masing.
Ini satu perkara yang ahli politik dan parti lain tidak mahu buat, iaitu bergantung kepada sumbangan rakyat untuk membina dan membiayai kempen, kerana mereka tidak mahu menjawab kepada rakyat bila sudah menang.
Kalau kita mahu kembalikan kuasa kepada rakyat, bantu kami di BERSAMA suburkan budaya bergantung kepada sumbangan rakyat seperti ini.
Jumpa kami di #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu, 27 Jun jam 8 malam.
Tiket masih ada, beli di https://t.co/6vXmDO7QDX
𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 - 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡, 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚
Selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak, Jelajah Kancil akan berkunjung ke Pantai Timur untuk bertemu ahli dan rakyat biasa yang mahu tahu mengenai BERSAMA.
Saya sebenarnya takut sikit bila ke Pantai Timur sebab selera politik pengundi yang berbeza.
Pun begitu, sambutan kepada BERSAMA, bila dilihat kepada keahlian, majoriti datang dari pengundi Melayu.
60% ahli BERSAMA adalah pengundi Melayu.
Saya dan Nik Nazmi berasal dari Pantai Timur juga, jadi kalau kita nak kata pengundi Pantai Timur tidak suka politik yang progresif pun tidak betul juga.
Saya minta maaf kerana program untuk Terengganu digabungkan dengan Kelantan di Kota Bharu bagi kawasan utara Terengganu (terutamanya bagi Setiu, Besut ke atas) dan digabungkan dengan Pahang di Kuantan bagi kawasan selatan (dari Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman).
Untuk membantu kami sediakan dewan yang memadai - kalau ramai kita tambah kerusi, kalau sikit kita buat ala kedai kopi - saya mohon ahli BERSAMA dan penduduk sekitar yang ingin hadir supaya mendaftar di laman https://t.co/nOUTHK88GI
Atau imbas kod QR untuk mengesahkan kehadiran.
Sama-sama kita BERSAMA di:
📍 Kelantan
📅 20 Jun 2026 (Sabtu), 8 malam
PCB Beach Resort, Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350, Kota Bharu
📍 Pahang
📅 21 Jun 2026 (Ahad), 8 malam
BCIC Lodge, Kompleks Dagangan Mahkota,Jalan Sultan Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan
BERSAMA ini masih di peringkat benih.
Kita nak tanam benih ini di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pokok yang baru di peringkat benih, tapi kalau baka lebih baik dan dijaga dengan lebih rapi, Insya-Allah benih itu akan tumbuh jadi pokok yang lebih segar dan lagi cepat dari pokok-pokok yang ditanam lebih awal.
Kami pergi ke setiap negeri untuk Jelajah Kancil.
Rupanya ada yang bawa BERSAMA terus sampai ke World Cup 🤣
Terima kasih kepada semua yang terus menyokong BERSAMA, walau di mana pun anda berada.
Anak muda hari ini menjauh daripada politik. Saya faham. Tidak boleh salahkan sesiapa yang skeptikal.
Sebab apa? Sebab selama ini kita dengar janji, tetapi hidup tak berubah.
Kos sara hidup meningkat. Nak miliki rumah sendiri makin jadi angan-angan. Ramai anak muda mula ragu sama ada masa depan mereka akan lebih baik daripada generasi ayah dan ibu mereka.
Perasaan kecewa itu bukan sesuatu yang pelik.
BERSAMA ini tidak ditubuhkan sambil berlagak ada semua jawapan.
Bukan penyelamat. Tidak datang untuk berkata, “Serahkan kepada kami, kami selesaikan semua.”
Apa yang ditawarkan ialah platform. Platform untuk rakyat, khususnya anak muda, bersuara, berkongsi idea, dan terlibat secara langsung menyelesaikan isu yang menekan hidup mereka sendiri.
Perubahan yang berkekalan tidak lahir daripada seorang pemimpin. Tidak lahir daripada satu parti. Ia lahir apabila rakyat sendiri turun, mencabar cara lama, dan membentuk masa depan yang mereka mahu lihat.
Jika anda masih skeptikal, itu hak anda. Kami hormat.
Tetapi ingat satu perkara. Negara ini tidak akan jadi lebih baik kalau semakin ramai memilih untuk berdiri di tepi dan menjauh daripada proses perubahan.
Perubahan tidak menunggu orang yang berdiri di tepi.
Not a bad turnout for a month-old party. Surprised to see all these people in yellow. Can sort of make out the true believers from those who are here to suss things out.