Ni pasal Syria, apa pula cerita Palestin, Lebanon dan negara lain? Kalau nak tahu, boleh dapatkan siri DUNIA TANPA TEMBOK. Buku ni ada trilogi dan korang boleh layan sekarang!
DTT: https://t.co/7HuOQXF1JI
DTT II: https://t.co/TfPiDNgdtD
DTT III: https://t.co/LMdz3mv7iU
Kejatuhan Assad memberi peluang untuk pembentukan kerajaan baru yang lebih adil dan inklusif.
Tetapi ini hanya boleh berlaku jika pelbagai proksi di Syria, termasuk HTS, proksi Turki dan SDF dapat berdamai.
Kawasan timur laut masih dikuasai oleh Syrian Democratic Forces (SDF) yang didominasi oleh Kurdi, manakala kawasan sempadan utara berada di bawah pengaruh proksi Turki.
Namun, masa depan tetap tidak pasti. Adakah Syria mampu menjadi negara yang aman dan adil? Atau adakah ia akan jatuh ke tangan diktator baru?
Walaupun rejim Assad telah tumbang, masa depan Syria tetap tidak menentu.
[Apa yang Menanti Syria?]
Kejatuhan Bashar adalah pengakhiran era gelap, tapi ia juga permulaan cabaran baru.
Dengan negara yang hancur akibat perang, rakyat Syria kini berdepan tugas besar untuk membina semula kehidupan mereka.
Kejatuhan Homs dan Hama dalam serangan HTS terus melemahkan moral tentera Assad, manakala perpecahan dalam pentadbiran Assad sendiri mempercepatkan kejatuhannya.
Iran Dilemahkan:
Konflik dalaman Iran dan serangan ke atas Hizbullah oleh Israel melemahkan sokongan terhadap Assad.
Turki Memperkuatkan Pengaruh:
Turki menggunakan peluang ini untuk menyokong HTS dan melemahkan Assad sambil mengukuhkan kedudukannya di Timur Tengah.
[Kenapa Assad Tumbang Sekarang?]
Selepas bertahun-tahun bertahan, kejatuhan Assad kali ini berlaku kerana beberapa faktor geopolitik.
Rusia Terlemah di Ukraine:
Perang di Ukraine mengurangkan kemampuan Rusia untuk terus membantu Assad.
Namun, realitinya lebih kompleks.
Iran menyokong Assad bukan kerana solidariti agama, tetapi kerana Syria adalah laluan strategik ke Lubnan yang penting untuk menyokong Hizbullah.
Pro-Assad mendakwa pemberontakan adalah konspirasi Barat dan Israel untuk menggulingkan rejim yang sah.
Anti-Assad pula menonjolkan naratif agama bahawa Assad sebagai pemimpin Alawiyah membantai komuniti Sunni.
Media pro-Assad menggambarkan pemberontak sebagai ejen Israel dan Amerika Syarikat, manakala media anti-Assad menuduh rejim membantai Sunni dalam konflik “Sunni vs Syiah.”
Kedua-dua pihak menggunakan naratif yang memihak kepada agenda masing-masing.
Negara ini memerlukan kestabilan, pemulihan dan pembinaan semula selepas lima dekad ditindas dan 13 tahun dilanda perang.
[Propaganda dan Era Pasca-Kebenaran]
Kejatuhan Assad juga menonjolkan bagaimana propaganda memainkan peranan penting dalam konflik ini.
Buat pertama kali dalam 50 tahun, Syria bebas daripada dinasti Assad.
Namun, cabaran sebenar baru bermula. Walaupun rejim Assad sudah tumbang, Syria kini berhadapan masa depan yang tak menentu.
Rakyat Syria meraikan kejatuhan regim Assad. Di Damsyik, orang ramai memenuhi jalan-jalan dengan sorakan dan laungan “Allahu Akbar!”.
Poster-poster Bashar diturunkan, sementara pasukan pemberontak mula mengambil alih institusi kerajaan.
Tentera kerajaan melarikan diri, meninggalkan bandar itu tanpa pertahanan.
Bashar al-Assad pula dikhabarkan melarikan diri ke lokasi yang tidak diketahui.
Keesokan harinya, pada 8 Disember 2024, pemberontak mengisytiharkan kejatuhan rejim Assad.
Hayat Tahrir al-Sham (HTS), kumpulan pemberontak yang pernah dikaitkan dengan al-Qaeda melancarkan serangan kilat yang menawan bandar-bandar utama seperti Aleppo, Homs dan Hama dalam masa kurang dua minggu.
Kemuncaknya? Pada 7 Disember 2024, HTS memasuki Damsyik.