MONOPOLI
Semalam warga Thread kantoikan pelbagai akaun palsu yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Semata2 nak tanam naratif memperlekehkan Yamtuan.
Ini kita dah dedah banyak kali. Sejak sebelum PRU14 lagi. Pernah dilaporkan dalam media, PM6 punya pengikut akaun palsu antara tertinggi di dunia.Mungkin sebab itu nampak mereka menang trial by media. Tapi trial by court mereka kalah akhirnya.
Kenapa mereka perlu semua ini, Jembalang Cytro dan Bots menyebar propaganda?
Tujuan nya satu: Agar mereka sahaja yang kawal kebenaran di luar sana.
Apa strategi yang diguna?
1. Monopoli
“ko orang luar, jangan sentuh” “ko apa kepakaran? jangan campur”
- ini untuk pastikan, hanya mereka dan golongan mereka sahaja yang boleh sentuh dan tanam propaganda mengenai isu tersebut.
2. Label
Orang lain yang hendak mengupas, cepat2 mereka labelkan. “Sampah, ceplos, liberal”.
Cara Ad hominem atau serangan peribadi digunakan. Instead of berbelas hujah. Mereka menyerang penyampai.
3. Lambakan lasykar siber
Selepas dah control battle ground, sekat hujah lain. Mereka lambakkan pula askar mereka. Menjajah minda kita dengan fitnah, half truths dan propaganda.
4. Fear mongering
Laskar siber ni akan menyerang, membuli dan menekan siapa sahaja yang melawan. Kata2 nista diguna. Menakut2kan bukan sahaja penyampai tetapi siapa sahaja yang menyampaikan fakta.
Ini cara WAR ROOM mereka monopoli neraca kebenaran.
Jangan sembang la. Semua parti pun buat perangai yang sama. Ada lasykar mereka.
Tapi bila anda guna lasykar siber palsu, untuk menyerang Raja2 Melayu. Yang baik dan zuhud.
Siap la. Looking forward to watch the wrath of the people coming to you.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Adakah kita sedar bahawa implikasi skandal 1MDB bukan sekadar lipatan sejarah, tetapi beban nyata yang merompak peluang generasi hadapan?
Apabila dana negara terserap untuk melunaskan faedah berbilion ringgit, peruntukan kritikal seperti biasiswa pendidikan menjadi korban. Impaknya, ibu bapa terpaksa mengorbankan simpanan persaraan dan bekerja tanpa henti demi masa depan anak-anak.
Persoalan lebih besar, apakah mesej dan nilai akauntabiliti yang sedang kita paparkan kepada anak muda apabila isu pengampunan diraja seolah-olah mengkompromi keadilan yang sepatutnya dijunjung?
Sebelum kita membuat kesimpulan, selami analisis kritikal Dato’ Mohammed Hussein.
Tonton video penuh disini:
🔸 EPS PEMIKIR NEGARA - BINA NEGARA & PELUANG YANG HILANG | JPOS6E1
https://t.co/mzsJq0kcba
- Admin
CURANG
“Takkanlah setiap kali pelaburan Kerajaan rugi, Menteri yang kena dakwa. Susahlah buat kerja,” kata SUPOL Menteri Undang-undang, semalam.
Lalu diangkat menjadi naratif penyokong parti keramat. Tepuk dahi kita dengar.
Takkan setara itu pemikiran mereka. Tak mengkaji ke sebelum nak memandirkan kita?
Bekas Menteri Agama kena dakwa bukan hanya sebab pelaburan rugi.
Kalau macam tu, kesemua 10 PM kita boleh didakwa. Termasuk Tun M dan Pak Lah juga. Berapa banyak GLC rugi zaman mereka. Kita kena bailout merata.
Tapi itu bukan puncanya.
Bekas Menteri Agama didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, melibatkan dakwaan pelupusan/penyelewengan harta secara TIDAK JUJUR/ CURANG (dishonestly).
Itu bezanya.
Pendakwaan bukan sahaja perlu buktikan wang TH berjumlah RM860.3 juta dilupuskan seperti dalam pertuduhan.
Mereka perlu buktikan ada unsur TIDAK JUJUR atau CURANG dalam pelupusan wang tersebut.
Dalam bahasa mudah, “tidak jujur” bermaksud ada niat untuk memberi keuntungan kepada seseorang ATAU menyebabkan kerugian kepada orang lain secara tidak sah.
Jadi bukan cerita:
“Pelaburan rugi, tangkap Menteri.”
Definitely bukan.
Persoalannya ialah bagaimana wang itu dilupuskan dan adakah ia dilakukan secara tidak jujur.
*************
Ini yang menarik bila kita baca dapatan mengenai pelaburan Al-Rawda.
Pelaburan dibuat tanpa jaminan bank, walaupun pegawai pengurusan risiko TH meminta jaminan tersebut.
Due diligence pula belum selesai.
Sebaliknya, TH menerima promissory notes dan jaminan peribadi pemilik Al-Rawda.
Untuk wang sebanyak itu?
It’s just unacceptable.
Kemudian Al-Rawda berhenti membuat bayaran.
Sebab itulah perkara ini perlu dibicarakan. Biar Pendakwa buktikan kes mereka dan Bekas Menteri Agama diberi ruang membela diri.
Tapi jangan pula spin seolah-olah dia didakwa semata-mata kerana pelaburan rugi.
Itu mengelirukan.
*************
Ni bukan wang pinjaman Kerajaan yang bila rugi, ramai pemimpin boleh cuci tangan.
“Ooppss rugi. Bukan salah kita. Nanti bailout sahaja lah.”
Ini wang simpanan orang Islam.
Berbilion ringgit kita simpan dari muda sampai tua. Ada yang kumpul sedikit demi sedikit bertahun-tahun semata-mata mahu menunaikan Haji.
Wang itu diamanahkan kepada institusi dan pemimpin kita.
Tak wajar dibuat macam harta mak pak sendiri.
Daripada 14 pelaburan bermasalah yang disentuh RCI Tabung Haji, 7 daripadanya mengalami kerugian penuh.
Duit pendeposit. Hancur lebur.
Heads must roll!
Jangan pula beri alasan, “Kalau macam ni, susahlah Menteri nak buat kerja.”
Memang susah.
Sebab itu bukan semua orang layak diberi kuasa.
*************
Al-Ghazali sejak hampir seribu tahun dahulu mengingatkan bahawa kekuasaan bukan sekadar kemuliaan.
Kalau mahu kuasa, bersedialah dipersoalkan.
Kalau mahu jawatan, bersedialah dipertanggungjawabkan.
Kerana negara yang baik tidak dibina oleh pemimpin yang sekadar tahu menggunakan kuasa.
Ia dibina oleh pemimpin yang tahu batas kuasanya dan takut mengkhianati kepercayaan rakyat.
Kuasa akhirnya akan pergi. Jawatan akhirnya akan berganti.
Yang tinggal ialah bagaimana kita menjaganya ketika ia berada dalam tangan.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- kita menulis melawan naratif memandirkan Rakyat. Makanya perlu kita lawan hujah mereka dengan hujah juga. Harap pembaca tak serang peribadi. Pohon jangan SUPOL ini kıta keji dan maki. TK 🙏
@KWSPMalaysia Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Boleh saya dapat kan email atau no tel yang boleh whatsapp call di cawangan puchong. Saya sekarang berada di luar negara. Saya ingin meminda ansuran bulanan pinjaman perumah saya. Terima kasih.
@Wise dear wise team,
I just transfer money from a malaysian bank account to my wise account. The transfer from the bank is approved but i cancelled on wise due to the difference name on the wise and the bank account. When will wise credit back the money to my bank account?
Manage to beat @waze timing by almost 5 minit today by deviating from waze route. Otherwise i’ll be late for work. Seriously you guys need an update on malaysian 🇲🇾 traffic. Take that #waze bang bang.