Selamat Ulang Tahun Kelahiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Semoga terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin negara serta berbakti demi rakyat dan Malaysia. 🇲🇾
#SelamatHariLahirPMX#MalaysiaMADANI
Ada kemerdekaan yang diwarisi, dan ada keamanan yang dibayar dengan darah serta pengorbanan.
Semoga semangat para pahlawan terus menyala dalam setiap usaha membina sebuah Malaysia yang aman, bersatu, makmur dan bermaruah.
Al-Fatihah buat mereka yang telah gugur. Pengorbananmu tidak akan kami lupakan.
Selamat Hari Pahlawan.
Menerima kunjungan Aliff Rakib di pejabat hari ini lantas mengucapkan tahniah di atas kejayaan bersejarah muncul sebagai rakyat Malaysia pertama merangkul Kejuaraan Dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship baru-baru ini.
Kejayaan ini bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, malah membuktikan bahawa anak muda negara memiliki keupayaan, disiplin dan semangat juang untuk bersaing dengan yang terbaik di dunia.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus mengejar impian dengan tekad, iltizam dan usaha yang tidak pernah mengenal putus asa. Syabas Aliff Rakib, Malaysia berbangga dengan kejayaan ini.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#YakinMADANI
Alhamdulillah, Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada umum, yang membongkar kepincangan serta tindakan yang mengkhianati amanah rakyat hingga menyebabkan kerugian besar kepada Tabung Haji.
Atas prinsip ketelusan dan keterbukaan, laporan ini juga akan dibentang dan dibahaskan dalam sidang khas Parlimen sesegera mungkin.
Susulan pendedahan ini, pihak berkuasa akan segera menjalankan siasatan. Mereka yang terbukti mengkhianati amanah rakyat mesti diheret ke muka pengadilan.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Bercakap di sesi pertemuan dengan anak muda dan mahasiswa meliputi pelbagai isu dan lapangan yang penting pada negara dan rakyat Malaysia.
Saya tegaskan negara ini kekal teguh berteraskan Melayu Islam, namun negara ini terus tegas merangkul kekuatan dan kebersamaan semua kaum dan agama yang menjadi asas kekuatan Malaysia sekian lama. Jadi jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat perpaduan ini.
Sementalahan, saya menekankan betapa keperluan agar anak-anak muda masa kini untuk meneroka bidang-bidang baru yang diperlukan dunia hari ini sementara terus mengakar ke bumi, yakni kekal berpegang pada nilai kita, akhlak kita, budaya kita dan kemanusiaan kita.
Dalam usaha menggarap lapangan-lapangan baharu, jangan dikesampingkan hal dan perkara yang asasi. Negara yang madani adalah negara yang tidak sama sekali merendahkan martabat mana-mana kaum di negara ini sambil kita perkuatkan yang teras demi kesejahteraan semua.
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Saya akan sekali lagi ke Negeri Sembilan untuk beberapa rencana bagi menyantuni masyarakat setempat serta memberi dukungan kepada calon dan jentera HARAPAN. Kita jumpa esok, Insya-Allah.
#KekalHARAPAN#UndiHARAPAN
Keamanan yang kita kecapi hari ini bukan suatu kebetulan. Di sebaliknya berdiri anak-anak watan yang menggalas amanah mempertahankan kedaulatan negara dengan penuh disiplin, keberanian dan pengorbanan.
#MalaysiaMADANI#MADANIBekerja#YakinMADANI
TEMU ANWAR NEGERI SEMBILAN
Jom hadir dan bertemu YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
🗓 29 Julai 2026 (Rabu)
🕐 1.00 Petang
📍 Pusat Dakwah Islamiah, Paroi
Bersama menyuarakan pandangan dan mendengar perkongsian mengenai masa depan anak muda.
#NegeriSembilan#MalaysiaMADANI
Dalam soal Tabung Haji, pendirian saya jelas bahawa setiap tindakan hendaklah berasaskan undang-undang, fakta dan proses yang betul. Tiada siapa boleh mengatasi prinsip kedaulatan undang-undang, termasuk saya sendiri.
Apa jua keputusan yang dibuat nanti, matlamatnya adalah memastikan amanah rakyat dipelihara dengan penuh tanggungjawab, ketelusan dan integriti.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#YakinMADANI
Saya mengikuti perkembangan berkaitan sekumpulan pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat UNHCR di Kuala Lumpur.
Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat. Justeru, setiap individu yang berada di negara ini wajib mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.
Saya telah mengarahkan PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia serta semua agensi berkaitan mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang bagi mengawal keadaan dan memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.
Mana-mana individu yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan atau permit yang sah akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang, termasuk ditempatkan di Depot Imigresen sementara proses selanjutnya dilaksanakan.
Alhamdulillah, saya dan Azizah berkesempatan bersama-sama keluarga besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.
Saya tekankan bahawa keamanan negara yang kita kecapi hari ini lahir daripada pengorbanan yang tidak pernah terhenti oleh warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta seluruh pasukan keselamatan. Jasa dan pengorbanan merekalah yang menjadi asas kepada kestabilan, kemakmuran serta keyakinan dunia terhadap Malaysia.
Dalam negara yang majmuk, Perlembagaan Persekutuan kekal menjadi asas perpaduan dengan menjamin kedudukan Islam, hak orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa Melayu serta institusi Raja-Raja Melayu. Inilah asas yang wajib terus kita pertahankan demi masa depan negara.
Saya mengingatkan agar kita tidak sesekali membiarkan fitnah, kebencian atau sentimen yang memecah-belahkan rakyat mengatasi semangat kebersamaan yang sekian lama menjadi kekuatan Malaysia.
Marilah kita terus pertahan kestabilan, memperkukuh perpaduan dan memastikan usaha membangunkan negara dapat diteruskan demi mewariskan sebuah Malaysia yang aman, bersatu, makmur serta dihormati kepada generasi mendatang.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Sekitar kunjungan ke Pulau Pinang. Saya berpeluang bertemu anak-anak pelajar serta menyantuni usahawan dan pemain industri, termasuk meluncurkan ikhtiar meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri semikonduktor.
Insya-Allah semua usaha ini akan membuka lebih banyak ruang kepada bakat tempatan untuk mengisi sektor strategik yang akan mencorak masa depan ekonomi negara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Islam mengajar kita menyebarkan kasih sayang, bukan menanam kebencian. Kasih kepada sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama, kepada alam serta seluruh ciptaan-Nya.
Malang sekali apabila ada yang berbicara atas nama agama, tetapi memilih untuk memperkotak-katikkan manusia, memecah belah dan menyemai kebencian antara satu sama lain.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Saya tegaskan pendirian negara bahawa kita tegas tanpa tolak ansur terhadap entiti haram Zionis Israel. Jangan ingat kita mudah dicabar sebegitu rupa seolah-olah Malaysia tidak ada maruah dan boleh dijadikan boneka. Kita ada kedaulatan dan selagi mana saya di sini, saya akan pastikan pendirian kita tidak berubah sama sekali waima sebesar mana pun ugutan!
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Saya mohon maaf jika ada yang terasa dengan nada saya. Teguran itu bukan kerana marah, tetapi luahan daripada sanubari saya yang mahu melihat martabat dan maruah negara ini diangkat ke tahap tertinggi.
#MalaysiaMADANI#YakinMADANI
Malaysia dibina oleh cita, kudrat dan kekuatan rakyatnya yang rencam kaum dan budaya.
Justeru, melalui inisiatif dan ikhtiar yang terbentang, saya mahu terus mendengar dan menggarap harapan anak muda, pengorbanan oleh sekalian ibu bapa, warga emas serta suara rakyat mendambakan masa depan yang jauh lebih baik
Jadi, saya amat berharap bahawa kalian boleh kongsikan pandangan, kebimbangan, dan aspirasi secara terus melalui avatar ini kerana saya yakin negara hanya akan bertambah baik sekiranya ia berpaksi pada suara dan kehendak rakyat.
Saya mengajak semua untuk ikut serta dalam kempen ini dan mula mencipta wacana yang segar untuk negara dan rakyat.
https://t.co/J96Tqk6E4I
#PMXAI
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Alhamdulillah, anggaran awal Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2026, lebih kukuh berbanding 5.4 peratus pada suku sebelumnya serta mengatasi unjuran median ahli ekonomi sebanyak 5.2 peratus.
Ekonomi negara terus menunjukkan daya tahan meskipun dunia berdepan keberantakan geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan perdagangan. Reformasi serta dasar yang dilaksanakan Kerajaan MADANI sejak lebih tiga tahun lalu telah memperkukuh asas ekonomi negara dan membolehkan Malaysia mendepani gelora ini dengan lebih yakin.
Pencapaian ini menguatkan tekad kita untuk terus istiqamah pada landasan reformasi, memperkukuh daya tahan ekonomi serta mengimbangi tuntutan pertumbuhan, kesejahteraan rakyat dan tanggungjawab fiskal.
Kerajaan MADANI akan terus bekerja lebih kuat bagi memastikan kekuatan ekonomi ini diterjemahkan kepada lebih banyak pekerjaan berkualiti, peningkatan pendapatan serta kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah buat seluruh rakyat, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#EkonomiMADANI
Asas kepimpinan bermula dengan sikap untuk tidak cepat berpuas hati dengan pencapaian sendiri. Inilah semangat itqan fil ’amal yakni menyempurnakan setiap amanah dan pekerjaan sebaik mungkin, sambil terus memperbaiki diri dalam ilmu, akhlak, ibadah, pendekatan mengajar dan mutu kerja.
Seorang pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi menjadi teladan yang sentiasa bersedia belajar, menerima perubahan dan meningkatkan kualiti diri.
Dalam dunia yang berkembang pesat dengan kemajuan digital, kecerdasan buatan (AI) dan peralihan tenaga, guru serta bakal pemimpin perlu berani berinovasi, menguasai kemahiran baharu dan menyesuaikan pedagogi dengan tuntutan semasa.
Pandangan ini saya kongsikan dalam sesi dialog Temu Anwar Bersama Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik Nilai hari ini, dan menzahirkan keyakinan generasi muda memiliki potensi besar untuk memimpin perubahan, namun potensi itu hanya akan dapat direalisasikan melalui penguasaan ilmu dan kemahiran, kerjasama erat dengan industri serta semangat yang tidak pernah luntur untuk terus mengejar kecemerlangan.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
Dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, keutamaan Kerajaan adalah memastikan rakyat terus dilindungi melalui bekalan yang mencukupi, harga yang munasabah serta kestabilan pasaran.
Pada masa sama, sokongan kepada industri dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS) terus diperkukuh, di samping mempelbagaikan sumber bekalan negara bagi meningkatkan daya tahan ekonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada satu saluran sahaja.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI