JUST IN: 🇺🇸 US Secretary of State Rubio:
"The only reason we are at war with Iran is because Israel is forcing us into it."
"Incredible. It is time to cut ties with Israel and treat them as bloodthirsty, parasitic terrorists."
Paul Tudor Jones predicted the 1987 crash, made $100 million, then spent years trying to destroy this footage
you will watch him lose $6 million in one afternoon, sit in his chair and say "total devastation" then make it all back with 100% interest
This documentary will change how you think about risk forever
Bookmark & watch it. Then read the post below - $90 billion from being right just 54% of the time↓
Dengan izin, post panjang sedikit hari ini 😅
Atas permintaan dan nasihat beberapa kawan, saya ingin kongsikan ucapan TEDx saya mengenai ekonomi Malaysia, tetapi kali ini dalam Bahasa Melayu!
Ucapan ini antara top 10 ucapan TEDx di seluruh dunia pada bulan lepas (mengikut bilangan paparan) - maksudnya rakyat Malaysia memang menyambut baik idea² yang diutarakan!
Oleh itu, saya pun rasa memang sesuailah jika saya terjemahkan kpd BM supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menelitinya.
Seperti biasa, komen² saudari-saudari amat dialu²kan 🙏
_______
5 perkara semua rakyat Malaysia patut tahu tentang ekonomi mereka… tapi tak tahu!
[Pautan ke video penuh: https://t.co/XIuPAV0LpC]
Orang selalu panggil saya “walking economy”. Tahu tak kenapa? Rambut saya sedang menguncup. Perut saya pula mangsa inflasi. Maka saya pun sedih sampai kemeseletan 😊
Mengenai ekonomi, saya rasa anda semua tahu dua ekonomi terbesar di dunia adalah China dan Amerika Syarikat. Selepas melaraskan harga — seperti bagaimana potongan rambut di Shanghai lebih murah daripada di San Francisco — China menyumbang kira-kira 19–20% kepada GDP dunia, dan Amerika sekitar 15%.
Tapi pernah tak anda terfikir, berapa besar Malaysia? Jawapannya: 0.7%. Kurang daripada satu peratus! Itu pun lebih kecil daripada margin of errordalam ramalan ekonomi Bank Dunia! 😊
Tapi hakikatnya: Malaysia kecil dari segi saiz, tetapi besar dari segi jiwa dan cerita.
Dan hari ini, saya nak kongsikan cerita itu dalam bentuk “5 perkara semua rakyat Malaysia patut tahu tentang ekonomi mereka… tapi tak tahu!”
#1. Yang pertama: Walaupun Malaysia hanya sebahagian kecil daripada ekonomi global, negara ini telah berjaya mengangkat lebih 14 juta rakyat keluar daripada kancah kemiskinan.
[Pautan ke Fakta #1: https://t.co/B9w8aHjnYD]
Itu bukan sekadar statistik; itu 14 juta hidup yang berubah… itu satu keajaiban di peringkat nasional.
10 tahun selepas merdeka, lebih kurang 50% — separuh daripada rakyat Malaysia — hidup dalam kemiskinan. Hari ini, hanya sekitar 5%.
Apabila Malaysia dan Singapura berpisah, Malaysia mewarisi populasi yang lebih besar, lebih miskin dan lebih berpaksikan pertanian. Namun Malaysia tetap berjaya mengeluarkan jutaan rakyat daripada kemiskinan — dan ia dilakukan tanpa mewujudkan kawasan setinggan kekal.
Setiap rakyat Malaysia patutlah bangga.
Dan sejujurnya: Nasi lemak Malaysia juga lebih sedap daripada Singapura😊
Berita yang lebih baik lagi: sebahagian besar daripada kejayaan ini tertumpu dalam kalangan rakyat Bumiputera, yang dahulunya paling ketinggalan. Dua puluh tahun dahulu, Bumiputera 2–3 kali ganda lebih berisiko kekal miskin berbanding Kumpulan etnik lain. Hari ini, jurang itu telah dihapuskan.
Kini, kemiskinan sebenarnya bukan lagi berpaksikan kaum atau etnik — tetapi kelas sosial. Cabaran hari ini? Menutup jurang dalam etnik, bukan antara etnik.
#2. Perkara yang kedua:
[Pautan ke Fakta #2: https://t.co/eILygyJEG6]
Anda mungkin tahu Malaysia masih belum menjadi negara berpendapatan tinggi. Tapi tahu tak berapa lama Malaysia tersangkut dalam middle‑income trap (perangkap negara berpendapatan sederhana)?
Hampir empat dekad! Lamanya!
Korea Selatan, Taiwan, Singapura — semua sudah melepasi perangkap itu, tapi Malaysia belum.
Berkenaan itu, walaupun Malaysia tidak mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi, tahu tak apa yang Malaysia ada? Pendapat per kapita yang tinggi!
Berita yang baik: Malaysia boleh mencapai status berpendapatan tinggi dalam 5–7 tahun akan datang. Dan saya harap Michelle Yeoh boleh datang potong reben dan merasmikan mana-mana majlis meraikan kejayaan ini nanti😊
Berita yang buruk: Apabila itu berlaku, 6 daripada 10 rakyat Malaysia masih akan berada di bawah paras pendapatan tinggi.
Ini menunjukkan betapa luasnya jurang antara golongan berada dan golongan rentan: Rakyat di KL lebih kaya daripada rakyat Portugal — sebuah negara berpendapatan tinggi. Tetapi rakyat di Kelantan hampir 7 kali lebih miskin daripada rakyat KL — dan setaraf Sri Lanka.
Ini peta Malaysia yang kita kenal dan cinta:
Dan ini pula peta Malaysia diubah mengikut tahap kekayaan setiap negeri:
📷
Jurang itu meletup, secara literal. Pengajarannya: anda tidak boleh menjadi negara berpendapatan tinggi atas bahu segelintir sahaja! Jika tidak, anda bakal dengar soalan: “Macam mana negara aku kaya tapi aku miskin?"
________
Setakat ini, saya telah berkongsi dua fakta: (1) Malaysia berjaya menaikkan lantai dan mengurangkan kemiskinan dengan ketara (2) Malaysia masih belum berjaya menaikkan siling pendapatan. Persoalannya, mengapa?
________
#3. Jadi mari kita tanyakan diri kita — apakah yang menggerakkan ekonomi Malaysia?
[Pautan ke Fakta #3: https://t.co/M1i3ubp6Yn]
Kita semua tahu apa yang menggerakkan rakyat Malaysia: tentunya Teh Tarik dan Roti Canai! 😊
Tetapi ekonomi? Dahulu, komoditi — termasuk getah, bijih timah, minyak, dan gas — menjadi penggerak ekonomi. Namun, sumbangannya semakin mengecil.
Yang menggerakkan ekonomi Malaysia hari ini ialah semikonduktor.
Malaysia antara 10 pengeksport semikonduktor terbesar dunia.
Sebenarnya, semikonduktor bagi Malaysia umpama Angsa Bertelur Emas dalam cerita dongeng Aesop. Namun… angsa ini sudah semakin letih, dan semakin tua: Patutnya bermain badminton tapi sudah puas hati dengan bermain pickleball 😊 …pada hujung minggu 😊😊
Kenapa?
Sebab angsa itu tidak berinovasi.
Dunia kini berlumba dalam AI dan cip maju, tetapi Malaysia berisiko kekal di hujung rantaian nilai sahaja— hanya mengeluarkan cip melalui mass production tetap kurang terlibat dalam reka cipta, iaitu bidang yang paling membawa keuntungan.
Fakta: Hanya 18% paten semikonduktor Malaysia dimiliki rakyat Malaysia.
China? 40%.
Taiwan? 60%!
Ini bukan kerana orang Malaysia tak inovatif.
Anda semua tahu benda ini [kad Touch ’n Go],
Dan anda juga tahu situasinya: Anda kat tol, buka tingkap kereta, pusing tangan macam pakar yoga, cuba sehabis daya nak pastikan kad TnG bersentuh dengan sensor ajaib tu… tapi entah macam mana, tak boleh sampai juga 😊
Kemudian munculnya seorang genius Malaysia dan menyelesaikan masalah ini: voila… saksikanlah tongkat ajaib TnG! 😊
Saya harap ada genius yang boleh membaiki RFID pula — sebab di Malaysia, ada yang cakap RFID bermaksud: “Reverse Forward Insyallah Detect” 😊
Jadi masalahnya bukan rakyat tak inovatif, tetapi ekosistem inovasi yang lemah: Tahap pembiayaan jangka panjang yang rendah, toleransi terhadap kegagalan yang rendah, dan perbelanjaan R&D yang rendah
Malaysia membelanjakan kurang daripada 1% KDNK untuk R&D.
Singapura? Dua kali ganda;
Korea Selatan? Empat kali ganda!
“Middle‑income trap” (Perangkap negara berpendapatan sederhana) Malaysia sebenarnya ialah “Innovation trap” (Perangkap inovasi)
——-
Ok, 3 sudah selesai dijelaskan, tinggal 2 lagi.
Yang #4: Kadar pengangguran Malaysia rendah — cuma 3%. Tetapi di sebalik angka itu: 4 daripada 10 rakyat Malaysia bekerja di bawah tahap kemahiran mereka. Mereka dianggap “underemployed”.
[Pautan ke Fakta #4: https://t.co/9N4tdqAQKn]
Saya selalu teringat Izwan, pemandu Grab saya dulu… dia pernah menjadi kontraktor bergaji tinggi di Petronas. Saya teringat guru matematik anak saya… yang mengurus beberapa kerja sambilan. Saya teringat jutaan rakyat Malaysia yang bekerja di bawah tahap kemahiran, berusaha untuk menampung kehidupan. Malah, hampir separuh daripada semua pekerja di Malaysia mendapat gaji kurang daripada RM3,000 – ataupun kira-kira $700 USD – sebulan. Jumlah itu pun tidak cukup untuk membayar cukai
Angka “brain-drain” jelas menggambarkan hal ini. Pada 1990, hanya 350,000 rakyat Malaysia duduk di Singapura. Hari ini? Lebih 1.5 juta, belum termasuk yang ulang-alik secara harian. Itu hampir satu suku daripada populasi Singapura! Ramai juga yang kini sudah menjadi warganegara Singapura. Jelas sekali, rakyat Malaysia tidak kekurangan semangat; yang kurang hanyalah peluang.
Ini membawa saya kepada sesuatu perkara… biar saya tanya: apakah sumber boleh diperbaharui paling berharga di Malaysia? Ia bukannya balak, solar atau hidro. Ia adalah generasi muda. Anak muda Malaysia sangat mempunya daya inovasi dan jati dari yang tinggat tinggi. Tetapi mereka jugalah yang paling susah nak mencari pekerjaan, dengan kadar pengangguran tiga kali lebih tinggi dalam golongan belia berbanding yang lain.
Mengapa? Pertama, mereka sudah ketinggalan sejak usia muda: 40% kanak-kanak Malaysia pada umur 10 tahun masih belum mampu membaca atau memahami teks yang sesuai dengan usia mereka. Pelajar menghabiskan 12.5 tahun di sekolah, tetapi pembelajaran sebenar mereka bersamaan sembilan tahun di negara lain. Itu bermakna kira-kira tiga setengah tahun persekolahan terbuang begitu sahaja. Tidak hairanlah apabila mereka memasuki alam pekerjaan, mereka sudah pun ketinggalan. Jadi, memang penting untuk membetulkan keadaan ini. Namun, tanpa mewujudkan pekerjaan yang lebih baik, hanya bermakna kita melatih bakat untuk lebih banyak yang dieksport.
Jadi, inilah soalan bernilai US$420 bilion — dan sekarang anda sudah tahu KDNK Malaysia, nampaknya makin bijak! — mengapa pekerjaan berkualiti tinggi masih kurang? Salah satu sebabnya ialah peranan kerajaan yang terlalu dominan dalam ekonomi sehingga mengekang dan mengehadkan sektor swasta, manakala satu lagi ialah kerenah birokrasi yang menyekat inisiatif.
Contohnya: satu kementerian mengawal selia penjagaan kanak-kanak, manakala kementerian lain mengawal prasekolah. Jadi, jika anda sebuah perniagaan swasta yang ingin menawarkan perkhidmatan penjagaan dan prasekolah secara bersama — seperti yang diminta oleh para ibu bapa zaman sekarang— anda perlu mendapatkan dua lesen berasingan daripada dua kementerian berbeza. Bukan itu sahaja, anda juga perlu mempunyai premis yang berasingan, lengkap dengan pintu masuk masing-masing.
Hasilnya? Anda sudah boleh beragak: ramai penyedia swasta memilih untuk beroperasi secara tidak sah.
Justeru, kita perlu mengembalikan semula ‘mojo’ sektor swasta. Dan kita juga perlu menangani kemiskinan pembelajaran dari akar umbi. Mana-mana jumlah bantuan tunai, AI atau latihan di peringkat kemudian pun tidak akan mampu menampung kelemahan asas ini.
Ini kerana anda tidak boleh membina negara berpendapatan tinggi berasaskan kemahiran rendah dan sektor swasta yang lemah!
#5. Dompet kerajaan semakin ringan
[Pautan ke Fakta #5: https://t.co/V3aofo2fel]
Tahukah anda:
· 80% cukai pendapatan individu Malaysia dibayar oleh hanya 7% pekerja.
· Hasil cukai Malaysia sebagai peratusan KDNK kurang daripada 13% … jauh lebih rendah berbanding 12 tahun lalu, dan jauh ketinggalan daripada negara yang bercita-cita menjadi negara berpendapatan tinggi.
Dompet yang ringan ini memberi Kesan negative kepada pembinaan infrastruktur penting seperti hospital, Sekolah, dan jalan. Faedah hutang sahaja pun sudah makin membebankan. Ya, walaupun mengurangkan subsidi dan membanteras rasuah akan membantu — itu tidak mencukupi. Malaysia mesti memperluas asas hasil negaranya.
Anda tidak boleh membina negara berpendapatan tinggi dengan sumber yang rendah!
____
[Pautan ke Penutup: https://t.co/Jc39fauT8d]
Itulah lima fakta saya.
Persoalannya: apa yang boleh anda lakukan? Sebenarnya banyak, dan anda boleh mulakan dengan memperluaskan pengetahuan. Dan saya benar-benar berharap perkongsian saya hari ini membantu.
Berkenaan dengan maklumat, apabila saya tiba di Malaysia empat tahun lalu, saya agak terkejut bahawa sebuah demokrasi seperti ini belum mempunyai Akta Kebebasan Maklumat.
Sekarang, satu akta sedang diusahakan dan berpotensi mengubah budaya semasa Malaysia daripada ‘rahsia kecuali diterbitkan’ kepada ‘terbuka kecuali dirahsiakan.’ Satu perubahan yang besar!
Namun, semua Kerajaan di mana-mana pun memang terkenal dengan pelbagai silat untuk mengelak daripada menerbitkan maklumat: dengan melengah-lengahkan permohonan, mengenakan bayaran untuk maklumat, atau menggunakan alasan keselamatan negara.
Anda tahu, ramai orang ingat Kerajaan berkuasa sebab mengeluarkan wang. Salah. Khazanah Kerajaan yang sebenar adalah kepercayaan. Dan tiada apa yang lebih cepat menurunkan mata wang kepercayaan selain menyembunyikan maklumat atau menyebarkan maklumat salah.
Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, anda boleh memastikan Malaysia meluluskan — dan melaksanakan — Akta Kebebasan Maklumat terbaik di dunia
___
Saya pernah tinggal di Rusia selama lima tahun sebelum berpindah ke Kuala Lumpur. Pada 2017, di Moscow, sepanjang bulan Disember, kami menerima ada enam minit cahaya matahari. Enam minit… untuk 31 hari. Itu kurang daripada 12 saat cahaya matahari sehari. Ini kurang daripada masa yang anda layan TikTok pada waktu pagi!
Tetapi setiap pagi apabila saya membuka langsir di Kuala Lumpur, saya hampir pasti disambut dengan cahaya matahari yang indah dan keemasan.
Malaysia mungkin ekonomi yang kecil di persada dunia. Tetapi jiwa, semangat, harapan dan cita-cita Malaysia adalah setinggi langit.
Malaysia memanglah luar biasa. Terima kasih 🙏
Absolute bombshell. Former Counterterrorism Director Joe Kent admits the US government intentionally armed Al Qaeda and created ISIS in Syria. They deliberately unleashed a global terror network just to overthrow Assad and protect Israel.
Iraq has some of the world’s largest oil reserves but the money it earns doesn’t fully flow through Baghdad. Instead, a system set up after the US invasion in 2003 still gives Washington lasting leverage over Iraq's oil revenues.
Al Jazeera’s Osama bin Javaid explains.
VIDEO EXPLAINER: Trump has given Iran an ultimatum — reopen the Strait of Hormuz by Monday mid-afternoon (Washington time) or else be attacked.
With the clock fast ticking, I’m re-publishing my recent @Opinion map explainer of Hormuz and the oil routes.
According to American military experts, Iranian hypersonic missiles travel 9,000 to 11,000 mph and cannot be intercepted. The only way to stop them is to bomb the launch sites, but Iranians launch them from mobile trucks. A very difficult war this one.
You may face any direction (any wall of the Kaaba) and your prayer is valid.
Because: The Kaaba itself is the Qiblah. When you are inside it, you are already within the Qiblah, so there is no specific single direction to face.
Scholars explain: When praying outside, we face the Kaaba. But when praying inside the Kaaba, all sides are Qiblah.
The Prophet PBUH prayed inside the Kaaba and did not specify a particular wall to face, which proves that facing any side is permissible.
Hari ini 575 tahun yang lalu, Mehmed II menaiki takhta Kesultanan Uthmaniyah buat kali ke-2.
Lahir pada 31 Mac 1432 di Adrianople, Mehmed merupakan anakanda ke-3 Sultan Uthmaniyah ke-6, Murad II. Baginda membesar di Erdine sebelum dihantar ke Amasya, mengikut tradisi pemerintah sebelumnya, ketika berusia 11 tahun sebagai gabenor daerah itu.
Sambil mentadbir dipandu oleh 2 penasihatnya, Zaganos Pasha & Shahabuddin Shahin Pasha, Mehmed mempelajari pelbagai ilmu untuk mempersiapkan dirinya menjadi pemimpin sebuah empayar. Ketika ini ilhamnya untuk menakluk Constantinople mula tercetus.
Selepas ayahandanya Murad memeterai perjanjian damai dengan Hungary setelah bertahun berperang, baginda menyerahkan takhta kepada anakandanya Mehmed pada Ogos 1444, menjadikannya Sultan Uthmaniyah ke-7 pada usia 12 tahun.
Melihatnya sebagai satu kelebihan, Paus Eugene IV menghantar angkatan Salib & mula menceroboh wilayah Uthmaniyah. Wazir besar, Çandarli Halil Pasha & Mehmed meyakinkan Murad untuk kembali memimpin angkatannya & mematahkan kemaraan kuasa Kristian itu.
Bagaimanapun setelah kemenangan dicapai dalam Pertempuran Varna pada November 1444, Murad enggan mengambil semula takhta. Hanya apabila berlaku pemberontakan Janissari yang direncana Çandarli, Murad kembali menjadi Sultan pada 1446.
Mehmed kembali semula ke Amasya untuk meneruskan pengajiannya sehinggalah ayahandanya Murad mangkat pada 1451, Mehmed menaiki semula takhta pada 3 Februari tahun itu di usia 19 tahun & pantas memulakan rencananya untuk menawan Constantinople.
2 tahun kemudian, pada 29 Mei 1453, Mehmed berjaya melaksanakan misi tersebut yang gagal dicapai pemerintah Uthmaniyyah sebelumnya, sekaligus menumbangkan Empayar Byzantine yang wujud selama lebih 1,100 tahun, lantas digelar ‘Al-Fatih’ bererti ‘Sang Penakluk’.
Baginda terus meluaskan kuasa Uthmaniyah khususnya ke arah barat sehingga ke akhir hayatnya di usia 49 tahun pada 3 Mei 1481.
Sumber: World History Encyclopedia, Britannica
#PeristiwaHariIni
BREAKING — Syria’s Sharaa issues a proclamation which guarantees Syrian Kurdish rights, ensuring Kurdish education in Kurdish areas, returns citizenship to the Kurds who lost it in 1962 and declares Newroz national holiday
🇺🇸How US Special Forces Infiltrated Venezuela?
Stealth design F-35 used instead of F-16 to counter the radar system
Delta Forces rehearsed the mission until they could do it blind folded
How did they find him? Simple. The CIA tracked his 'Pattern of Life'—what he ate, what he wore, and exactly where he slept. They didn't just guess; they knew. Back in the US, Delta Force built an exact replica of his safe house, rehearsing the raid until they could do it blindfolded. And the blowtorches? Those were for the panic room. Intelligence knew Maduro slept behind bank-vault-style steel doors. The team brought heavy-duty thermal cutters to burn him out. But in the end, speed was their weapon. Operators breached the room so fast, they caught him before he could even lock the door."
The Muslim Who Discovered Gravity 700 Years Before Newton...
They told you Muslims only brought war, but they actually brought the knowledge the West is currently enjoying.
THREAD