Selepas kejadian melibatkan seorang wanita warganegara China semalam....
Polis sahkan satu lagi kejadian warga asing maut jatuh di KLIA Terminal 2
Mei 2, 2026, Sabtu - 2:08pm
PUTRAJAYA: Polis mengesahkan satu lagi kejadian warga asing maut akibat jatuh di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA T2), malam tadi.
Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi berkata dalam kejadian kira-kira 9.10 malam itu, seorang lelaki warga Algeria berusia 30 tahun, dipercayai terjatuh dari kawasan luar balkoni terminal berkenaan.
Beliau berkata pasukan perubatan telah memberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian, sebelum mangsa dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, kira-kira 2.55 pagi tadi, pihak hospital mengesahkan lelaki berkenaan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) dan punca kejadian masih disiasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA menerusi talian 03-8776 8222 bagi membantu siasatan.
oleh
BERNAMA
This quotes reminds me of Lisa. She seriously understood the assignment. Her insane, highly-regarded talent across the board is undeniable, a true multi-talent queen. From dominating music to absolutely smashing her acting debut and getting praise globally, and look at her now!
Amalkan doa ini setiap hari:
Ya Allah, lancarkanlah segala urusanku untuk hari ini dan hari-hari yang mendatang. Limpahkanlah dengan rezekiMu yang luas dan perindahkan dengan ikatan silaturahim yang baik.
Aamin yra.
MALAYSIA AKAN BUAT CIP A.I SENDIRI
Semalam satu kerjasama besar yang bakal mengubah Ekonomi Malaysia secara besar besaran
Apabila pereka Cip Kecerdasan Buatan A.I No 1 Dunia iaitu ARM akan membuka pejabat di Malaysia dan membantu Malaysia untuk mencipta Cip A.I buatan sendiri
Pejabat itu juga akan menjadikan Malaysia Hab kepada ARM di Asia Tenggara maklum Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, Dato Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz
ARM akan membantu melatih 10,000 jurutera Malaysia dalam rekaan litar bersepadu dan 100 jurutera dalam pembangunan dan penyelidikan RND
Ini adalah sebahagian daripada Dasar SemiKonduktor Negara di mana Malaysia menyasarkan 10 buah syarikat Semikonduktor tempatan dengan pendapatan tahunan RM 4.7 Bilion menjelang 2030 dan 100 buah syarikat berkaitan industri Semikonduktor Malaysia dengan pendapatan tahunan RM 1 Bilion
Kerjasama dengan ARM akan membantu Malaysia menjadi Pusat Semikonduktor Serantau dan Asia Tenggara serta mewujudkan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat Malaysia.
Rancangan di bawah Dasar Semikonduktor Negara 2030 meletakkan sasaran untuk Malaysia menjadi pemain utama semikonduktor global