Lambaian Terakhir Mangsa Nahas Helikopter Di Long Lellang
Rakaman video singkat yang dikongsi seorang individu kini menjadi kenangan terakhir buat petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Baram, Sarawak.
Video berkenaan dipercayai dirakam ketika pasukan Perkhidmatan Doktor Udara atau lebih dikenali sebagai “doktor terbang” selesai menjalankan tugas di sebuah perkampungan pedalaman di Baram.
Dalam rakaman itu, mereka kelihatan melambaikan tangan dari sebalik tingkap helikopter sebelum meninggalkan kampung berkenaan.
Tiada siapa menyangka lambaian penuh mesra itu merupakan lambaian terakhir mereka.
Lebih memilukan, helikopter yang dinaiki pasukan berkenaan kemudiannya terbabit dalam nahas tragis berhampiran kawasan landasan Lapangan Terbang Long Lellang sehingga meragut nyawa kesemua mangsa.
Pemergian mereka meninggalkan kesan mendalam, khususnya kepada masyarakat pedalaman yang selama ini menerima khidmat rawatan daripada pasukan berkenaan.
Mereka berangkat demi menunaikan amanah, namun tidak pernah kembali ke pangkuan keluarga.
Kini, rakaman lambaian itu kekal sebagai kenangan terakhir terhadap insan-insan yang gugur ketika berkhidmat untuk masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak.
A Harvard professor who studied happy people for 40 years left me in tears when he told me:
There are 8 things that decide your quality of life.
1. The distance between your house and your job.
Ibn Al qayyim said ;
“The glance is a poisoned arrow from the arrows of Iblis. Whoever unleashes his glances, his regrets will last.
Among the benefits of lowering the gaze is that ...